21.02.21
12.19pm
Assalamaualikum dan selamat tengahari.
Apa khabar mu di sana Lama sudah tak berjumpa Lama sudah ku menunggu Khabar berita dari mu Apa khabar mu di sana sayang Apa khabar mu di sana sayang Andai kau sedang berbahagia Jangan lupa diri ku Hati ini dan cinta ku Tak pernah berubah Andai kau sedang merindu ku Datanglah kau kepada ku Hati ini dan cinta ku Hanyalah untuk mu Bila dengar lagu ini Ingatlah segera pada ku Kirimkanlah berita mu Untuk diri ku yang merindu Apa khabar mu di sana sayang Apa khabar mu di sana sayang Andai kau sedang berbahagia Jangan lupa diri ku Hati ini dan cinta ku Tak pernah… Tidak kamu baca tu...gila sudah ni sebab terlampau di rumah saja. PKP kah..PKPB kah...tidak dipedulikan sudah...asal pejabat peguam buka aku termenung...gembira.
Masalah nya yang lain...selagi tidak habis bulan berghumbira Tahun Baru Cina...(sampai Chap Goh Meh)...kakitangan Pejabat Peguam ada...The Boss masih cuti. Tukang sign kan.
Ok..mari kita bercerita pasal hari ni. Vaksin untuk 20% rakyat Malaysia sudah sampai di KLIA tadi. Heboh segala berita.
Dengan ini saya mempersilakan semua Menteri-Menteri Malaysia dulu disuntik kerana mereka inilah Benteng Negara...Hero Malaysia....Hmmmmmmm
Kepala otak mereka kan jenis keras....dikata jangan buat pilihanraya..buat juga...nah...setahun kita quarantine.....
Ingat kepada semua....disuntik pun dengan vaksin tu....kalau kita berada di luar ..kita akan terjangkit juga...sila pakai mask dan balik rumah terus mandi.
Apa-apa pun....kenyataan sekarang...yang ada aset dan hartanah sekarang....ramai yang mau menjual. Sebelum anda melepaskan aset anda...kenapa tiba-tiba pulak susah hendak jua.... Ini Sebab-sebabnya.
Jenis #1 : Rumah Apartment Yang Takde Lif (Selalunya Tingkat 3 Ke Atas)
Tak ramai orang yang suka nak turun naik tangga hari-hari kan. Lebih-lebih lagi kalau orang mengandung atau orang tua.
Keadaan jadi lebih teruk bila ade rumah lain di tingkat 3 ke bawah yang dijual di kawasan sama.
Kita kena tunggu rumah-rumah tu habis jual dulu baru rumah kita nak laku.
Waktu bujang dulu pernah tinggal di apartment tingkat 3...ada lagi 1 level di atas...tingkat 4. Ya tuhanku....pukul 2am mendrill entah apa...anak teruna dia main basketball...sampai cat syiling berhamburan ke lantai kami. Tak sanggup.
Jenis #2 : Rumah Apartment Ground Floor
Ground floor ni senang cakap memang tiada privacy. Kita nak tidur, kita nak bukak tudung, kita nak bergolek-golek santai dalam rumah semua kena tutup langsir.
Ye la takkan la kita nak semua orang Nampak kita buat apa kan. Tu tak kira lagi bila orang lalu-lalang, budak lepak hisap rokok atau main gitar dekat ground floor tu. Stress kita hari-hari.
Saya ada rumah gini di CyberCity 2. Sudahlah TAR jalan tu kalau tengahari ...panasnya...pastu nak pakai baju single...orang boleh nampak...nak pasang langsir tebal...panas nya lagi...nak pasang airkond...kena bergaduh dulu dengan managament.
Jenis #3 : Rumah Apartment Tingkat Atas Sekali
Bergantung kepada design rumah dan material yang digunakan, selalunya rumah atas sekali ni cepat panas. Benda jadi lebih teruk bila sampai waktu panas terik. Berpeluh kita dalam rumah.
Kalau hujan tidak ada awning...tidak boleh buka tingkap...banjir. Kalau musim panas pulak...panasnya datang dari kiri kanan atas bawah....
Jenis #4 : Rumah Mahal Dikelilingi Rumah Murah
Bila kita cakap pasal rumah mahal ni, makna kata rumah ni memang mahal la. Oleh itu, tak semua orang mampu beli rumah mahal ni.
Hanya orang yang kaya atau berduit saja boleh beli. Tapi orang-orang macam ni tak berapa suka bila kawasan mereka berjiran dan pula dengan rumah-rumah murah.
Orang kata...dengan siapa kita bergaul...kita akan jadi macam mereka....faham-fahamlah...tapi tidak hairanlah sekarang...bukan bertegur-sapa pun dengan jiran sebelah menyebelah.
Jenis #5 : Dekat Dengan Kawasan Loji Kumbahan
Biler dengar je rumah kita dekat dengan loji kumbahan, daripada 10 orang yang berkenan, boleh tinggal sorang atau terus takde orang yang berkenan.
Sebab apa? Loji Kumbahan, itu la isu utama...kalau musim kemarau...hembus-hembus semerbak bau oooo
Ada rumah orang yang saya kenal...rumah dia tidak jauh dari tempat pembuangan sampah!! Jauh juga dalam 2 kilometer...tapi kalau musim kemarau...lalat...wow..penuh pelekat...tiap-tiap hari pulak tu....hahahah
Jenis #6 : Dekat Dengan SubStation TNB
Sehingga ke hari ni, memang tiada lagi cerita substation yang meletup, tapi biasalah manusia ni suka risau tak tentu pasal. Benda ni akan menjadi faktor rumah kita susah nak jual. Benda ni, siapa yang berumah sebelah dengan substation ni...suka atau tidak...kena bersihkan di kiri-kanan ..sekelilinglah...tempat ni. Macam-macam difikirkan...kalau ada percikkan lah...lepas tengok wayang Hollywood yang dramatik...kebakaran disebabkan oleh percikkan letrik...terus tengok tempat ni. Saya tahu sebab di kampung rumah mama hajah saya ada benda ni. Tiap bulan...datang pacik OM...potong rumput...termasuk keliling substation ni.
Jenis #7 : Rumah Semi-D Cluster
Rumah Semi-D ni memang semua orang sedia maklum lebih mahal berbanding rumah jenis lain. Ade dua jenis kategori Semi-D, biasa dan Cluster.
Kalau diberi pilhan antara dua, orang lebih suka jenis biasa sebab tak suka dapur duduk tengok dinding orang lain.
Mula-mula beli....macam gambar ni lah...kemas saja..tapi sudah lama-lama...rumput kiri kanan mula tumbuh tanpa penjagaan....dapat pulak jiran yang pemalas...aduiii...
Jenis #8 : Rumah Status Rizab Melayu
Rumah-rumah yang ada status Rizab Melayu ni hanya boleh dijual kepada orang Melayu. Oleh itu, bila sampai masa mau jual rumah tu, korang akan susah nak cari buyer yang sanggup bayar berapa harga yang kita mau. Tapi itu kalau di Semenanjung. Kalau kita di Sabah...kita akan lihat status tanah....NT,CL. (Sila tengok di blog saya yang sebelumnya)
Jenis #9 : Rumah Resort
Sekarang ni banyak resort-resort percutian yang menjual sebahagian daripada unit mereka kepada orang awam.
Elakkan beli rumah macam ni untuk pelaburan sebab kita akan bergantung sepenuhnya kepada infra dan kemudahan yang pihak resort tu berikan.
Lain la kalau kita beli untuk duduk sendiri, tak jadi masalah. Tapi berbaloi kah?
Jangan kamu...ada sudah ni di Kota Kinabalu. Kalau kamu berduit....boleh...sebab maintenance durang...wow...ikut STAR resort...kita yang bayar..
Reference:
Nanti saya sambung....
2.43pm
21.02.21
Comments