top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Aku Kena Covid19

18.1.22


Subhanallah…

Saya sudah 6 kali duduk di meja makan…4 kali tidur selepas makan ubat. Bangun mandi pastu sakit semula. Makan sekeping roti, makan sebiji panadol, layu…tidur lagi.






Sakit yang pelik . Malam…berkeringat saya sampai basah tilam…ambil tuala, basahkan dan press di kepala,tengkok dan belakang.


Itupun, setiap 4 jam saya akan terbangun,mengerang kesakitan. Tiap 4 jam tu jugaklah saya akan makan ubat demam…dari ibufrofen, paraceramol…dan air putih yang banyak.


Mula terasa tidak sedap badan ialah pada 14hb January. Saya makan 4 biji orange. Saya belah-belah…dan yang menghairankannya…dalam 12 slices tu…3 saja saya terasa orange nya….

Duduk saya merenung mangkuk penuh bekas orange.



Takutnya…nauzubillah

Hari ke ke2…15hb…saya tidak dapat bernafas melalui hidung. Cuba untuk berbaring, bernafas menggunakan mulut. Sengsaranya.

Duduk saya tidur. Malam,macam orang berlari peluh saya. Tapi nanti kalau sudah masuk suboh…kesejukkan pulak…makan ubat lagi… Teruskan hidup.

Makan jangan cerita lah. Macam makan roti cicah air sejuk. Nasi tidak terasa, air sirap,

Tiada rasa langsung.

Hari ke 3, 16hb…demam makin menjadi-jadi. Tidak pernah saya tidur bangun, minum, makan ruti, telan ubat,tidur balik.

Siang sejuk, malam panas.

Sedih tidak terhingga….ngam-ngam sakit begini…keluarga jauh. Kalau ada pun…bukan boleh dekat…

Terasa juga sebab ada keluarga pun, mau tahu apa kita makan,minum pun tidak ditanya.

Macam hidup membujang semula. Terus keluar senyuman joker saya.

Hidup ini pendek…kenapa kita mau sedih dengan mereka-mereka yang tidak pedulikan kita kan?

Aahh…persetan dengan segala emosi di kala sakit…


Sambung mengira hari…


Hari ke 4, 17hb macam biasa…sakitnya seluruh kepala…kalau sekarang ni ..check dadah dalam badan…hairan kali pihak hospital…amount dadah.

Setiap 4 jam 500ml paracetamol dimasukkan dalam badan…untuk 4 hari…hebat gila…

Apa tidak cirit birit begini ni…

Pertama kali saya muntah tadi pagi…

Hari ke 5, 18hb …muntahkan air je…kenapa? Mana saya makan apa-apa…nasib baiklah kali ni tidak gastrik.

Baru mula berkhabar dengan rakan-rakan dan keluarga.

Bah…macam-macamlah nasihat yang keluar…yang paling mujarap sekali ialah…cengkih…yuck…tapi terasa gitu.



Dengan segala hormatnya…keluarlah benda ni di MySejahtera saya…



Musykil saya dengan sistem mysejahtera KKM ni tau. Kita tekan sana..tekan sini..melaporkan...dan mereka terima tanpa periksa, betul atau tidak.

Saya 3 nombor whatsapps cprc dan kesihatan kota kinabalu....last-last tidak ada tindakan. Malas sudah lah...mengeluh...


Kerja terbengkalai…sepatutnya saya ada meeting dengan Mr Raymond..Land Surveyor Company tentang permohonan perpecahan yang kami minta dia buatkan.

Sekarang..semua resit dan pembayaran deposit…saya serahkan dengan peguam.

Hari ni 10 kali selesa sejak 4 hari yang lepas. Hidung sudah tidak sumbat, berpeluh dan terasa pahit.


Tapi kepala masih sentiasa sakit.

Nak cakap pun susah…

Nanti kita sambung sebab…


Jumaat hari tu…saya ada meeting dengan pihak peguam saya yang membuat S&P…korang bayangkan,,sejak 25th December 2021 dia tidak ada d KK, jadi segala claim, payment pun kami tidak dapat-dapat lagi dari tahun lepas lagi.

Dia mau menyusahkan kami lagi….aduhai.

Hari ni…selasa…pun blom ada lagi cheque yang dia janji pada minggu lepas. Macam mana orang mau membayar orang..jentera…orang pun Nampak buruk dengan kami.

Mau cari firm lain dan baru lah ni nanti.


Mau tidur kejap....nanti saya sambung


36 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page