top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Aku kena Covid19 Part 2 (Ending)

8.57pm

20.1.2021


Sebelum saya teruskan….nak bagi tau sikit….ada sedih sikit ni…Allahumasalialsaidina Muhammad.

Hari ke 3 secara rasmi kena covid (Tapi sebenarnya sudah 7 hari dari hilang deria rasa)…


Alhamdulillah…badan tidak selalu demam…kecuali di malam hari….demam panas akan wujud…terpaksa saya berbekal tuala dengan basin berisi air.

Sekarang…


Kaku seketika ….sedang memilih tatabahasa yang sesuai untuk digunakan.


Dalam masa yang sama, perlu menjaga tatasusila di sini. Ramai yang membaca ni nanti.

Inilah saya…semua mau dijaga hati dan perasaan…padahal keadaan saya, perasaan malah kesihatan saya…tiada yang peduli.


Tarik Nafas…..hembus….


Ok…mari kita mulakan….


Korang tahu…selama 7 hari yang lepas…hari ni saja saya ada selera makan….dari berat 110kg ke 91kg.


Partner ada bawa makanan…bersyukur….amat amat berterima kasih….tapi sapa yang mau makan pisang goreng dan mee goring…di tekak minta breacol, streapcell, ubat batuk….


Saya baru perasan, tiap kali mau menelan ubat…rasa macam besar sebiji ubat tu…sekali saya nganga mulut…rongga leher mengecil atau ia mengembang?

Ataua aku sorang yang perasan...


Dalam masa inilah baru saya terasa lapar yang teramat. Hari-hari hanya boleh tertelan bubur nasi dengan kicap masin. Itupun masinnya saya tidak terasa dan terhidu.

Nak cakap terus terang di sini…sekarang saya hanya ada RM31 sahaja…itu pun tidak dapat dikeluarkan secara cash.


Company besar kedabak tapi duit di tangan sendiri tidak ada….(Nanti saya cerita kenapa…tapi sekarang saya nak tuan puan rasa apa yang saya rasa sekarang)

Kerja tolak tepi dulu sebab semua tahu saya kena home quarantine. Terima kasih kerana memahami.


Dalam group whatsapps….group keluarga lah paling happening…

Aktiviti mak lah

Makanan yang adalah…

Kucing saya c Blackie , jadi penunggu dan penjaga rumah di kampong lah

Gambar anak-anak buah yang makin membesarlah…


Tiba-tiba kakak yang tua bertanya khabar?

Kau di kuarantine apa khabar?

Bah…tidak berfikir panjang….jawab jer

Lapar

.

.

.

Aik, grab dan foodpanda kan ada…online ker, adik reply.

Oii…duit aku tinggal rm31 saja ni…hari2 makan bubur nasi dengan kicap masin…

Diam satu ketika…

.

.

.

Kak, bagi aku no akaun mu.



Adik ipar private message. Berair biji mata saya. Selalunya jarang orang tolong saya ketika kita betul-betul terduduk.

Pigi beli makanan yang panas…itu pesan dia.

Korang tahu apa saya order dan bedal sampai tak cukup mulut nak makan? Bubur ayam mcD dan funfries dan milo iced.




Walaupun tak terasa kecuali sos cili, itu pun di hujung-hujung hidung saja terhidu, saya ngap sampai 1 pun tak tinggal. Penuh perut tidak terhingga.

Ni lah yang terus ada tenaga nak menaip ni.

Terima kasihlah adikku ..ipar pun tetap adikku…


Sekarang…


Jangan terkejut tau…kita bukannya planning kena covid minggu depan, minggu ni nak urus kewangan dulu…tidak…amatlah jauhnya.


Seperti kisah sebelumnya…kerana ….ibarat melepaskan batuk di tangga….orang yang bertanggungjawab mengeluarkan duit kami hilang dan kami terpingga-pingga sampai terduduk menunggu dia.


Peguam


Sehari sebelum saya kuarantine, baru dia kata, you boleh ambil cheque…

Sekali saya mau bergerak…abis nama binatang buas keluar dari mulut saya…(Memaki)


Macam mana nak masuk bank kalau tertera Merah di MySejahtera saya.

Home Surveillance Order. Bah…manalah dapat masuk ke bank , supermarket dan semua tempat yang menggunakan mysejahtera.


25.1.2022

1.11pm

Alhamdulillah…tidak ada lagi ada perasaan mau demam, cirit-birit tidak lagi, demam seram sejuk pun tidak ada seperti sebelum ini.

Hanya..

Nikmat merasa dan menghidu masih lagi tidak ada…merasa langsung tidak ada…..

Menghidu ada muncul perlahan-lahan..saya pernah masak bubur…hangus…

Hanya kerana saya tidak dapat menghidu bau bubur dimasak.



Antara nikmat Allah yang ditarik secara mengejut yang membolehkan kita diam...

Kalau betul ini adalah buatan manusia...amatlah kejam dan dilaknat.


Mengeluh...


Makan jangan haraplah…pernah kakak menghantar nasi panas, sayur berbawang putih dan ikan masak rebus, bawang putih saja saya rasa…

Nauzubillah….punya nikmat saya rasa…walaupun tidak ada rasa kecuali bawang putih sahaja. Banyak peringatan yang Allah bagi waktu sakit ni...Terutama sekali setelah terjangkit oleh virus jahanam ini.

Sekarang...


Tinggal 2 hari lagi saya terkurung di rumah ni. 27hb pun tidak tahu…malas sudah hendak fikir…

Korang belum tahu…Banyaknya halangan untuk sembuh


Bah...

Ini sajalah yang boleh dibuat selang sehari...


Bertangas


Tanah air panas..letak semua lah essential oil...

Yang nikmat bagi saya ialah....letak minyak kayu putih...


perghhh



Letak tuala tebal...sekali-sekali keluarkan wapnya...

2 hingga 3 hari sekali..


Benda yang saya ketahui...semua benda wangi...seperti perfume, shampoo, sabun....semua berbau busuk...seperti bau kaki dan stokin lama tidak bercuci.


Apa nda macam-macam saya fikir....


Nauzubillah..panjang akal saya ketika berada di rumah ni..

Ok ok ok….panjang ni nanti

Yang penting…payment mau di periksa di pejabat.

Saya senyum…staff peguam nangis hahaha

Semua tunggu saya saja lagi…kita berdoa semoga semua sihat sejahtera

Dan

Lepas ni…asal saya keluar…mesti bertutup habis..PPE habis


Padulilah apa orang cakap...tidak saya sanggup berkurung di rumah padahal banyaknya tanggungajawab mau dilaksanakan.

8.05pm

25.1.22



28 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kommentarer


bottom of page