Saya rasa amat ghumbira kerana baru dapat duduk diam untuk menaip.Tak kamu rasa sakit sekarang . Sebulan kami tenang setelah bertungkus lumus dengan urusan tanah di Taman Sayang. Syukur kepada tuhan yang selesai sesi jual beli di tanah tersebut. Ramai yang membeli dari semenanjung tapi orang Sabah yang merantau di sana.
Ramai yang mau balik ke Sabah....sejak beberap tahun tidak dapat bergerak langsung ke kampung halaman.
Sekarang...
Buka tanah baru...
Besar dan Murah.
Sukur dapat bergerak lagi setelah beberapa minggu menguruskan perjanjian dan segala urusan jual beli antara saya dengan empunya-empunya tanah.
Bulan Julai kami sudah mengurus pengurusan seperti Jentera, lori dan pengurusan permit.
Permasalahan telah muncul.
Cuaca.
Musim tengkujuh.
Jentera sudah dibayar...nasib baik tidak turun...punya happening hujan ribut taufan...
Di Philipines dan perlahan-lahan bergerak ke Myanmar.
Hari ni...Khamis...baru panas...
Syukur kepada tuhan.
Nasib baik ada sebuah syarikat kontraktor dari Kinarut sanggup buat pembersihan di kala hujan turun.
Syarikat lain ni tau.
Bah....kerja-kerja kami letaklah di media-media sosial.
Sanalah beberapa orang mengamuk dalam whatsapps, google dan page company.
Kenapa tidak timbus tanah mereka.
Hujan-hujan ni waktu membaca whatsapps dan komen durang di media sosial.
Ada yang diterangkan....ada yang faham...terima kasih lah.
Perhatian semua pembeli tanah dr Fast Properties Sdn Bhd. Tanah bukit dari Kg Bungug ini adalah tanah timbus untuk tanah- tanah 1. Baun 1 2. Baun 2 3. Melugus 1 4. Melugus 2 5. Taman Sayang
Ya....siap jalan keluar masuk..ke tanah anda semua laitu ..
Faham kan ya... Tanah timbus untuk tanah anda semua
Ini....ada satu kes...
Dia beli tanah di Melugus...siap sudah clearing...hanya tunggu lori yang kami sudah bayar untuk kerja tapi tidak pernah habis kerja-kerjanya di Penampang, selepas tu..boleh mengamuk dalam bahasa English India berkulut telinga mendengar. Langsung tidak difahami.
Dia orang luar...penama dalam tanah tu bini dia (ntah bini dia ker tidak).
Sambung cerita..
Sambil-sambil saya menaip ni....ada menerima panggilan dari pelanggan yang dia mau jumpa terus bagi dokumen-dokument untuk dia booking tanah Bungug. Berjumpa sekejap , borak-borak terus dia bagi dan alhamdulillah.
Selepas tu mau bergeraklah ke Jabatan Tanah Penambang sebab mau ambil Surat Carian Rasmi tapi pegawainya cuti. Aku duduk kejap.
Duduk balik , tengok telefon. Ada missed call, dari Aniza Peguam. Call lah balik. Rupanya ada orang datang ke office dia dengan keadaan mengamuk sebab kami tidak ada di office dan kenapa tanah lain dia nampak ada jentera tapi tanah dia tidak.
Ah sudah...
Saya bercakap, Peguam on speaker.
Saya bagi tahu, kami jarang di office. Baru minggu ni 2 staffs saya jaga site.
Tanah sekarang yang nampak di media sosial adalah tanah timbus untuk semua tanah-tanah di Papar.
Siap bagi surat tunjuk sebab.
Iskh...dah lama tidak buat surat tunjuk sebab...dekat 12 tahun. hahaha...
Sudah diterangkan dan dibuat surat balas.
Pandai diam.
Untuk perhatian semua...Monsoon hujan kalau datang di Tanah Sabah ni...3 hari hujan...sampai lututlah air naik. Bukan di tapak-tapak tanah...tapi jalanraya disekitarnya.
Tengok saja jalan ni. 3 hari hujan...aik...banjir.
Masa ni....2 hari mendung...hari ke 3, hujan ditengahari. Non stop jentera ni membuat longkang. Bersyukur juga ada orang yang pintar buat benda ni.
Selepas kami lihat...ada culvert tersumbat. Kami un-sumbat hahaha....buatkan longkang untuk air mengalir....lapang terus keadaan tu.
Mau tunggu hujan turun lagi ni untk melihat, bergerakkah air atau masih bertakung. Saya suka tengok keadaan dan ambil bukti, Sebelum dan Selepas.
Jumaat 30hb September.
Hari ni ada perkhabaran tidak bagus.
Pin arm hitachi jentera terlepas.
Rehatlah nampaknya. Kesian juga jentera bah. Non stop kerja selama 6 hari. Manusia pun boleh sakit kalau asyik berpanas, apa lagi jentera berat.
Bagus jugalah...kasi kering tu tanah dulu 1 2 hari.
Kebetulan salah sebuah kontraktor yang dilantik sudah habis kerja mereka di Kolopis dan sekarang ma pindah ke Bungug, Papar. Tapak sekarang.
9.52 am
Dapat pulak email dari customer yang minta surat tunjuk sebab tu. Dia email pulak kenapa tidak ada kena panggil untuk jabatan tanah.
Aduh...kelmarin dia datang di pejabat peguam, borang MOT dia tidak mau sign.
Peguam ni pun satu, lambat mengurus kemasukkan MOT semua pembeli.
Sekarang ni hanya 2 kawasan tanah yang baru mereka siap.
Itu pun kena sergah oleh pembeli baru mau buat.
Itu sebabnya juga saya bertukar peguam. Lambat mengurus dan urusan. Alasannya...tidak cukup staff.
Pengurusan.
Itu yang penting. Kalau kepala sot, sot lah perjalanan sesebuah organisasi dan kerja.
Malas mau cakaplah...saya pun menguruskan company ni pun pandai pening lalat.
Bagi tugasan degan staff...alhamdulillah berjalan.
Masalah hanya, kontraktor yang sanggup ambil projek kami tapi projek nya belum sap-siap ditempat lain.
Tapi Allah Maha Mengetahui dan Memahami.
Sekarng rosak pulak jentera EX10 di Bungug....ngam-ngam kontraktor yang mula-mula dilantik tu siap kerja di Kolopis.
Pindahlah mereka ke sana. Bila? Ni lah mau disergah kejap lagi di Kolopis.
Ok, kejap lagi saya update.
Berdoa supaya semua kerja-kerja dipermudahkan dan sempat bersedekah
untuk para jemaah solat Jumaat dengan cucur pisang hari ni.
Bình luận