top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Apa itu Broker ATAU Runner




Apa itu Broker

Apa itu Ejen

Apa itu Runner


Runner

Orang yang selalu di telepon untuk membawa pembeli melihat kawasan.


Ejen

Ejen merupakan pekerja yang dilantik, mempunyai gaji asas (Basic salary) yang minimum.



For most people, there is no distinction between a real estate broker and a real estate agent. However, if you work in the real estate industry, there is a very clear difference.All real estate brokers were once licensed agents -- but not all agents are brokers. Brokers assume legal responsibility for the agents and the real estate transactions being managed through their brokerage.Agents hang their licenses with a brokerage, and the broker provides oversight, consultation, and direction to ensure transactions get managed according to the letter of the law.

Bagi kebanyakan orang, tidak ada perbezaan antara broker hartanah dan agen hartanah. Walau bagaimanapun, jika anda bekerja di industri hartanah, terdapat perbezaan yang sangat jelas. Semua broker hartanah pernah menjadi ejen berlesen - tetapi tidak semua agen adalah broker. Broker memikul tanggungjawab undang-undang untuk ejen dan urus niaga hartanah yang diuruskan melalui broker mereka. Ejen menggantung lesen mereka dengan broker, dan broker menyediakan pengawasan, perundingan, dan arahan untuk memastikan urus niaga dapat dikelola mengikut surat undang-undang.

Broker hartanah adalah individu yang mempunyai kepakaran khusus dalam industri hartanah. Semua broker hartanah pernah menjadi ejen hartanah berlesen - tetapi tidak semua agen hartanah adalah broker berlesen. Broker membekalkan orang, proses, dan teknologi untuk agen hartanah untuk menjalankan urus niaga yang berjaya bagi pelanggan mereka.

Jika anda meminta kebanyakan broker untuk menentukan peranan mereka, ia pasti tidak berakhir dengan kepatuhan. Dan, seperti mana-mana industri, teknologi, umur pelanggan, dan gangguan pasaran telah mengulangi peranan broker dengan cara yang besar.



Ini ayat maksud broker. Sekarang saya mau terangkan apa broker yang saya berdepan.


Broker - Saya selalu berurusan dengan broker yang aktif dalam kumpulan-lkumpulan dalam whatsapps dan facebook. Banyak maklumat saya perolehi melalui mereka terutama sekali kalau tanah di kawasan yang saya mau.


Broker selalunya yang tidak ada lesen. Mereka ini mudah dapat maklumat kalau berkumpul, malah lepak 'dalam group whatsapps' pun boleh dapat maklumat tanah. Saya salah seorang ahli / member dalam group2 mereka.





Selalunya saya jadi CCTV saja..nampak berkenan baru saya berbunyi atau jika 'runner' saya sibuk atau sakit, baru saya menyelit dalam group2 ni.


Selalunya nya ada broker yang pintar, sebelum mereka bagi tanah dari owner untuk dijual , mereka akan ikat empunya tanah dengan surat kuasa. Tapi itu hanya menyenangkan hati crew dalam group broker mereka.


Masalah yang wujud dalam broker ini ialah, menjual dengan bukan harga sebenar. Faham, semua jalan-jalan, petrol, minum dan photostate guna duit dulu. Tapi janganlah harga tanah RM10K di jual sampai RM100K. Terlebih sudah ni. Banyak tanah yang syarikat saya beli melalui broker akan senyum-senyum kambing kalau saya tenung sorang ke sorang mereka.


"Berapa harga owner?" Sambil renungan tajam saya

"Hehehe..kami mark up sudah ni, Mdm..."


Itulah pertanyaan saya dengan mereka. Kalau harga RM70K tapi mereka mark up RM100K, saya terima. Tapi kalau harga RM70k tapi jual dengan saya , RM300K.... NEXT! Saya terus terang cakap.


Broker secara freelance. Pekerjaan ini siapa-siapa boleh buat. Asal tahu siapa yang tengah mencari sahaja. Tidak ada kengkangan. Tidak ada tandatangan di mana-mana. Asal jujur dan amanah. Jadi ini cerita saya tentang broker yang saya jumpai.


Ada broker yang selalu datang ke office saya. Membawa photostate geran. Cantik-cantik kawasan yang dia bagi. Tombovo 1 salah satu tanah yang dia bagi. Saya ni sentiasa bersangka baik tapi deria ke 6 saya selalu bergerak. Gerak hati. Siasat. Bukan siasat orang tapi siasat tentang tanah tersebut.


Call orang di jabatan tanah, LHDN (untuk tengok cukai, mana tahu belum di bayar), bank (untuk nilai sebenar) dan pihak peguam.


Jadi ada sebidang tanah dia bagi. Cantik tapi harga amatlah mahal. Dekat setengah juta. Saya terus siasat. Di Papar. Nilai di Papar, seekar di area pekan bolehlah RM150K untuk 2 ekar. Ini 1.36 ekar jual setengah juta? Saya diamkan dulu. Jadi datang seorang broker lagi. Tengok-tengok kawasan / tanah yang sama. Punya jauh harga sebenarnya.


Ambil dan selesai sudah tanah tu.




Baru-baru ini, adahal yang telah dibuat oleh broker yang freelance kerja dengan saya. Saya hairan, kenapa tiba-tiba slow mendadak sales di Papar. Ini akibatnya.




Salah seorang freelance broker saya membuat onar. Dia pergi khabarkan dengan semua broker supaya jangan jual tanah yang syarikat saya tengah urus. Nasib baik crew jentera dan hitachi saya dapat tahu. Terus partner saya call. Kamukah yang buat ni? Iya, dia mengaku. Mengaku! Kenapa bilang partner. Komisen saya tidak kena bayar. Berapa komisen kamu kalau terjual satu lot. RM3K jawapnya. Berapa sudah kamu terjual? 2 lot. Berapa sudah kena bagi komisen? RM4K. Bersyukur lah tu nak, bialng partner saya. Ada runner belum dapat2 lagi. Kenapa tidak bagi? Tanya budak tu lagi. Sepatutnya, komisen hanya dibagai SELEPAS semua lot terjual. Kami sendiri tidak ambil bahagian kami di dalam tu. Dia masih mengeras. Kenapa?


Bro, kalaulah pembeli tarik diri dan semua komisen sudah dibagi sebelum selesai proses jual beli, komisen tu kami akan ambil balik...kau boleh bagi balik?

Nda eh , jawapan nya relax saja. Nah, sudah tahu kami akan tangih dan kamu kata tidak akan bagi balik. Itulah yang kami buat sekarang. Peguam lagi yang suruh begitu.


Terus di bagitahu. Sekiranya kamu tidak memohon maaf secara terbuka dalam 24 jam, kami akan buat laporan polis dan kamu kami akan saman.


Eh, mana boleh. Terus kami bagi ini.


Terus ini yang dia buat. Pandai pun takut dan minta maaf.


Terus diam budak ni. Jangan buat onar. Menutup rezeki orang ni lain macam. Rezeki yang diusahakan, bahagi sama-sama. Bukannya buat d=segala balas dendam. Ntah apa jadi dengan komisennya sebab dengan pihak peguam pun dua ugut-ugut. Ada kamu sign kamu dapat komisen? Tanya peguam...terus dia diam. Cuba sabar dan sama-sama tunggu. Tak lari duit kamu tu.


Jadi kepada para broker, hati-hati berkata-kata. Hati-hati juga berurusan. Saya lebih 10 kali kena berurusan dengan pembeli. Boleh-boleh mereka abaikan orang yang bekerja keras kalau sudah terjual. Sabar sajalah. Pernah juga jadi broker ni.


Sakit kalau tidak ngam urusan dan orang dalam perbincangan.


Selamat berhujung minggu,

21.02.2020

-Mdm PawX-





4,013 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page