top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Banjir Besar Di Sabah 2020

Kredit : Group Drone Sabah


04.07.2020

Saturday

12.18pm


Hebat hujan dan banjir di Sabah kali ni.

Hampir semua tempat banjir. Syukur kepada tuhan, tidak ada kes meragut nyawa. Syukuurrr kepada tuhan. Orang-orang senior di Papar bilang , dalam 25 tahun, tidak pernah jadi begini.


Lihat sajalah gambar-gambar ini. Saya dapat dari group Drone Sabah. Banyak lagi ni.











Saya sebenarnya berterima kasih dengan group ni. Banyak maklumat-maklumat terkini saya dapat walupun hanya di office atau di rumah. Masuk dalam group ni pun kerana mau belajar mau menerbangkan drone dan ambil gambar-gambar kawasan dan tanah yang sebelum dan selepas dibersihkan dan ditimbus. Champion adik-adik ni mengambil gambar dan video.


Kembali kepada cerita banjir kita di Sabah ini.





Syukur kepada tuhan, banjir kali ini tidak sampai meragut nyawa. Pengalaman yang lepas-lepas, pihak-pihak berkuasa sudah bersiap sedia untuk membantu dan menyediakan tempat tinggal sementara dengan selesa.





Tahniah YB Darell Leikeng. Seorang Ahli parlimen Sabah yang berdedikasi. Waktu hujan dan banjir hari tu, dia d tangah2 sigah , melihat air bah di sana. Dalam masa yang sama, memang kampung dia.


Saya tidak memihak mana-mana politik tapi kalau sudah yang berkuasa tinggal di tempat banjir, kompom akan melihat sendiri kejadian tersebut,kan????


Dalam Live beliau, ada dia berkata , dalam bahasa inggeris..."kita perlu buat sesuatu. Kena berkeras dengan orang setempat untuk membuat longkang. Asyik minta pampasan yang tinggi. Kerajaan perlu berkeras".


Sebenarnya ......


Struktur tanah di Penampang, terutama sekali di Donggongon tu rendah. Kiri kanan depan belakang semua tanah tinggi. Air mengalir ke sanalah. Ada longkang-longkang pun tersumbat sebab banyak pembinaan perumahan dan bangunan. Tapi kaaannn....disebabkan tanah-tanah di kawasan ini amatlah mahalnya. Jangan kecam saya tau. Punya mahal empunya tanah minta pampasan.

1 prsqft = RM60. Matai.

1 ekar 43000 prsqft

jadi 43000 x RM60 = RM2,580,000.00


wowww....


Kalaulah...kununlah cuma 900prsqt di ambil untuk buat longkang

900 x RM60= RM54,000.00


kalau ada 100 penama atau keluarga?

RM54,000.00 x 100 = RM5,400,00.00


wow wow oh wow...tapi sapa juga lah kita kan...


Kata-kata orang-orang otai dan senior yang saya dengar.

"Paduli apa sa, kalau sa jadi kerajaan....ambil saja tu tanah-tanah...bayar ikut pasaran."


RM12 @ RM15 X 43000 prsqft = RM600k.


Banyak bah duit kerajaan sabah (3,814 Billion)....and counting....


Tapi....wlupun YB Darell mau ambil dan bayar ikut harga pasaran.....susah kalau urus tempat sendiri. Mulut...


Tengok saja di facebook. Asyik negatif dan taip macam-macam. Susah mau puaskan hati semua orang. Penting ialah, kerja jalan.


Cerita pasal banjir ni...cuaca sekarang ni memang merisaukan hati dan jiwa saya.




Minggu depan ....hujan terusssss....


Pembelajaran saya tentang tanah timbus. Boleh korek tanah untuk dijadikan timbusan tapi jadi keras dan membuatkan case, jentolak dan steamroll mau kasi rata.

Masa untuk mengambil tanah ialah 3 hari panas berterusan untuk mendapatkan kuantiti dan kualiti tanah yang mantap. Sejak berkumpul dengan geng-geng jentera ni, banyak maklumat dan cara-cara saya pelajari. Penting ialah bayaran on time dan gambar gambar gambar untuk dimasukkan dalam laporan dan thesis saya.


Tengoklah tanah untuk penimbusan. Licak bilang orang Sabah.





Best ni kalau tingo lori 10 tan turun naik angkat tanah dan pasir.

Keadaan panas dam cahaya matahari yang boleh-boleh memberikan lebihan Vitaman E ke kulit kita...maka jadilah hitam legam .....tapi jangan...makin hitam kulit..makin kuat antibodi kita. Iskh...lain pulak cerita.


Sebenarnya...saya paling suka hujan...ribut.....

Tapi setelah dalam construction...aset dan tanah ni..jadi benda memeingkan saya pulak.


Dari kecil, kalau awan makin mengelap, saya mulalah membayangkan dalam khemah sambil membuat unggun api. Alahai...





ok, mau berhenti seketika. 2 hari ni tidak tergerak melihat keadaan sekeliling sebab asyik hujan. Pagi-pagi cepat-cepat buat kerja rumah sebab pagi hingga tengahari confirm panas ata keluar matahari...

akan tetapi

selepas tengahari...awan making mengelap seperti berhiba dan sedih....boleh n i buat lyric lagu kalau terlebih masa merenung awan dan cuaca....hari hari hari hariiii meliat langit....


Teman sejati yang WAJIB di bawa selain mask dan hand sanitizer...New Norm. Norma Baru. Hmmmmm


8.54pm

7/4/2020

Mdm Pawx

55 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page