top of page

Beringat Selepas Terjadi

27hb September 2023

Tarikh pemergian salah seorang pak cik saya.

Sakitnya?

Hanya makan sesudu madu dan terus sesak nafas. Dimasukkan ke hospital, sempat bangun dan bercakap tapi pihak hospital tidurkan. Beberapa hari selepas itu, suspect usus kena bakteria. Tidak sampai 2 hari. Darah tidak dapat mengalir dengan sendirinya…bergantung dengan machine.


Suboh tadi, arwah tidak bernafas lagi. Touch and go saja saya. Mama hajah saya sendiri tidak menghadiri pengkebumian dan sedih pun tidak dilihatkannya.

Dapat tahu rupa-rupanya appendix arwah pecah. Patutlah bakteria merebak keseluruh badan arwah.

Terdiam saya semalam ketika bercerita setelah pengkebumian tu selesai.

Bukan pasal covid.


“Kita perlu teruskan hidup…dan jangan kita teruskan sedih..berita doa dan al-fatihah senantisa”


Pesan mama hajah..

Arwah datuk saya, arwah bapa, abang ipar dan sekarang adik ipar mama.

Saya sendiri…rasa kehilangan arwah bapa ..sampai sekarang saya rasa…


Waktu kehilangan abang ipar saya…waktu tu saya sakit terus kena covid dan kesedihan tu…tak mau saya rasai lagi.


Sedih…saya tidak mau rasa lagi. Kerinduian yang tidak ada penghujungnya.


Lupakan kesedihan dan teruskan kehidupan.


Bismillahirahmanirahim.


Mula semula clearing tanah di Kg Bungug, Papar




Semua mengusut sekarang sebab kami berhenti menimbus.


Lebih 70 pembeli kami, tidak dapat kami mau terangkan satu persatu.

Harap mereka terbacalah di sini.


Kami berhenti menimbus sebab tanah yang kami gunakan untuk menimbus adalah dari tanah bukit Kg Bungug, Papar.


Kami kena clearing dulu hutan tu supaya senang jentera turunkan tanah untuk dijadikan penimbusan semua tanah di Papar.


Dalam masa yang sama…permit perlu ditunggu dari pihak jabatan tanah.

Di tanah Baun 1, kami menunggu pihak JKR dan Jabatan Pengaliran dan saliran buat sawage dan saliran orang kampung Baun yang mengacau Tanah di Baun 1.




Inilah saliran bertahun-tahun orang kampung di Baun 1. Semua buang bahan buangan , pelacahan kami bilang ke tanah orang.


Gambar-gambar di bawah ni adalah kerja kami tahun 2020 sebelum PKP 2.0. Masa ni, segala pokok rhumbia yang tumbuh liar pun kena akun orang kampung di sana punya. Hahahahaha...

Masa ni ketua kampung amat baik, berfungsi dan menjalankan tugas beliau sebagai ketua kampung. Bekas cikgu. Cikgu Jack. Dengar-dengar bukan dia lagi Ketua Kampung di sana. Sebab kawasan tu tukar parti politik. Hmmmmmmmmmmm





Terima kasih kepada Mr Mael yang menjaga tempat ni berjalan dengan baik. Waktu ni saya terkandas di Labuan. Sebulan tidak dapat merentas negeri. SEBULAN!

Mau dicari kembali si Mael tu. Banyak jasanya kepada saya.


Sekarang kami mau tunggu panggilan dari JKR dan Jabatan Pengaliran dan Saliran Daerah Papar.


Lambatnya nauzibillah…mau buat appointment pun sudah 3 minggu kami tunggu.

Habis kerja JKR dan Jabatan Pengaliran dan saliran buat saliran, baru kami sambung menimbus.


Tanah melugus, tunggu tanah Bungug…itu pun janganlah kena kacau lagi sebab…dulu sebelum PKP , tidak juga kena pantau JKR. Kami buka tanah ok pun. Entah sekarang segala mau permit dan kebenaran lalu dikiri-kanan tanah orang.


Taman Sayang siap dan complete geran tanah kiri – kanan untuk minta izin/kebenaran untuk lalu membuat R.O.W. ke tanah kami. Tinggal permit dan siapnya tanah di Kg Bungug. 4 tempat terus bergerak selepas tanah Bungug turun.


Kali ni bersyukur terjumpa dengan Contractor yang tak payah kami tunggu ddan jaga tapi kerja bagus. Jauh asalnya tapi betul-betul kerja.


Dari Tenom.





Nampak tanah bukit tu? Semua untuk penimbusan Tanah-tanah di Baun 1, Melugus 1 dan 2, Taman Sayang dan Bungug.


Dalam masa yang sama, sapa mau, ambillah.. Pastikan ada lori sendiri, kami charge RM20 setrip.


Mari- Mari


Sengsara saya rasa menunggu segala benda dan pengurusan.

1. Tahun ni , Jabatan Tanah membuat perubahan yang drastic secara cepat.

Saya sudah beli tanah sebanyak 4 kali, guna surat anak negeri dari Mahkamah anak negeri. Mama Kadazan Brunei, Bapa Kedayan. Saya Melayu.

Apakah bendanya. Sudah buat surat beranak baru dari bulan November 2022. Sampai September tidak ada khabar berita. S&P saya pun boleh dibuat lagi.


Bukan saya saja, sepupu saya semua yang lahir di Labuan, terpaksa buat semula surat beranak mereka. Majoriti Brunei/ Kedayan di tulis Melayu di surat beranak mereka. Bukan buat di Labuan tapi Ke Kota Kinabalu. Mamayahi kami bilang.

Ramai yang mau buat rumah ditanah sendiri. Mau masuk nama baru dapat loan/pinjaman kerajaan dr LPPSA lulus. Urus tukar bangsa pun mengambil masa bertahun.



2. Segala kerja penimbusan perlu ada permit dari Jabatan Tanah. Aik? Payahnya kami mencari empunya tanah di kiri dan kanan disemua Kawasan di Taman Sayang. 5 geran kami cari ownernya. Nasib baik tukang ukur kami bertahan dan Berjaya berju,pa dengan semua empunya tanah. Pastu, tunggu permit lagi. Bla bla bla...


Isnin saya kembali bertugas.


Diblog akan datang, saya mau terangkan bagaimana proses pecah geran walaupun perpecahan LOT.




Kami mula memanggil satu persatu penama yang sudah selesai pembayaran yang MOT dijabatan tanah.


Continue at the next blog

28.09.2023

61 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page