top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Broker AKA Runner

Lebih 15 minit saya berfikir untuk memulakan ayat untuk topik ini.

Kalau ada emoji macam di whatsapps....saya letak gambar muka berpeluh ketawa kering.

Masih menenangkan perasaan sekrang ni sebab, mari saya ceritakan.....



GAMBAR HANYA HIASAN


Betul orang kata, duit ni manis. Lebih manis dari gula dan madu. Lain macam kepala otak orang kalau pikir pasal duit.


Saya sebenarnya berterima kasih kepada runner-runner dan broker-broker yang suka rela bekerjasama menyebarkan maklumat tentang tanah-tanah yang kami usahakan. Saya suka kalau mereka ini yang berfikiran positif dan faham macam mana kaedah pembayaran dan proses mendapatkan komisen mereka.


Tapi bukan semua yang faham cara kerja hartanah ni. Perjalanan jual beli tanah atau asset ni begini....


Empunya tanah atau wakil empunya tanah akan memberikan maklumat tanah yang mereka mahu jual kepada kami.


Kami sendiri akan turun melihat kawasan yang mereka ingin jual. Ini terpaksa kami, saya turun padang untuk melihat sendiri.

Masuk hutan, bukit, berlumpur dan redah sungai pun kami kerjakan. Ini kerana, saya pernah tertipu oleh wakil empunya tanah.

Tanpa turun ke tapak tanah, kami ambil, tengok-tengok bekas sungai. Nasib baik dengan pemilikan tanah tersebut, kami dapat rezeki yang lebih lagi. (Mencari empunya tanah untuk timbus tanah , terus dapat kawasan berbukit untuk mereka jual. Jadi, tidak payah kami buang duit ambil tanah orang. Ambil saja dari tanah sendiri untuk timbus tanah yang sedang diusahakan.)


Jadi kembali kepada cerita pengurusan dan broker dan runner, mereka akan memberikan photostate IC dan Surat beranak kepada saya untuk dibuatkan booking fee dan proses jual beli sebelum ke pejabat peguam.

PA peguam saya tidak suka kalau pembeli terus REDAH terus ke pejabatnya. Bikin takazut bilangnya. Betullah bah juga kan. Datang-datang tanpa kenal tahu apa cerita, terus mau minta buatkan perjanjian. Nanti, saya pulak yang dibagi emoji marah oleh Mdm Aniza, dari pejabat peguam saya....hahha


Selepas kami terima photostate IC dan surat beranak tadi, pembeli akan datang atau kami yang cari mereka untuk baca perjanjian penyimpanan deposit / proses tersebut seterusnya menandatangani perjanjian tersebut. Pembayaran deposit akan dibayar dengan kami.


Salinan agreement tadi akan saya kepilkan bersama untuk diberikan ke pejabat peguam untuk mereka buat proses Sales and Purchase pulak.


Ini yang pihak peguam mau. Tidak kelam - kabut kerana pihak peguam akan menghubungi sendiri dengan pihak pembeli. Pihak peguam akan menghantar melalui whatsapps perjanjian jual beli tersebut. Softcopy. Kalau ada kemahuan untuk menambah atau tidak suka dengan terma-terma dalam perjanjian tersebut, boleh baca, bawa berbincang dan boleh diubah. Save paper dari print out dan ubah lagi.




Di sini, pembeli dengan pihak sudah berurusan sudah. Kami pengusaha AKA Developer akan mengusahakan tanah-tanah tersebut.


- Membersihkan

- Menimbus

- Meratakan

- Membuatkan longkang

- Membuatkan jalanraya

- Tiang SESB


Sekarang, runner dan broker yang memperkenalkan pembeli tadi sudah mula mewhatsapps unyuk mendapatkan komisen mereka. Mereka ini hanya akan boleh mendapatkan komisen mereka SELEPAS

- Pembayar sudah bayar habis di Pejabat Peguam

- S&P pembeli sudah di Stamp Duty

- Peguam sudah hantar ke Pejabat Jabatan Tanah untuk proses masuk nama.







Kami mulakan pemberian komisen cara ini, baru mula 01.01.2020.


Sebelum ni, pembeli bayar dengan saja dengan pihak peguam, kami terus bagi komisen mereka.


Akan tetapi ada pengalaman kami pernah hadai. Bukan sekali, bukan dua kali tapi lebih 5 kali. Sudah bayar habis dengan pihak peguam TIBA-TIBA tidak jadi beli , jadi semua duit perlu dibagi balik dengan pembeli. DIminta balik dengan runner dan broker, kita pulak di blocknya. Nasib baik boleh handle. kalau tidak sakit ooooo...tapi yang peliknya , pandai tu broker-broker tu cari kami balik untuk membawa pembeli baru. Saya tidak cakap tapi pihak peguam yang cakap, potong komisen dari kes yang lepas. Marah dan siap ugut- mengugut tapi tanpa ada hitam putih dari kami yang melantik mereka, terpaksalah mereka akun. Pandai tu post-post di facebook meluahkan perasaan. Tapi hitam putih yang penting my brother and sister. Tapi ada juga yang tidak faham-faham...life goes on...


Jadi, kepada runner-runner dan broker-broker yang mau mencari duit dengan kami, dipersilakan. Sapa bagi RM2K-3K sekali tembus pembeli. Tapi silalah sabar menunggu duitnya ya.



Sekarang ni juga, tidak putus-putus runner-runner menghubungi kami untuk mendapatkan komisen mereka. BERSABARLAH...pejabat peguam baru saja buka dari merayakan Tahun Baru Cina. S&P ada lagi yang belum dihantar untuk Stamp duty. Belum Stamp duty, belum boleh bagi komisen. Haru-biru kami lagi sekarang kerana hujung tahun, sebulan akaun syarikat macam biasa, kena audit. Cik adik yang mengaudit tu pulak cuti balik Sarawak selama 2 minggu untuk Cuti Tahun Baru Cina. Jadiii.....ada duit pun tidak boleh keluarkan....


Apa lagi...buatlah kerja yang dapat dikerjakan...


Ini cerita runner dan broker yang mencari duit dengan kami...belum lagi runner dan broker yang memperkenalkan kami dengan empunya-empunya tanah.... harga RM10 jadi RM100


Sabar sajalah...

Sila cuci tangan dan pakai mask ketika di luar ya....

Harap-harap ada vaksin terhasil untuk Virus Corona...


02.02.2020 (Cantiknya tarikh ni)


Madam Paw


105 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page