top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Broker Haram Menipu Pembeli Hartanah





Inilah namanya berani mati.


Selepas pembukaan ekonomi dunia selepas darurat covid yang lepas, manusia berlumba-lumba mencari duit untuk meneruskan hidup. Keadaan menjadi mahal secara mengejut dan ini memaksa manusia tanpa berfikir panjang mencari duit secara tidak mengikut undang-undang.


Broker - bahasa kasar untuk orang yang tidak dilantik dari mana-mana pihak tetapi menjadi perantaraan antara pembeli dan penjual.


Saya pernah jadi broker. Untung rm3,000. Subhanallah....punya main besar dapatnya. Tapi itu 15 tahun yang lepas. Dalam 'broker-broker' ni pun ada jahatnya. Kerjasama tapi majoriti meninggalkan kenalan dan sahabat untuk keuntungn sendiri.


Kes terjadi dengan saya.


Ada 1 kawasan kelapa sawit berkeluasan 5989 ekar. Kami telah mencari pembeli dan dari pihak saya telah dihubungi oleh orang Singapore. Perundingan sudah cantik. 100Million harganya. Jualan termasuk pekerja, kenderan, aset dalaman dan semua sekalilah. Ketua dalam kumpulan 'Broker' penjual telah 'menuba' pembeli diam-diam. Tiba-tiba waktu kami dipanggil untuk berkumpul, peguam bagitahu yang penjual telah menjual direct dengan pembeli dengan harga RM90M. Komisen kami yang dikira dapat RM1m setiap orang melepas. Peguam sendiri yang bagi tau kami yang wakil penjual sendiri berjumpa dengan pembeli dan menjual dengan harga diskaun.

Saya tanya dengan peguam sendiri, tidak boleh buat sebarang tindakanlah sebab pihak kami (mencari pembeli) yang mencari pembeli tersebut.


Tidak boleh buat apa-apa sebab peguam sendiri mereka tidak lantik untuk jual beli tersebut tapi melantik peguam lain untuk Sales And Purchases tersebut. Setelah selesai jual beli tanah tu, kena buat laporan terus peguam tersebut kerana tidak mengikut undang-undang. Sampai sekarang Peguam dan Pejabt dia digandung untuk sebarang jual beli atau sebarang urusan guaman.


Itu kisah 8 tahun lepas.


2024.

Kami tidak sudah ikut broker...kami urus semua sendiri. Peguam-peguam pun kami lantik sendiri.

Jual beli dan perjanjian mereka uruskan untuk kami. TATAP broker buat hal.


Cerita nya begini...


Cantik satu kawasan kami jumpa. Harga RM365k untuk lebih 5 ekar. Semua dokument kami sudah settle...tinggal dari buyer. 2 bulan kami tunggu. Broker tidak mau bagi. Call tidak diangkat, semua jual mahal. OK. Rezeki dari Allah Taa'la tu maha besar. Boring-boring sambil tengok aplikasi jual-beli tanah. Besar mata saya. Tanah yang kami suka tu. RM150k SAHAJA!


AHHHHHH SUDAH...


Terus saya call dan berurusan dengan yang pegang tanah tu. Terus dia ke pejabat saya. Bagi semua salinan pencarian rasmi, geran tanah dan bayaran di majlis daerah/ jabatan tanah.

Ambil....setelah broker dapat tahu saya directly jumpa ower tanah...baru menelipon berpuluh kali sehari. Adakah Anda Fikir Saya Mau angkat?


Waktu kita call berkali-kali...tidak pulak mau angkat panggilan kita. Dalam hati saya...jahat..Rasain Lo.


Tapi saya rasa kesian tapi bercampur marah. Saya ada call balik dan bagi tahu kami sudah ambil. Tidak pandai percaya pulak tu. Broker-broker tu pergi menjual juga tanah yang sama tu semula tapi apakan daya kamurang...saya sudah beli.


Nauzuabillah broker-broker ...waktu kita berkehendak dia tak mau bagi kerjasama. Sekali mereka melepas, baru mau terhegeh-hegeh mau minta tolong merayu-rayu.


Sekarang, broker yang sama ...mula menelipon saya semual..mewhatsapps tanah-tanah lain di Keningau.


Thick skin orang putih bilang.

Sudahlah menipu harga,

tidak membagi maklumat yang betul dan tidak mahu membagi segala dokument yang pihak peguam mau kan,

pastu mau lagi buat perkara yang sama dengan tanah yang lain.


Geram sayalah...fikir jenis perempuan kena curangi tapi TATAP sama dengan lelaki tu kah?


Iskh..terbawa-bawa kes artis curang sana-sini pulak saya.


Susah nak cakap zaman sekarang ni.

Satu-persatu berjangkit dan berkait antara satu dengan yang lain.

26.10.2024

9.37am (Masih mamai sebab baru lepas makan ubat selsema).

18 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page