20.10.2021
Tanpa disedari, hampir 2 tahun kita menghadapi masalah covid, halangan untuk bergerak dan pergi ke mana kita hendak pergi.
Syukur orang hampir 80% bervaksin dan graph jangkitan covid makin menurun kerana semua sudah tahu menjaga diri dan perjarakkan masing-masing.
Penting sekali semua mengikuti SOP yang diajar perlahan-lahan sudah sebati dengan hidup semua sekarang ini.
Pasar-pasar malam, tamu dan pasar hujung minggu pun sudah beransur buka.
Senang hati tinan-tinan yang berjualan tu nanti. Kami yang kuat makan sayur ni pun amatlah senang hati dapat mencari sayur kampung.
Masalah mendatang untuk mereka ini pulak ialah......hujan dan banjir.
Sejak semenjak ni, asal hujan lebat lebih 30 minit....banjir di sana dan sini.
Pelik betul lah.
Sekarang...asal ke bandar kota kinabalu...sudah mula jem dan sesak. Makin ramai berada di shopping-shopping kompleks.
Penuhnya.....tapi alhamdulillah...majoriti pakai mask, scan mysejahtera dan bolehlah jaga jarak....
Satu saja yang kenampakkan masalah...
Mak Bapa pakai mask...anak kecil...tidak dipakaikan mask atau penutup muka.
Kalau ditegur ni bah...boleh mendatangkan pergaduhan di tengah-tengah shopping kompleks....(ha ha ha ha ha)
Bikin geram kalau dilihat dan tengok...terus keluar lagi baik...
Apa-apa pun...sekarang pandai-pandailah jaga diri sendiri ya....
Sekarang masa untuk kami mengaudit, teraudit dan kena audit.
2020 dan 2021 merupakan pengiraan cukai yang pelik....Ada yang kena cukai...ada benda yang diabaikan cukainya.
2 hingga 3 minggu ni semua pekerja tidak bekerja. Semua keluar daerah...
Semua balik kampung....
Bagilah peluang....ada yang lebih 2 tahun tidak balik kampung...
Ada yang langsung tidak bagi wang belanja dihantar ke kampung.
sedih...baliklah ..terutama sekali yang masih ada mak bapak...
Kami masih tidak dapat merentas daerah dan masih tidak dapat balik kampung.
Masih bekerja kera untuk menyediakan lori, kawasan dan segala surat-menyurat memohon kebenaran dan pemberitahuan mana-mana kampung akan diganggu sekejap oleh laluan jentera dan lori. Malah akan ada jentera berkampung di sesuatu dan sesebuah kampung.
Saya mohon satu saja...mudah-mudahan ada buah-buahan...
Opss...
Silap...Macam mau gila sudah ni.
Semoga ada kelulusan dan kebenaran dari pihak-pihak tertentu.
Sekarang dalam 2 minggu ni
Saya kena fikir dan buat tentang perjanjian antara taukeh lori
Saya kena fikir dan buat tentang perjanjian taukeh jentera
Saya kena berurusan dengan LHDN tentang cukai beberapa tanah
Saya kena berurusan dengan Pihak Jabatan Tanah
Saya kena siap sedia segala surat ketua kampung, Majlis Daerah, Mahkamah anak negeri (untuk ketua kampung yang belum dilantik)
Rumah kecik di depan tanah Bukit untuk timbusan
CCTV untuk keluar masuk lori dan jentera untuk trip tanah.
Resit untuk trip by trip
Permasalahan yang kena hadapi
a. Jabatan tanah sekarang mahu menghantar MOT perlu buat janji temu (appoinment)...2 bulan sekali peguam saya hanya boleh datang menghantar.
Angkara covid, semualah nak berjanji temu segala masih sekarang. Sakit hati ni. Ok, biar saya ceritakan.
Saya ada beli tanah di sebelah Taman Sayang. Saya sudah berurusan jual beli dengan empunya tanah pada awal bulan september. Jadi untuk proses seterusnya MOT...pertukaran nama owner lama kepada nama saya mengambil masa yang lama kerana janji temu hanya ada kosong untuk pihak peguam saya hantar ke Jabatan Tanah.
Dulu, sebelum covid, tak payah janji temu, redah saja. Hantar dan follow up macam biasa. Sekarang...nauzubillah hi min zaliq. Kami terus risau sebab selalunya dalam perjanjian jualbeli dibagi masa 3 plus 1 month untuk habiskan pembayaran kepada owner tanah. Lambat proses MOT, lambatlah pembayaran dan ada denda pulak tu kena bayar kepada owner lama.
Bertarik-tarik rambut tau kalau difikir.
b. Semua jabatan tanah / LHDN/ Majlis Daerah / Jabatan kerajaan ramai yang bercuti...hebat gitue,
Malaslah mau komen lebih-lebih...kalau saya pun, kerja kerajaan yang dapat cuti...saya akan cuti dengan keluarga atau balik kampung. Tapi tanggungjawab perlu diteruskan.
c. Audit
Ini ...antara benda yang saya malas nak cakap sebab semualah segala mak nenek resit, voucher keluar balik. Benda yang membuatkan lama pengiraannya apabila taukeh jentera diminta voucher dan bill pengiraan harga dan hari untuk kami bayar asyik lambat dan berubah-ubah. Pandai mereka taukeh-taukeh tu bising lambat bayar. Macammana juga kalau bill asyik berubah-ubah dan lambat bagi. Malas saja saya nak bergaduh dengan mereka sebab mereka tu kawan-kawan seperjuangan mencari rezeki di dunia Allah ini juga.
Ada nampak meja saya? Waktu ni boleh-boleh habis 3 botol air SASA....
Di sana juga audit minta itu ini, sana juga peguam minta dokument pembeli dan di sana juga ada pembeli bertanya...bila nak timbus tanah mereka. Ha ha ha ha...apa tidak pukul 7pm handphone office saya tutup. Pukul 9pm sudah pengsan. Solat isyak pun kadang-kala pukul 3am...waktu terbangun.
Best...saya suka...
Bah...nanti saya sambung...
Tiba-tiba banyak idea ni mendatang....saya akan inform diblog akan datang....
21.10.2021
9.42pm
Comments