Weather and working at the site.
Semua orang yang telah membeli tanah dengan developer seperti kami akan berasa berkobar-kobar untuk membuat dan membina rumah idaman anda.
Kami betul-betul memahami isi hati anda
AKAN TETAPI
Kerja-kerja pembersihan ini perlu mengikut masa dan CUACA. Selalunya mereka yang bekerja d bahagian site akan suka kalau cuaca kering dan panas. Tengok sahaja gambar di atas.
Selalunya kami akan pajak hitachi atau jentera berat...kali ini rm6k untuk pembersihan tanah seluas 0.78 ekar. Kalau ikut jam...rm800 sehari....
Bayangkan RM800 sehari dan tiba-tiba hujan tidak berhenti selama 2 hari. RM800 x 2 hari berjalan begitu sahaja padahal kerja tidak berjalan.
Kadang-kala, customer bising kenapa x buat sebarang pembersihan dan penimbusan.
Hanya mereka yang tahu keadaan sebenar saja tau masalahnya.
Bayangkan nak ambil tanah jenis berair begini sebab hujan. Macam main tanah liat. Soil yang lembik. Driver jentolak pun bising. Kami lagi bising.
Jadi kepala customers yang masih menunggu kami mau timbus tanah. Sabar ya tuan puan. Cuaca panas akan menjelang. Di sanalah kami akan buat kerja.
Comments