top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Dahsyat

26.3.2022


Dahsyat


Pertama kali saya berehat hari ni

selepas terkena positif covid.

Ada saja hati tu mau berjalan. Tapi..sudah 2 minggu rumah tidak bersapu dan vacuum.

Sekali dibersihkan..nauzubillah…lap kaki dicuci…kelabu ja airnya….hmmm

Jadi..hari ni..berkemas, bersihkan rumah dan cuci dan packing baju-baju yang mau dibawa untuk outstation.

Siap semua…hari ni lah ada masa mau mengemaskini akaun dan resit-resit yang ada.




Dahsyat


Semasa saya perlahan-lahan meneliti resit-resit yang telah keluar dan masuk…meletakkan disetiap hari dan calendar dalam resit tersebut.

Saya menerima panggilan…


Tanpa menjawab…Hello selamat petang…


Terus bertalu-talu orang dalam telefon bercakap…

Dalam perbualan tu…ini kunci ayat-ayatnya..


1. Kenapa kamu mengambil gambar tanah kami untuk iklan tanah trip? Kami tidak benarkan

2. Kenapa jentera kamu parking ditanah kami?

3. Kenapa kamu senang-senang mengiklankan tanah di Ranau

4. Kenapa kamu masuk suka hati ditanah kami?

Tanpa tahu siapa yang bercakap dengan saya tu.

Terus saya kata…siapakah dia?


Dia memperkenalkan diri sebagai empunya tanah tersebut. Ok?


Terus lagi…Tuan tahukan yang tanah tu sudah dipecahkan dari 6.53 ekar kepada 5 ekar dan 1.73 ekar?



Ya saya tahu…Adakah tuan tahu yang kami ada surat kebenaran untuk mengerjakan tanah 1.73 ekar itu?


Dengan kasar dia menjawab…Tidak tahu


Ok


Saya terangkan yang owner tanah 1.73ekar memberi kami kuasa untuk mengerjakan tanah yang berukuran 1.73 ekar.


Oh…ok


Jadi tuan sudah tahu kenapa tuan mau pertingkaikan.


Tuan ini pekerja puan DOT DOT DOT? (bukan nama sebenar) hahhaa


Bukan..saya anak buah dia? Tapi tuan kata tuan owner tanah 5 ekar itu.


Aduhai…marah dia lagi dalam telefon….


Saya biarkan….bla bla bla…saya bagi chance dia membebel dalam telefon….


Sempat lagi saya ke dapur memanaskan ikan panggang saya…

Buka peti ais tapi hanya ambil air sejuk


Menyejukkan hati dan telinga saya yang mendesing dari desingan orang yang dalam telefon itu bercakap…


Selepas dia habis bercakap…saya Tanya satu soalan..

Ok tuan, apa yang tuan mahu?

Saya mahu owner tanah yang kamu usahakan itu membuat surat minta izin kerja di tanah kami (tanah kami lagi padahal lain kawasan sudah)

Dan jangan ambil gambar tanah kami.



Sebenarnya…

Kalau kita berhadapan dengan orang yang sudah panas ni…diam…biar dia habis berkata-kata dulu…

Penat dia bercakap baru kita pula berkata….tanpa menyemarakkan lagi kepanasan hatinya….

Dan dari pertanyaan-pertanyaan yang bertubi-tubi tadi..ini yang sebenarnya…

1. Gambar yang kami terima ialah gambar bos jentera kami bagi dan tertera yang tertera excavator kami parking (Bukti during sudah sampai)


2. Tak sampai 3 kaki terkeluar belalai jentera kami di tanah mereka




3. Iklankan….subhanallah…Kami menawarkan jualan tanah trip untuk orang menimbus di kawasan berhampiran. Dalam masa iklan lakaran tanah BAHAGIAN kami.


4. Masuk suka hati? Sudahlah tanah tu sebelah menyebelah..laluan masuknya bahagi-bahagi lagi. Jadi,,,mau kami masuk guna helicopter? Subhanallah



Inilah antara manusia yang mati nanti…tanah kuburnya jadi sempit.

Jalan yang disediakan pun jadi isu.


Ketawa pulak saya sekarang ni..kalau ingat bebelan orang tu dalam telefon…macam pondan….opsss….hahaahahha


Rupa-rupanya…..


Tiap kali orang lalu dikawasan tu…akan ditanya soalan ini

“Kamu orang mdm paw dari Fast Properties kah yang jual trip timbus tanah?”

Kalau sehari 20 orang bertanya….apa tidak hot orang tu.

Alahai…belum lagi saya letak papan tanda macam di tanah Taman Sayang tu.

Makinlah dia sakit hati nanti.

Baru dia rasa puas hati berkata-kata dalam telefon tadi…saya akhiri dengan Terima Kasih tuan.Habis segelas besar air sejuka saya minum.


Sudah..sudah…terus saya call owner…bagitahu apa yang ‘jiran’ sebelah tu mahu….padahal owner sudah pun berurusan dengan macik DOT DOT DOT tadi…

Tapi owner tanah…akan sediakan surat tadi.

Selesai satu hal.

Memang dahsyat…pertama kali orang pigi mengamuk dengan saya kerana tidak suka persaingan sihat.


Dahsyat


Hari ni saja (termasuk panggilan hangit, terkepit dan terperit tadi)

Saya menerima lebih 4 tempahan untuk tanah trips.

Paling kurang 10 trips.




Tapi tidak jauh-jauh ya…paling jauh dri Lohan dan Marakau.

Tawakal dan ..tarik nafasss…inilah namanya…lumrah perjalanan kerja dalam kerja ini.

Balik dari outstation ni…berperang pulak dengan tanah di Papar

Itu lagi dahsyat….hahahaha….

Oleh sebab covid gila..2 tahun terbengkalai…start sudah saya kena marah….tapi belum kena maki lah….

Sekarang, crew tukang ukur saya bersiap sedia untuk buat r.o.w.. khas untuk tanah baru ini..sebab tidak mau menganggu orang kampong.


Dahsyat


Tanah di Papar…di kawasan yang kami mau ambil tanah timbusan ni nanti…kontraktor yang pernah mengambil tanah di sana….bergaduh dengan orang kampong.


Dahsyat kesahnya….jalan kampung (yang amat difahami susah dapt peruntukkan untuk dibuat dan maintenancenya telah dirosakkan oleh jentera dan lori yang mengejar trips.


Ahhh sudah….


Dengar cerita lori-lori yang pernah ambil tanah untuk dijadaikan tanah timbus telah merosakkan jalan masuk, jalan simen dan merosakkan segala fasililti yang ada di sana. Jadi, sapa yang akan menjalankan operasi yang sama di kawasan tersebut…bersiap sedialah akan dihadang oleh orang kampong.




Dahsyat


30.3.2022


Punya rasa tenang dan berehat walaupun kalau siang susah mau berehat.

Banyak dateline perlu dibuat dan habiskan sebelum datangnya bulan puasa…


Hari Ahad ni kan kalau tidak silap…

Mengambil mood ni sebenarnya untuk menaip.

Sakit badan tidak berbunyi….

Patutlah ramai menyumpah dan memaki tentang jalan di Sapi Nagoh.



Sempat lagi kami laki bini bergaduh dalam kereta kerana sepatutnya saya memandu dari Ranau ke Sandakan…


Oleh sebab saya takut sesat…dan salah jalan…Husband drive dulu…

Tengok-tengok…sesat juga


Hahaha….Selepas simpang antara Beluran dan mau ke Sandakan dan Tawau…punya happening dan cantik jalannya…


Subhanallah….adakah jalan masuk ke Kinabatangan…jalan tarnya..wowww…



Kalau berlumba bah…

(Iskh…teringat zaman jahat dulu-dulu…berlumba kereta tengah-tengah malam di….aaaaahh…tidak boleh bagi tau..merbahaya hahahhaa)


Rupanya…ke Kinabatangan dengan ke Sandakan lain jalan….hebat eh…


Kami mencari tanah yang akan dibuat untuk next projek...Alahamdulillah...senang dicari, tepi jalan TAR sahaja...tapi baru dapat depan-depan mata...ada pulak rumah di atas tanah yang kami mau beli tu...

Ok...berhubung terus dengan owner...tupanya paciknya buat rumah disana..

Nasib baik senang runding.


Dari simpang tu…saya pulak drive ke Sandakan…lamanya saya tidak ke Sandakan….last 2007 kalau tidak silap.


Jauhhhhh saya rasa…

Sampai-sampai…jumpa tempat stay…tidur….


Esoknya…kami berganti memandu…saya memandu dari Sandakan sampai ke Telupid….Bergagar juga eh….dan sakit telinga lagi…sebab husband asyik membebel…Lubang itu…lubang sana…jangan dilanggar…Sempat lagi menegur mandur yang ada sedang mengorek jalan…sana juga dia menelefon adiknya yang handle benda-benda pembaikan jalanraya dikawasan Sandakan…

Penuh telinga saya…




Tapi yang bestnya…lama sudah tidak berjalan jauh memandu.

Waktu memandu tu…

Kiri kanan …seluas mata memandang…Kelapa Sawit semua…Pan Borbeo…incit-incit…orang bilang.



Minggu yang dahsyat.

Kerja-kerja di Ranau pulak…

Lambat bergerak tapi dalam perancangan.


5.4.2022


Dekat seminggu juga baru hilang rasa sakit badan. Sekarang puasa…Alhamdulillah…

Terbengkalai blog kali ni.


Banyak kerja yang keras dan panas kami kerjakan sebelum datangnya bulan Ramadhan.

Kerja-kerja Ranau on track, walaupun ada masalah lori nak buang dan dijadikan tanah trip belum sampai-sampai.


Kalau diambil dari Penampang…jauh dan bah…harga trip jadi mahal.

Ada di Ranau…tapi mau minta izin boss Lori-lori tu dulu…Bossnya di Tawau.


Dahsyat


Baru tenang jiwa tapi akan bergelora sekejap lagi.

Ingat tanah yang kami mau usahakan di Mikik, Papar?


Hebat dan dahsyat.

Mau tahu kenapa?


Kami menunggu semua clear, S&P, cukai, bayaran dari majlis daerah, tunggu dari pihak MARA bagi statement dan segalanya complete…


Sehari sebelum kami janji temu untuk bagi deposit dan signing…


Boleh-boleh mau up harga deposit.

Padahal S&P sudah sedia.

Pastu minta jangan bagi duit dengan pihak MARA (Kan mereka gadai tanah tu di MARA)


Peguam call pihak MARA.

Bah…

Manalah boleh bagi dengan penama tanah tu kalau duit gadai belum mereka bayar.


Cancel.


Apa nak dikata. Padahal semua crew, lori dan jentera sudah sedia untuk kerja.

Saya senang saja…


Next…


Tanah baru sudah sedia…tidak payah lagi bergaduh dengan orang kampong. Jalan sudah sedia. Tinggal angkut saja lagi. Tunggu dalam 10 hari ya para pembeli kami di Papar.


Bagi masa empunya tanah untuk sediakan document-dokument untuk mereka bagi dengan pihak kami dan peguam.

Harap-harap, tidak ada lagi yang Dahsyat-Dahsyat lagi muncul selepas ini. Kalau iya pun ada yang dahsyat…tunggu habis Ramadhan dan Syawal…Hahaha…

49 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page