9.4.2021
7.42pm
Baru habis bermeeting dengan pihak peguam....
Ha,ha,ha,ha
Menyusun 39 files customer untuk MOT (Memorandum Of Transfer) and Legal Documents dan segala audit pembayaran mana-mana lagi pembeli yang melintasi tempoh 2 bulan selepas deposit. Alhamdulillah, hanya 3 orang yang belum lagi. Kena follow up dan mereka pun lupa. semua yang belum selesai berada di senanjung..orang Papar.
Sehari bah...huhuhu...
Nasib baik crew di Papar siap kerja.
Sakit badan ooooooo
Dari Selasa, Rabu dan Khamis kami di Papar.
Dari membayar quit rent ,
mengambil MOT di Jabatan tanah,
sesat melihat tanah dan mengambil gambar menggunakan drone...nasib baik saya kenal beberapa Pro Drone di Kota Kinabalu...cantik gambar yang dia ambil...
Terima Kasih Andrean...berbaloi perkhidmatan mu.
Habis kerja untuk Kg Baun 2.
Berehat-rehatlah juga...
Sepatutnya kerja pembersihan tu dilakukan lewat 2019...baru mau mula...masalah jentera sebab waktu tu Pan Borneo dibuat oleh jentera-jentera yang ada di Papar. Tup tup...2020..MCO/PKP 1.0...sampai buka 8 terbengkalai....mula lagi semula...PKP lah PKPD lah...Segala PPP keluar
...yang dibersihkan terus tumbuh balik ..dan segala longkang ditutup balik oleh rumput-rumput liar.... Kali ni kami kerjakan habis.
Tapi...hahaha...sakitnya jentera....dan sakitnya badan memantau dengan keadaan cuaca begini.....
Tidak pernah sakit kepala....sakit..3 botol air putih di minum dalam masa 4 jam...
Panasnya .....panasssszzz.....
Sakitnya badan...
Apa-apa pun...dateline untuk melugus 2 dan Baun 2 sudah selesai.
MOT dan bayaran cukai pun selesai. Bayaran untuk tahun 2021 dan 2022 sekali gus.
Minggu depan...sudah mula puasa...kami sambung kerja-kerja di Tombovo pulak.
Semua jentera di kawasan Penampang dan Putatan sekarang amatlah sibuknya kerana PAN BORNEO di kawasan itu pulak happening sekarang.
Sampai big boss jentera yang selalu kami guna perkhidmatan beliau...3 minggu baru menjawab whatsapps...
Kami tanya pasal apa menghilang...rupanya jentera-jentera beliau berada di kawasan 1Borneo...ada membuat dan menimbus jalan di sana....
Pastu sekarang...mencari tanah untuk dibuat penimbusan....
Mudah-mudahan berlancar dengan baik...
Tidak kisah...puasa pun puasalah....
Kita sambung untuk kisah ini pada blog akan datang ya...
sekarang saya mau pasang airkond...pasang TV....dan TV tengok saya....saya tidur...
Selamat malam....
Mengantuk
8.41pm
9.4.2021
Comments