top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Dilema Orang Atasan Dengan Orang Di Tapak Tanah

Selamat Menjalankan Ibadat Puasa 2021.


12.18pm

13.04.2021


Punya kering mulut sebab panas sambil bercakap dalam telefon dengan pelanggan-pelanggan.

Berhenti bercakap...kering mulut dan menguap apatah lagi...


Apa sahur kamu semalam?


hehehe....Soalan itu pulak keluar...


Ok, sekarang saya perlu menaip sebab ini sajalah cara saya 'explain' keadaan yang kami pemaju hadapi.




Papar -

semua berjalan dengan lancar dan baik. Hanya tunggu pembeli-pembeli dari semenanjung balik ke Sabah untuk signing walaupun kami boleh hantar perjanjian tersebut.

Ada yang main tunggu kawan dan adik-beradik lagi baru mau signing. Lambat tu cik kak cik adik. Pihak kami mempush pihak peguam ...pihak peguam besar mata sebab sejak Covid19 yg jahanam ini, ramai yang terjangkit dan ramai yang berhenti kerja dan diberhentikan.


Ada 1 kawasan sahaja lagi yang kami perlu bersihkan dan longkang. Kasi tenang-tenang dulu sebab pencarian jentera yang terbaik dan tidak menganggu orang kampung di kawasan tersebut. Lagipun, macam kami pulak menyelesaikan masalah saliran di Kawasan Kg Baun tu.



Saliran air yang tersumbat menyebabkan air bertakung dan tidak mengalir. Saliran air pulak penuh dengan sampah sarap. Macam manalah tidak air dapat mengalir.

Saya masih tertanya-tanya, kenapa Sabah ni begini ah?

Susah mau diurus. Padahal pegawai-pegawai yang diminta menguruskannya ada.

Banyak perkara kami hadapi. Pelanggan yang marah kerana semua berkait. Empunya jentera yang susah berhubung, entah ke mana perginya dan ada yang diberi projek mereka ambil kesempatan dengan hubungan yang baik. Di resit kata RM4k tapi dimulut kata RM6k. Mana lah kerani di pejabat peguam mau bagi duit tanpa hitam putih. Mana gambar resit, bilang akuantan. Bagilah yang ada bertulis. Itulah amount yang dia bagi,



Saya lahir dan membesar dan tinggal di kawasan bersih dan kalau ada komplain, pihak Majlis atau JKR bergerak. Walaupun ada lambat tapi bergerak.

Di Labuan , Sarawak dan di Shah Alam.


Kawasan kecil kali...senang diurus. (Pemikiran positif saja).


Kalau mau dihuraikan benda ni senang. Kalau orang yang betul-betul layak dilantik sebagai orang yang menguruskannya, pandai dan senanglah kerja tersebut. Akan tetapi kalau orang yang dilantik untuk menguruskan sesebuah tempat adalah lantikan melalui 'cable/keluarga/rasuah'....semua kerja susah akan dijalankan dan berjaya KECUALI pabila kedatangan orang-orang penting atau kena lapor.

Malas hendak difikirkan sebenarnya. Sudah lama benda ni berlaku. Kalau sekarang baru nak benteras....orang yang beruniform sendiri kedapatan berasuah. Kan?


Gambar di atas lakaran longkang untuk kami buat supaya tempat tanah kami usahakan tidak banjir...akan tetapi...semua sudah kena tutup...Apa tidak mudah banjir Papar tu.


Dengar-dengar ada pembeli mau tarik diri di tanah ni. Susah hati peguam tapi senang hati kami. Sebab, tanah sudah kemas dan bersih...nilai sudah naik...




Penampang/ Putatan.


Inilah tempat paling happening sekarang.


Ini.

Masalahnya ada 2 perkara.





Nampak perbezaan penimbusan yang telah dan belum dijalankan?

Ini projek kami di Putatan. Kami panggil Tombovo 1.

Sudah habis terjual dan alhamdulillah semua yang membeli ini pembeli-pembeli yang sabar.


Sekarang masalah kami untuk tanah ini ialah

  1. Sungai kecil.


Sungai ini mengambil 20% dari tanah pembeli lot 5. Permohonan mengalihkan saliran air ini sudah dihantar dengan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Sudah hantar surat balasan...tapi macam biasa...mengambil masa yang lama lagi untuk balasannya balik. Kami dilarang menimbus saliran sungai yang mengambil ruang tanah tersebut tapi mau mengalihkannya kami tanggung. Hebat bah.

15.04.2021

9.08am


Baru dapat menyambung blog kali ni..

Nauzubillah...betul-betul mengencam puasa tahun ni.

Sehari sebelum puasa kami full blast kerja...mengejar dateline dan menghantar semua perjanjian S&P ke pelanggan di Luar Wilayah Sabah (Pelik pula kedengarannya bah). Ada di Johor, di Selangor dan Kuala Lumpur.

Masuk hutan di Bundusan, menunggu orang dari 9am sampai 5 pm. Panas walaupun berairkond dalam kereta.


Nah....sakit badan, selsema dan sakit saraf kami laki bini. Puasa ke 3 sudah ni. Husband kuatkan diri untuk terawih lagi...exercise dia bilang.



Hari ni ok sikit. Fikir salah bantal tapi menoleh ke kiri dan ke kanan tidak boleh. Tengok-tengok saraf. Doktor kata, mau suntik di buntot? sebab saya memang kalau ke klinik Dr Toh ni...itulah benda saya paling takut sekali.....di buntot tu....arrgghh....

Kena suruh duduk dalam tempat tidak panas sekurang-kurangnya seminggu ya. Jangalah asyik mau memusnahkan hutan saja - doktor saya menyindir...hhmmm...Apa tidak semua online minggu ni....meeting weekly di Pejabat peguam pun hold dulu. Semua payment saya ada madam Aniza whatsapps tapi memang tidak sanggup tengok segala nombor...berpinar...dan terbayang air jagung berair...gelas berpeluh sejuk....Astagfirullah....

Astagfirullah al azim...ini baru namanya melalut....Hahahaha....Puasa ...puasa....


Kita sambung selagi saya ada tenaga ni...start sudah menguap ni...


17.04.2021

12.15pm


Nah kan...

Lain macam panas dan sakit mendatang...

Waktu saya menaip ni...suara hilang...serak-serak tak basah....

Jumaat lepas peguam saya siap whatsapps....

Mdm Paw....Are you ok? 2 customers already make payment...tidak mau ambil duit kah?


Tidak terlarat saya....sekali sakit tu...diam terus di rumah...


ok, kali ni kita betul-betul sambung.


Hari selasa kami buat kerja tengok site d Tombovo. Mengorek untuk buat longkang. Nasib baiklah crew semua non-muslim. Kami pantau dari office dan rumah saja. Lepas raya.....kami sendiri pantau dan kerja....


Ada lagi satu kes kami nak selesaikan...tanah sudah siap mot dan deposit tapi owner lama ada masalah kesihatan dan mental...kami tidak boleh tunggu lama....kalau mau..katakan mau...kalau tidak..kami alihkan projek di tanah satu lagi di Tombovo.


Selamat berpuasa hari ke 5 semua.

semua kita tabah dengan keadaan turun naik covid ni.



33 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comentarios


bottom of page