Feng shui Bulan Ni Kata, Jangan Percaya Orang...
- trustpropertiestp
- 14 Sep 2020
- 2 min membaca
Jangan kamurang ketawa. Betul, walaupun saya beragama islam tapi saya percaya benda-benda feng shui ni. kadang-kala kita perlu percaya segala feng shui, 5 elements dalam hidup kita. Api, Air, Tanah, Udara dan hati. Terutama sekali kami yang masuk hutan, perlu bagi salam dan tengok kiri-kanan dulu sebelum buat kerja.
Saya lahir tahun ular dan pandai menyelinap dan melepaskan diri untuk mendapatkan apa yang saya mau dan barang yang saya suka. Terutama sekali tanah. Hahaha....

Bulan September ni kata, orang lahir tahun ular, jangan mudah percaya dengan orang. Saya abaikan. Nah, habis kena tipu oleh satu syarikat jentera. Bayar deposit untuk mereka turun buat kerja pembersihan, tunggu 10 hari. Bekas tayar trailer membawa jentera tu puun tidak nampak.



Kena Kasi Balik RM500.00 saja.
Hairan Bin Ajaib. Empunya syarikat ni kata , jentera mereka sudah sedia di kawasan mau dibersihkan. Kami turun untuk tengok, bekas tayar tailer hantar tu jentere pun tidak dikesan. Diminta bagi balik deposit sebanyak RM3000.00, keluar pulak invoice ada jaga tu jentera selama 3 hari. Apa yang dijaga kalau jentera tidak turun-turun. Janganlah bah mau menipu kalau kerja-kerja begini. RM3k tu boleh kasi kaya, busskuuuu. Kasi buruk nama mu dan syarikat mu saja. Apa yang boleh kami buat? Bergaduh? Tidak...kami buat aduan saja. Aduan pengguna. Kalau kena blacklisted, jangan marah atau sumpah kami. Kerja jentera ni memerlukan nama bersih dan baik. Senang kena bagi tau si anu bin si anu ada jentera. Lawa dan clear kerja mereka. Selalunya begitu. Ini??? Maaf bro, aku kena laporkan sebab takut orang lain akan kena.
Oleh sebab diatas, keluarlah statement saya. Bukan racist tau tapi kenyataan.
Lebih baik berurusan dengan Cina dan orang Bumiputera dari Melayu. Maaf tapi bukan racist (sekali lagi saya mohon maaf).
Dalam kerja pembersihan, jentera, timbus tanah dan aset ni, kalau saya sudah biasa dan nampak kerja bagus, itulah saja yang saya akan panggil untuk kerja. Paling saya suka, esok kerja ya. Saya ambil 100 trips. Sebelum 10am, 50 trips sudah tertimbus sebelum saya say good morning lagi dengan mereka. Syarikat Sunsuhug. The best di area Penampang.
Di area Papar. Big Boss Quarry di Papar. Bagus orangnya. Call saja.
Tapi duit mau kuat. Call malam jam 7pm. Esok dia lagi sergah kita pagi-pagi. Lu mana? Sudah kaya kah? Kami sudah di sini. Tidak mau tengok dan ambil gambar kah) 7.30am - Dia kata di telefon. Hahaha....







Sekarang permasalahan yang wujud lagi ialah.....
CUACA
Jentera sudah sedia, tanah dan batu sedia. Cabold sudah pasang.
Asal Petang. hujan. Mengeluh tapi anggap saja rezeki.
14.09.2020
2.57pm
Semoga Graph Covid19 Turun Hari ni.
Comments