top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Freehold @ Pegangan Bebas DAN Leasehold @ Pegangan Sementara

Hari ini saya ingin berkongsi satu maklumat penting tentang :

1. Freehold

dengan

2. Leasehold


Ada panjang sikit ni kali tau...jadi....buat2 lah kupi panas



Kita di Sabah ini, tiap kali beli tanah atau rumah, pertanyaan pembeli ialah NT atau CL. (Topik ini di lain hari saya terangkan ya.)

Bukannya freehold atau leasehold. Hanya beberapa orang saja yang pernah tanya saya "Leasehold atau Freehold?"

“Apakah itu FREEHOLD dan LEASEHOLD


Freehold dan Leasehold ni merupakan jenis pegangan tanah. Kalau kamurang beli yang under construction di bawah status Freehold, maka dapat la dekat kamu rumah yang berstatus Freehold jugak bila dah siap. Atau kita bilang reserved untuk bumi sahaja.


Setiap jenis pegangan ni ada yang bagi kelebihan dan ada yang memberi sedikit kekurangan. Tetapi tetap boleh melalui proses jual beli.


Jom kita tengok perbezaan setiap jenis pegangan ni.


FREEHOLD


Freehold atau Pegangan Bebas. Jenis pegangan macam ni sangat di sukai oleh pembeli dan pelabur hartanah. Sebab tiada sekatan dalam jual beli.


Yang paling orang suka kalau freehold ni, proses jual beli adalah paling cepat iaitu dalam masa 3 bulan dah boleh dapat tanah atau rumah. Mudah kerja peguam tukar tukar nama geran sebab tiada sekatan.


TETAPI, tidak semudah itu sebenarnya. Walaupun freehold, tapi kena jugak tengok jenis lot. Bumi atau non-bumi.


Bagi freehold tetapi dibawah bumi lot, hanya boleh dijual kepada bumiputra sahaja. Kerana akan ada sekatan di dalam geran atau srata.


Kalau orang kita panggil NT atau CL.


"Tanah yang diberi milik ini tidk boleh dipindah milik, dipajak atau digadai melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri ".


Ayat ini ada dalam geran keras.


Kalau Freehold non-bumi lot, tidak ada tertulis sekatan macam tu dalam geran. Jadi, bebas dan senang la kita mau jual kepada sesiapa saja kamu mau.


Sebab itu, untuk rumah undercon (Ini pun ada 2 jenis ni. 1. Rumah undercon. 2. Rumah subsale. Laiin hari saya kasi terang ya) banyak pembeli bumiputra yang betul-betul mau beli non-bumi lot supaya bila mereka nak jual nanti, mereka bebas jual kepada sesiapa saja.


Cuma, kalau kamurang beli yang non-bumi lot ni anda takkan dapat diskaun untuk bumi.

Kalau untuk rumah subsale, anda boleh tengok kepada owner sekarang dan sekatan yang ada dekat geran, kalau owner bumi, dan dalam geran ada sekatan, maknanya bumi lot la tu rumahnya. Selalunya rumah di kawasan perumahan atau apartment atau condo yang begini ini.


Rumah di Kendara, Kepayan ni sekarang harganya RM380k. Mula-mula ia dibuka hanya RM180K.


LEASEHOLD


Leasehold atau Pegangan Sementara. Jenis pegangan ni ada tempoh pemilikan atau tenure iaitu selalunya selama 99 tahun. Selepas tu kena mohon untuk renew tenure tu.


Kalau kamurang beli Leasehold, tanya dulu berapa tahun lagi tinggal. Kalau rumah undercon pulak, selalunya tenure 99 tahun dikira dari rumah start dibina. Tapi kadang-kadang dikira dari tarikh rumah siap. Mau ditanya satu persatu. Tu pasal kalau broker yang urus, bukan durang tau tu.


Kebanyakkan pembeli tidak berapa kisah pun leasehold ni sebab lokasi selalunya best-best, dan orang yang membeli ni jenis aset ni memang berduit (tidak semua lah).


Tapikan proses jual beli makan masa lebih daripada 6 bulan sebab memerlukan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri untuk tukar nama.

Yang ini sama macam freehold tadi, ada jugak bumi lot dan non-bumi lot. Sebab untuk setiap projek perumahan, pihak pemaju kena sediakan at least 30% bumi lot.


Cuma untuk rumah subsale leasehold mau tau jenis lot kalau yang sudah banyak kali tukar nama, kita hanya boleh tengok kepada current owner. Kalau tengok dalam geran keras tu, tetap ada sekatan sebab leasehold. Kalau owner bumi, pembeli pulak non-bumi, memang amatlah susah. Tu pasal rumah dan aset ini memang bernilai dan mahal.


Dalam tu geran memanglah kamurang tidak akan terjumpa jumpa jenis lot bumi atau non-bumi ni. Kalau bumi mau jual kepada non-bumi boleh, tapi akan ambil proses yang lama sebab akan melibatkan proses rayuan dan sebagainya. Akan makan masa lebih daripada setahun dan belum tentu berjaya.



DAN YANG INI KITA DI SABAH INI TIADA.

MALAY RESERVED


Rezab Melayu adalah tanah yang hanya boleh dijual kepada kaum Melayu sahaja. Kalau bumiputra tetapi bukan Melayu tidak boleh. Kalau tanah di semenanjung Malaysia, hanya kaum Melayu yang lahir di semenanjung sahaja yang boleh beli (ikut peraturan tanah negeri tersebut).

Rezab Melayu ni pun ada jugak freehold dan leasehold ni. Jenis ni memang takkan dapat jual kepada bukan Melayu walaupun buat rayuan banyak kali.

Kalau plan mau settledown, beranak-pinak dan bercucu di tempat tu, boleh la beli jenis ni. Kalau untuk perlaburan, plan mau jual in future, tak digalakkan. Beli la freehold atau leasehold.

reference dr https://www.kakiproperty.com/apa-maksud-freehold-dan-leasehold/


Mau juga ada ilmu sikit-sikit kalau masuk dalam bidang aset, rumah dan tanah ni. Kalau tidak, mudah kena tipu. Penting sekali dalam bidang ni, kerjasama dan perundingan yang bagus antara empunya tanah dengan pembeli, kakitangan yang mengerjakan tanah tersebut dan pihak peguam untuk hitam putih.


p/s Baru pindah ke Office baru minggu ni. Harap-harap HONG tahun 2020 dan tahun tikus memberi lagi kaching-kaching yang lebih mantap lagi. Ikut tempat juga tau business ni. Kalau HONG bagus, lamalah kami di office ni.



- Mdm Paw-

06.01.2020



229 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page