top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Get Ready For Sabah New Chief Minister ( Sabah State Voting)


28.09.2020

Monday


Sebelum saya meneruskan, cuba tengok gambar saya. Hahahahahaha....







Punyalah husband saya mati kutu di Kota Kinabalu sebab saya sekarang kena QUARANTINE di Labuan selama 14 hari. Memang semua dia kena buatlah, dari dokumentasi ke menagih janji-janji syarikat yang sepatutnya menjalankan tugas untuk menimbus tanah di Melugus dan pembersihan di Kg Baun, Papar.


Timing memang tidak ngam walaupun saya ke Labuan adalah untuk membuka office baru untuk cawangan baru kami di Labuan, mengurus lesen di Perbadanan Labuan, melantik Pengurus untuk Cawangan di Labuan, perjanjian dan mengambil gambar untuk tanah-tanah baru dan akhirnya mengurus Surat Anak Negeri saya di Ujana Kewangan.


Duuuiiiii.......terbengkalai. Perkara yang terbuat ialah, pengurus di sini yang buat semua kecuali Surat Anak Negeri. Bagus jugalah....hahaha...En Faizal, pengurus saya pandai buat.


Tidak terkata-kata saya tentang kenaikan mendadak di beberapa kawasan. 3 digit sekarang.


Kekuasaan politik. Menjahanamkan rakyat dan bukannya menjaga kesejahteraan rakyat.


Sabah tve Covid19 - 98 orang


29.9.2020

Tahniah dengan Lantikan Ketua Sabah Yang Baru.

dengan 3 timbalan-timbalan beliau.


Susah nak cakap. Kita tunggu dan lihat.



Jangan lupa,hari ini 73 tve dari Sabah sahaja ya.


Day 3 Quarantine.


Alhamdulillah nasib baik saya "terquarantine" di mana ada lagi rumah mak di Labuan. Kesengsaraan menanti keputusan Swab Test ni mengalahkan menunggu apa-apa saja yang boleh merubah hidup kita.


Pagi-pagi saya akan dikejutkan oleh microphone masjid orang mengaji sebelum Azan Suboh. Tidak sampai 30 langkah dari rumah mak. Selepas soalt suboh, bangun buat kopi. Sempat melaung hai-hai dengan mak di atas rumah. Kali ini home quarantine bebas sikit sebab saya ada satu tempat untuk melepak. Sempat tengok anak-anak buah pergi kerja, bergelak ketawa dengan adik-beradik sambil sempat kena olok-olok "Jangan rapat dengan dia....eeee...." tapi hari-hari ada saja makanan mereka hantar di meja tempat lepak ini.



Makan ya sudah. Makan danmakan dan makan...tapi tidak juga ada selera...mungkin panas.

Selepas makan beramai-ramai tapi jauh-jauh....penutup malam selalunya saya akan melepak di meja ini sambil rasa bersyukur kekuatan dari Allah dan keluarga.


Tadi petang, ada orang kampung sebelah meninggal dunia. ....doalan al-fatihah...tapi setelah 3 jam, baru heboh sekampung yang jenazah terpaksa dibawa dan dimandikan di Hospital. Tidak pernah berlaku kalau ada kematian di kampung-kampung. Rupanya, arwah sebelum meninggal, pernah berjumpa dan diurus oleh seorang jururawat yang telah dikatakn tve covid19. Aduh.....Semua dibuat di Hospital Nukleus.


30.09.2020

1.45pm


Nauzubillah....punya main panas ini Pulau. Duduk dibawah pokok untuk dapatkan angin pun macam duduk dibawah zink rumah. Walaupun tidak dapat keluar...habis orang saya call dan gegar untuk kerja terbengkalai. Geramnyaaa saya...



Station Home Quarantine saya. Nasib baiklah di sin ada rumah keluarga. Bayangkan yang datang demi kerja , rancang 3 hari untuk meeting dan bekerja sekarang quarantine selama 14 hari.

Wrong and great timing betul saya ke Labuan ni. Memang banyak perkara saya ingin buat di Labuan tapi hebat quarantine ni kali.


Ini lagilah, berita di Labuan. Sudah tahu bergelang putih...janganlah jalan-jalan.


Seorang lelaki warga tempatan berumur lingkungan 50-an ditahan Polis Labuan berikutan ingkar perintah kuarantin. Ketua Polis Labuan, Superitenden Muhamad Farid Ahmad berkata suspek memasuki Labuan melalui Terminal Feri Antarabangsa Labuan pada Ahad 27 September 2020 dan telah mendapat arahan perintah kuarantin AN-NEX 14-B bermula 27 September hingga 10 Oktober 2020. Bagaimanapun setelah menjalani ujian saringan pada 29 September lelaki berkenaan tidak balik menjalani perintah kuarantin sebaliknya telah datang ke sebuah pejabat kerajaan bagi urusan peribadi. Lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta di Sabah kini ditahan bagi tujuan siasatan. Setakat ini belum ada keputusan ujian COVID-19 suspek dikeluarkan dan kes masih dalam siasatan polis. Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 jika disabitkan bagi kesalahan pertama boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.



Hebat Ni Orang. Sabar bah....semua ada benda mau urus tapi sabar lah bah juga.


Dalam diam-diam...Sabah dengan Ketua MEnteri yang baru dan 3 Timbalan Ketua Menteri yang Baru...keluar statement ini.






No komen ya...sebab pasal ni orang-orang politik juayang mengakibatkan Graph Jangkitan Covid 19 meningkat secara mendadak di Sabah.


Saya akan buat bolg lagi esok....kita berdoa supaya kita semua selamat...


P/s.....Kerja baru mau bergerak...tengok-tengok...tanggal kepala pengorek....marah ni..marah ni....nasib baik saya di seberang laut....



30.9.2020


Aa

40 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page