top of page

Harga Rumah Di Sabah Antara Yang Termahal Di Malaysia, Kenapa?

Mana satu kamu mau?

Rumah yang sudah siap atau rumah yang kamu bina atas keinginan kamu sendiri?


Sebenarnya mengikut citarasa dan perangai kita.

Dan mengikut budget kewangan masing-masing.


Ada yang berduit tapi tetap mahu membuat rumah di kampung-kampung.

Ada yang berduit dan tidak suka berjiran seperti di kampung maka mereka tinggal di bandar. Faham-fahamlah kalau di bandar. Kadang-kala senyum waktu terjumpa membuka pintu pagar pun tidak.


Di sini saya terangkan beberapa perkara kenapa ada perbezaan dalam rumah di Sabah.


Antara tempat tinggal yang berada di tengah-tengah bandar, Kota Kinabalu. Jangan hairan, sesetengah bangunan ini dulu-dulunya adalah lautan. Tapi sedikit demi sedikit tanah ditimbus. Akhirnya boleh dibina bangunan yang tersergam indah.


Api-api Apartment



Jesselton Residencial



Imago


Di sini biar saya terangkan kenapa harga rumah/apartment/condo mahal di bandar-bandar. Terutama sekali kawasan Bandar Kota Kinabalu.


1. Tanah

- Tanah di kawasan bandar selalunya adalah dari status CL . CL+++, PL, Townshend. Jangan kamurang hairan, harga satu prsqft di kawasan ini ialah RM250.00 - RM1000.00.

Bayangkan, 1 ekar tanah ialah 44,000 prsqft (saya bundarkan dr 43,560 prsqft). 44,000 X RM250.00 = RM11,000,000.00


Lalalalala....duit banyak oooooo


Saya pernah berurusan dengan wakil Hotel Hard Rock. Dia mau buat Hotel di Kota Kinabalu. Saya dapatkan di Tanjung Aru, sebelah Kilang Coklat. 5 ekar lebih. Dia jual RM35 Juta. Kami tidak ambil apa-apa hanya 3% dalam akta Syarikat Hartanah. Mau turun saja lagi ke Kota Kinabalu, pembeli tu cancel sebab waktu itu yang pegang 'balik' hard rock ialah seorang Datuk dan bekas menteri yang telah bebas dari tuduhan. Dia pemilik tu syarikat sebenarnya dan terus mau buat di Langkawi pulak. Melepaslah padahal semua sudah saya sediakan tapi tidak apa. Saya belajar pelbagai benda. Dari karenah broker dan peguam dan penggiraan komisen.


Dan sebenarnya, keadaan perniagaan yang besar-besar selalunya mengikut politik dan keadaan sekelliling. Itu lain masa saya beritahu.


2. Bahan mentah

- Kebanyakkan sebelum ini, segala bahan mentah seperti simen, batu bata, besi adalah bahan-bahan yang dibeli dari luar negara. Malah bahan mentah "pekerja" pun dari luar. Faham-fahamlah ya. Bahan-bahan ini diperolehi dari pemborong yang sanggup mengimport dari luar negara. Pengusaha dan developer ni pulak beli secara 'hutang' atau kredit selepas 2 , 3 kali membayar secara tunai. Pemborong ni mau juga untung. Lama tidak bayar , mereka akan kenakan peratus %. Jadi makinlah naik kos pengusaha / developer ini tadi. Harga-harga rumah kalau kita tengok pun akan berbeza-beza. Kalau baru buka, hanya tapak, lain harganya. Setelah pacak tiang, lain harganya. Dan kalau sudah siap, wow wow wow harganya.


3. Pelabur

- Tengok, ramai tiba-tiba kesai makan, kedai runcit dan terutama sekali orang Korea dan China. Sebanarnya, bangunan yang terbaru sekarang ini adalah dari pelaburan pelabur dari Korea dan China. Walaupun sudah kurang pelancong dari China tapi progress pembangunan mereka di beberapa kawasan masih diteruskan. Jadi makinlah mahal harga rumah di tengah-tengah bandar. Mana pelabur luar mahu rugi,kan?


4. Jabatan / Kementerian kerajaan

- Ini sudah nampak tapi boleh main tutup-tutup mata. Kalau di Semenanjung, kuat penjagaan kebajikan mereka di sana berbanding dengan di Sabah ni. Tidak ada pengkhususan dan harga tetap di Sabah. Siapalah kita untuk menilai keadaan ini kan? Tapi , kita tengok keadaan Sabah di masa akan datang.

Saya sebenarnya kalau boleh kembali di Sabah ini ialah sistem kabotaj. Kembalikan kekuasaan kabotaj kepada kerajaan negeri. Baru senang dan urus tentang harga bahan mentah. Ini pun kekuatan kerajaan negeri juga sebenarnya. Harap-harap dimasa akan datang , adalah menteri yang bijak dan berani mengutarakan benda ni untuk Sabah.


Sekarang saya mau bagitahu satu ilmu untuk memiliki rumah anda dengan budget tapi mempunyai rumah yang luas dan mengikut citarasa kamurang.

Ini contoh-contoh rumah yang dibina seluas-luas yang kamurang mau selagi sebesar mana tanah kamu ada.





1. Tanah.

Beli mengikut prosedur yang betul. Jangan sesekali membeli tanah yang main masuk nama. Sebab nanti mana kita tahu akan akan terjadi di masa depan kan? Mau jual balik kah. Mau reloan dengan bank kah. Kita tahu apa akan jadi.

Pastikan tanah dan developer yang mengusahakan tanah tersebut akan buatkan semua. Kecuali buat geran individu. Ini kalau mereka yang pecahkan, status tanah akan menjadi mahal. Dari RM3 seprsqft akan menjadi RM25.

Tanah yang usahakan tadi boleh mengikut budget pembeli jadi senanglah nanti mau budget untuk buat rumah.

Ini cerita saya bagi tahu. RM350k adalah harga sebuah apartment yang tidak sampai 600 prsqft. Dengan harga RM350K itu, kamurang boleh buat 3000 prsqft, 5 bilik tidur dan boleh parking 2 3 buah kereta lagi.

Itu yang ramai orang beli tanah lot.

Perumahan sekarang keluasan dalam 1200 prsqft. Tiada halaman ya, hanya parking 2 buah kereta. Apa lagi kalau 5000 prsqft ke atas.


2. Bahan mentah

Ini perkara yang paling seronok kalau mau buat rumah sendiri. Bahan seperti batu-batan, simen, wayar-wayar, besi, atap malah pekerja. Boleh dibudget baik-baik melalui kontraktor yang amanah. Jangan ambil kontraktor yang kasi kurang bahan tapi claim 2 kali ganda. Merbahaya juga tu.

Plan-plan rumah boleh didapati di mana-mana tapi yang penting melantik kontrakor yang betul. Tukang letrik yang berlesen dan akhirnya segala paip-paip di dalam dan luar rumah. Saya bagi tahu, memang puas hati kalau kita sendiri yang pantau pembuatan rumah kita sendiri. Oleh bangga sendiri-sendiri di tepi pagar rumah kita. Ha Ha Ha.....


Kelebihan membina rumah sendiri:-

Bajet pembinaan dikawal oleh anda sendiri bergantung kepada kemampuan

Segala keuntungan yang mampu diambil oleh pemaju menjadi milik andaAnda bebas menentukan konsep dan rekaan rumah yang anda mahu


Tengok rumah-rumah di bawah ini. Ini dibuat atas tanah sendiri. Jangan hairan ya. Di Sempurna dan di Likas.




Rumah-rumah di bawah ini hanya bawah RM100k.




Kalau saya , saya paling suka tinggal di bandar. Jalan kaki saja boleh beli barang-barang. Tidak payah cari parking. Paling saya suka tengok perangai manusia yang berjalan di kotaraya penuh dengan agenda masing-masing.

Sebelum ni saya tinggal kampung. Bolehlah dipanggil kampung di mana kita boleh bercucuk tanam, cuci kereta tak kacau orang lain dan kita kenal orang kiri-kanan. Tapi masalahnya, selalu bercerita dengan orang di kiri kanan ni membuatkan kita jadi membawang dan buang masa bergosip. Lepas tu kita buat sesuatu berlainan dengan orang kiri kana, akan dicakap pulak. Kita pulak jadi bahan bawang-membawang tu.

Lepas tu rumah di kampung di sewakan. Pindah ke kawasan bandar tapi masih semi kampung. Apartment. Mula-mula seronok sebab malau mau tau orang kiri kanan. Tapi masalahnya mereka pulak yang mahu berkenalan. Ok juga tapi lama kelamaan lain pulak jadinya. Minta tolong jagakan rumah sebab mereka mau balik rumah, jaga anak-anak mereka dan yang paling saya malas, mau pinjam duit. Duit ni boleh buat gaduh kalau salah langkah. Perkara yang menyakitkan hati lagi ialah, jiran yang tidak tahu apa itu ketenangan. Tengah-tengah malam berkaraoke dan yang best tu bergaduh sampai kedengaran semua di blok kawasan apartment tu.


Sekarang berada pulak di kawasan di mana betul-betul bandar. Jumpa jiran sebelah menyebelah , kalau dia senyum dengan kita balik....bersyukurlah tapi saya sua kerana tidak membawa cakap-cakap yang tidak tentu. Itu saya suka...hahahaha


sekarang, saya paling suka menerangkan semua perkara tentang hartanah ni dalam blog. Anda semua boleh tahu apa perkara yang sedang kami buat dan cerita di sebaliknya.


Sebenarnya banyak lagi saya akan taip di dalam blog ini. Setelah saya dalami keadaan sebenar hartanah . rumah dan tanah di Sabah ini, terus saya banyak peluang. Dengan adanya pengalaman begini , syarikat kami ditawarkan jadi penilai tetapi salah seorang antara kami dalam syarikat ini perlu mengikuti beberapa kursus. Saya antara yang mau ambil kursus. Dalam masa yang sama menimba ilmu. Dari sana saya mendapti pelbagai cara untuk meneruskan cara pengurusan hartanah ini secara teratur.



Satu persatu saya susun dalam Research saya tentang hartanah di Sabah ini. Harap saja masa cukup.

Master in Valuation and management in Property - UTHM, Johor.


Prof yang menjaga kerja dan research saya paling suka datang ke Sabah. Makan seafood murah-murah kan.

Susah mau cakap bagi orang yang ada gout ni


Good Night and be harmony

-Mdm Paw-

10.06 pm

12.02.2020

2,487 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page