top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Hari Pertama Kerja di 2022

6.1.22

Penat tidak hilang lagi tapi hati dan kaki mau bergerak dan berjalan saja.


Kelmarin, kerja solo dari rumah ke office. Selepas senarai kerja sudah siap terus memandu ke Papar. Selalunya dengan partner AKA husband…boleh-boleh bergerak 9am..sampai ke Papar 9.40am.


Kelmarin, dari pukul 9am…ke office ambil senarai kerja….dari Kota Kinabalu ke Papar…boleh-boleh 11am baru sampai. Apa saya buat sampai lewat sampai tu kan???


Tergelak sekejap waktu menunggu giliran di Pejabat Tanah Papar.

Sampai ke tingkat satu di Bangunan Kerajaan Papar, punya ramai orang. Masuk-masuk 5007, saya yang ke 5012. Bolehlah tunggu sekejap.





Jabatan Tanah…antara tempat paling berhasil dan ‘manis’ dari dalam mana-mana jabatan kerajaan.


Jual dan beli. Empunya tanah dengan pembeli. Broker / agent dengan empunya tanah dan pembeli. Orang yang memeriahkan keadaan Jabatan Tanah. Sudah tertera di pintu masuk “Hanya 3 orang dibenarkan masuk”. Siap berbaris di dalam lagi tanpa tengok arahan. Agent-agent AKA broker-broker keluar masuk tanpa ambil nombor. Marah-marah sebab tidak dilayan. Aduhai…apa susahnya…ambil nombor bah bro… Ke hulu ke hilir bilang DS Muhyuddin kata…last-last mengamuk terus turun. Tak ada penyabar betul




Tapi kan,,,

Paling happening lagi, kita tengah tunggu turn kita berbunyi panggilan nombor, boleh-boleh ada mak cik boleh potong barisan tanpa segan silu ke kaunter.

Hahahaha…terlopong jugak lah saya…siap ada pak cik sebelah saya…tengok-tengok screen tv dan tengok nombor saya.

“Nak….maci tu potong queue kau tu” siap tunjuk ke arah macik tu….hahahahah

“Biarlah pacik…mau cepat kali”…saya balas..malas sudah mau cari gaduh….sudahlah saya seminggu sekali ke Jabatan Tanah Papar tu.

Nanti bergaduh…muka ni juga yang akan diingati sebab bergaduh di Jabatan Tanah…iskh,,,tak mahu lah saya




Jadi…dari menahan marah..berboraklah sekejap dengan seorang pak cik tadi.

Siap saya senyum dan Tanya pacik tu, ada urusan kah di sini pacik?

Ya, jawabnya…mau memohon paip air…mau update dan stamp pengsahan dari Jabatan Tanah….ohhh saya jawab…


Dan yang haru nyaaa


Sebelah Jabatan Tanah Papar tu….Jabatan agama Papar.


Ramai-ramai kami menunggu giliran di Jabatan Tanah…ramai jugalah orang ramai yang terdiri daripada..pengantin lelaki dan perempuan yang nak nikah, mak bapa kedua pengantin, pak cik mak cik dan sahabat handai. Jaga jarak? Tak mau cakaplah…SOP sajalah yang ok.


Jadi….hehehehehe


Waktu saya berborak dengan pak cik tu…adalah orang yang dia kenal…

Mereka tengok pak cik tu…mereka tengok saya

“Assalam…eh…ada khabar baik kah ni?” Senyum sorang mak cik

“Ni nah…ada urusan di jabatan tanah” jawab pak cik tu

“Ohhh…pikir ke bilik nikah” gelak sorang pak cik lagi…


Sambil menunjuk pintu di belakang pak cik tadi…


BILIK PERNIKAHAN (KELUAR/OUT)


Pak cik tu tengok saya..saya tengok pak cik tu…kami gelak…


Hahahaha….Rupanya kami bercerita di depan bilik orang selepas nikah….

Terus datang seorang auntie…

“Bah…balik kita”..Muka tidak ada reaksi

“Bini pak cik..” lambai pak cik yang kami berborak tadi…Ngam-ngam nombor saya kena panggil…

Ada-ada saja bah….hahahaha…


Boleh-boleh saya tersenyum waktu duduk depan kakak kaunter.

Senyum terus tu kakak di kaunter.

Kenal sudah tu kakak dengan saya…

“Huuhhh”…

“Madam…kau lupa ambil boring LSF 1800 hari tu”

Saya hanya angguk-angguk…terus beli borang tu dan berbincang sekejap tentang appointment mau memasukkan nama-nama pembeli selepas boring MOT dihantar nanti.

Kakak tu bagi tahu, tidak payah lagi segala appointment. Datang saja.

Bersyukur lah saya.

2 minggu lagi kita jumpa, kak.

Senyum saja dia sambil menjerit

Next!

Perghhhh




Pukul 1pm…Boleh juga mengambil masa yang lama berurusan di kaunter kerajaan tau…

selepas makan tengahari…


Saya mula bergerak balik ke kota Kinabalu.

2pm…sampai Putatan sudah…aik….Laju dan cepat pulak.


Terus call peguam...mau hantar borang MOT yang baru….dia kata lusalah madam hantar sebab petang ada pelanggan mau sign S&P dan MOT.

Esok saya ada pelanggan juga.


Jadi….


Saya terus balik, beli sikit bahan-bahan mentah. Sampai ke rumah..pukul 4pm.

Qhada terus Zuhur …alamak…lepas asar….terbungkang bawah kipas

Lain macam penatnya bergerak dari satu daerah ke satu daerah ni. Selalunya ada driver….Penat pun, penat bercakap saja…ini buat semua sendiri....


Pukul 3.50pm…dapat whatsapps dari peguam…pembayar dan pembayaran ada sudah settle hari ni. Alhamdulillah….


Hanya satu saja yang buat lari planning ni.


Senior lawyer belum muncul lagi sejak 25hb December 2021.

Cheque tidak bersign-sign lagi ni.

Mengeluh lagi….bersabar lah


Kita tengok...apa lagi kerja esok hari...

4.21pm

6.1.22

32 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page