top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Here we go... Mari kita bertindak... Rancang, Tawakal dan hembus nafas

22.3.2022


Punyalah sibuk dan tersibuk hari ni. Entah kenapa.


Padahal hari ni dalam kalender, hanya interview dan penerimaan pelatih saja.

Best pulak ni kali…pelatih saya siap ada bodyguard… Bapa dan abangnya.

Bagus begitu…tahu skop kerja-kerja anaknya.


Tadi…

Sekali datang incoming calls.

Manager call lebih 10 kali …tentang loboi AKA Loader mau naik…(AKHIRNYA) khamis malam (Suboh Jumaat)


Tentang bayaran…off, selesai.


Call lagi tentang perjalanan outstation minggu ini.


Sanalah juga agent insurans saya mengusut…hahaha…

OTP bank saya ada masalah jadi ada masalah untuk buat potongan…


Tak menyabar lagi tu..sudahlah orang tidak selalu di Bandar-bandar…asyik masuk hutan…

Sabar sajalah.


Banyak pulak saya fikir tadi sebab semua tunggu semua.

Loader untuk kerja di Sandakan dan Ranau


Tunggu tukang ukur untuk tanah Papar – baru loader dapat masuk bawa jentera- baru dapat clearing tanah= baru dapat ambil tanah- baru dapat timbus 5 kawasan.


Masalah?

= Cuaca


Saya paling suka ribut..tapi sudah dalam kerja ni...utamakan lah dulu kerja.


23.03.3033

Baru dapat duduk sambil minum air ais.

Berdenyut kaki saya …penatnya..wowww


Perjalanan kerja hari ni.

Pukul 930am mula berbaris di CIMB Bank…macam biasa..berbaris untuk berurusan.

Loader sudah ada…untuk naik Sandakan dan Ranau..

Syukurrr Alhamdulillah…


2 Minggu kami menunggu loader untuk membawa 2 jentera besar naik ke Kundasang dan Ranau. Belum lari lori-lori ya…Naik dalam 2 hari ada tempat during parking…

Berjalanlah kerja di Ranau.


Kembali kepada cerita perjalanan kerja pada hari ni…

Selepas dari bank….Manager ada appointment dengan bos jentera…saya pergilah check buku resit untuk cash sale untuk trip-trip tanah minggu depan.

Bunyi senang kan?


Tapi…


Saya selalunya…kalau bukan waktu mandi…makan dan memandu…sanalah orang akan sibuk menelefon.

Dari pelanggan…dari owner tanah…dari bos jentera…

Bertanya kerja….

Bertanyakan harga-harga tanah

Bertanyakan tanah timbus

Dan tadi…


Peguam…

turun 1 tingkat di centre point….2 kali call

Bergegar telepon dengan whatsapps dari beliau

Turun 1 tingkat …whatsapps…


Ada customer…lama sudah deposit tanah….baru dapat turun dari laut…dan baru clear untuk tandatangan S&P….

Tapi

Dia minta tambah sesuatu dalam perjanjian S&P…

Boleh…


Mungkin tadi kami penat ..penat minda…payah betul membuat ayat…hahaha..

Akhirnya…selepas selesai kerja saya di Centre Point…baru selesai juga ayat yang sesuai…


Susah tau kalau minda ‘Blank”…apa yang sepatutnya ditulis dan taip…susah hendak dibuat.

Hahahaa…..First time kami berdua menghadapinya….

Sampai saya Tanya peguam..

“Mendapan tanah dalam bahasa Inggeris apa?”

Hahaha…..

Keluar google translation.

Dapat…baru bagus ayat yang pihak peguam buat….

Baru saya teringat..saya sepatutnya check buku resit yang saya telah tempah… siap tapi tunggu Jumaat baru ada tenaga saya mengambilnya.


Saya baru perasan…punya saya haus…rupanya…dari tingkat 3….saya pelan-pelan bercakap dalam telefon sampai ke basement centre point..pastu naik balik sampai ke Palm Square.

2 kali…aduh…pecah lemak eh

Dalam centre point pulak…Semua air pulak…jenis yang manis…the bubba lah….cola lah

Mau cari air dulu…

Last-last…100++ dan sebotol air mineral….minum diam-diam dalam kereta..dalam 10 minit juga saya dalam kereta tu. Menenangkan perasaan.

Pastu turun dan perlahan-lahan keluar.

Senyumnya saya..lebar sebab di luar Centre Point…

PANAS!



Alhamdulillah..tengok jam…1,30pm.

Wow….tidak hujan!!!

Menyanyi kecil saya dalam kereta…

Balik….Sampai depan flyover ke Inanam…

Allahuakhbar,,,Jem nyaaa….

Sampai Rumah…3pm…

Sampai rumah…ntah apa saya hidu…macam ikan masin.

Belum tukar baju…terus sapu rumah, vacuum dan mop. Tenang kejap..mandi..solat…Duduk.



Aik..5pm?

Tapi yang sakitnya….ada lagi tu bau…Apa bah tu? Setiap penjuru rumah saya bau…

Ada ni husband lupa buang…

Tidak juga…

Akhirnya…bau dari luar… Baru teringat…2 hari lepas ada kenduri kendara orang keliling ni.

Hmmmm…Faham-fahamlah bekas orang kenduri…

Tutup semua tingkap..baru kurang bau…

Terima kasih Ya Allah..deria bau saya datang fully sudah…

(Think Positive)


Tengok-tengok…

hujan lah pulak…

(Alhamdulillaahhh)

Terus tengok ramalan cuaca…

Untuk Esok

Ribut…


Senyum kambing saya….tak ada perasaan

Tawakal jelah.

Semoga dipermudahkan perjalanan loader membawa jentera naik ke Ranau.

Itu saja dalam pemikiran saya.


Driver loader minta lokasi di mana sepatutnya mereka tuju.


Senyum balik

Baru tenang dari solat magrib…Manager dapat pulak panggilan dari bos jentera…

Minta tolong..


Tolong carikan tempat tinggal nanti disana.

Mau kena marah juga ni bos…Saya pulak disuruhnya mencari. Padahal, 2 kali sudah mereka turun naik sana.

Nombor ketua kampong pun sudah dibagi dan ketua kampong pun sudah ok.

Bukan nya mau racist…mau juga perempuan yang rancang benda ni…baru menjadi tau.

Hmmm….


Tengoklah..saya sudah bookingkan hotel 24-25hb March untuk buyer dan customer tengok tanah…postpone..Nasib baik dapat ditarik tarikh tu ke 28-29hb March…saya booking..3 minggu yang lepas…


Tak dapat diramal kerja site ni juga…banyak factor boleh jadi penghalang.

Sambil-sambil menaip dalam blog ni…saya tengah menunggu gambar-gambar dari mereka bersiap sedia hendak bergerak.

Banyak bunyi juga…dah di bagi kos…belum jalan…mau minta lagi…kerja belum jalan bah bossku….

Dan kata Manager saya…huh..kalau kau kerja dengan cina…kena marah sudah tu…

Tunggu dan menunggu lagi


24.3.2022

Nampak ni?

Saya terima gambar pada pukul 10am…


Rupa-rupanya jalan sudah…sampai ke Ranau sudah.

Kenapa lambat?

Sempat lagi orang-orang kesayangan ini menyinggah di Simpang Ranau..makan durian.




Adakah anda fikir saya ada masa untuk sakit kepala?

Stress betul saya hari ni.

Mungkin disebabkan tidak cukup tidur…


Berehat dulu

Mau tidur awal ni malam...

Esok ada appoinment lagi.


24.3.2022

3.43pm

26 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page