Ikut Otak Atau Hati Dalam Pekerjaan
- trustpropertiestp
- 1 Mei
- 8 min membaca

Tahun ni 2024, lebih 10 orang in and out kerja di Syarikat saya. Semua tidak dapat bertahan.
Macam-macam pelbagai perangai dan masalah manusia.
Perkara pertama
Betul orang kata….Gen Z…Susah saya mau terangkan.
Macam kartun saya rasa.
Itulah saya kata…2024 saya menggunakan semua pemilihan dengan hati dan perasaan, boleh-boleh saya guna dalam berurusan dan berniaga.
Akan Tetapi
2025…saya mau ikut otak yang waras.
Ini adalah kerana penting, tanpa kakitangan, kita tidak akan bergerak.
2024
Setelah perlahan-lahan bangkit semula setelah segala darurat dan covid…Saya ingin melebarkan sayap ke seluruh Sabah. Lain pulak say a baca ayat ni.
Apa yang saya mau katakana ialah…ramai orang membagi tanah dengan harga yang amat berbaloi di seluruh Sabah.
Perlahan-lahan terjadi. Walaupun banyak fault and error…belajar dari kesilapan…Syukur menjadi.
Akan tetapi, kalau makin luas ni, memerlukan tenaga manusia untuk
1. Menjaga
2. Memerhati
3. Mengurus
4. Menjual
5. Berurusan dengan contraktor
6. Majlis segala daerah
7. Jabatan-jabatan Kerajaan yang berkenaan
8. Manusia
Pergerakan kami....
Mengupah/melantik/menjadikan warga jiran sebelah untuk dijadikan pekerja.
Saya Bukan Racist tapi saya mula perlahan-lahan mempergunakan khidmat luar.
Pada bulan pertama, saya perhatikan dengan teliti kerana saya terus-terang tidak bebebeberapa percaya dengan orang dari jiran sebelah negara kita. Dari kecil saya nampak bahawa mereka ni memang kerja keras dan kuat …akan tetapi…. mudah lupa diri.
Ada satu kesah di dalam keluarga saya. Anak buah arwah bapa telah menjadi seorang yg berpangkat. Amat disenangi orang sesiapa Sahaja. Oleh itu dia telah Berjaya dan jadi seorang yang dipercayai untuk mengurus sesebuah tempat. Kalau saya sebut nama dan kerja dia…tahu pulak korang nanti. Susah saya pulak nanti.
Sepupu saya tu…ada satu masalah……masalah terbesar dia ialah…terlampau percaya dengan orang luar.
Ayat yang saya ingat sampai sekarang dari mulut pakcik dan bapa saya ialah.
“ Kalau kau mau kami mengiringi mu, jangan sesekali bawa bini mu dan kunco-kunco nya”
Sepupu saya ini mempunyai Syarikat yang bagus dalam bidang perkapalan. Kalau mereka bergerak, melawat sana sini, kunco-kunco bininya pasti ikut walaupun sudah dipesan supaya jangan mengekori mereka dari mana-mana.
Pakcik dan bapa sanggup cancel tu. Bapa kata, langgau yang mengisap.
Anak buah bapa tu (Cousinlah) telah kahwin dengan Wanita dari Seberang. Cantik, menawan, berpendidikan dan pandai menjaga siri, suami dan anak-anaknya.
Perkara yang tidak disukai ialah…
Kaum kerabatnya yang tiba-tiba muncul dari negara sebelah.
Sanggup jadi tukang angkat tahi …kami kata. Kiri kanan ke mana dia pergi, mesti 90% kaum kerabat isteri dia…orang dari jiran kita. Bayangkan kami datang membawa kelupis yang dia suruh mama saya masak, masuk ke pintu pun tidak boleh. Pernah kena marah juga kaum kerabat bini dia sebab kami datang membawa apa-apa untuk cousin ni dilarang. Jadi saya telepon sepupu tu…habislah kena marah…Kalau saya terjumpa sekarang…saya langgar adalah.
Setelah beberapa tahun…hmmm..
Perlahan-lahan anak buah bapa tu kehilangan pelbagai barang mewah. Jetski satu – persatu hilang . Laporan dibuat, kena curi. Padahal ada CCTV. Waktu tu…rumah anak buah bapa tu saja yang mampu pasang CCTV. Nampak sebijik janggut orang tu tergambar
Tidaklah dibuat laporan polis sebab….yang mencuri…keluarga isteri yang datang macam menyembah ke kaki minta kerja.
Hal ke 2.
Kapal air…dikatakan terlanggar dan tenggelam tapi sebenarnya dicat baru dan ditukar no..kena jual berjuta. Hmmmmm
Sapa yang buat…orang Seberang….saaaaaaannnaaa..selat Melaka…Kapal tu dari Indonesia.
Faham-fahamlah ya
Ingat lagi waktu tu…arwah bapa sampai pukul-pukul meja bah…mengamuk.
Last-last…anak buah tu pindah ke Kawasan bandar dan kahwin lagi satu dengan orang Kelantan. Hahahaha….Semua kunco-kunco dari Seberang tu sunyi sepi.
Saya dapat ilmu dan cerita ni semua ni dari arwah bapa saya. Dia seorang pelaut yang berjumpa dengan pelbagai manusia di kapal laut. Dia kata, kalau pekerja atau kawan pelautnya yang dari negara Seberang…jahat hati, mulut manis tapi jahat belakang….sampai dia cerita…dia kena racun waktu dia memasang light house di kudat dulu sebab berlawan masakan saja dari orang Seberang. Terus kena suspect TIBI padahal kena racun. Mama saya pernah cerita….arwah bapa sekali batuk…semangkuk darah….jauh-jauh palis.
Jen…jeng..jeng..
Kita Kembali kepada zaman ini.
Hahaha…lawak…bagi saya lawak.
Orang yang saya ambil kerja kali ni berasal dari negara jiran. Bermastausin di Sabah dan kahwin dengan orang Sabah. Manager yang kenal dia ni. Jadi saya kalau Manager sesuai, saya pun ok, Dia yang berurusan hari-hari dengan pekerja ni. Saya bukan di tapak. Saya mencari, menjalankan kerja-kerja kertas dan urusan jual beli .
Bagus orangnya, tekun, rajin dan mendengar arahan. Jadi, oleh sebab semua sudah disediakan, saya mulalah mengajar bagaimana kerja bahagian Hartanah ni. Gaji kecil tapi komisen lumayan. Semua selesai, doa selamat dan adalah makan-makan. BBQ, karaoke. Masak ramai-ramai. Bah kita kan biasa….tapi tidak lah kami tak ciss AKA haus. Ada pun yang bukan muslim lah…hahahah
Lama kelamaan tuan manager saya makin tidak serasi dengan pekerja dari pekerja negara jiran ni. Saya abaikan sajalah….
Bulan ke 2, start sudah sakit- sakit. Banyaklah complain manager saya. Pekerja tu dari tapak terus baring berselimut padahal belum mandi. Dia paling pantang tu…sejak kes covid….Jadi baru dapat tahu…Rupa-rupanya mereka yang lahir di luar Malaysia tidak dibagi suntikan selepas lahir.
BCG
HEPATITIS B

POLIO
Blab la bla…macam dalam gambar di atas ni.
Rupanya…di negara mereka…kalau mau suntik ni semua..kena bayar…
Ya Allah…Nasib lahir di Malaysia. Semua free.
Jadi…sambung cerita…setiap balik dari tapak, dirumah terus berselimut. Kesejukan …padahal panasnya tu kalau dari jaga tapak.
3 minggu…dia tidak mau ke hospital atau ke klinik. Terus saya naik keningau. Ke klinik permai. Beratus juga kalau bukan warga negara Malaysia ni berubat ya.
DENGGI.
Nah….kedapatan.
Manager paksa dia balik ke daerah bininya tinggal. Berehat 1 minggu.
Di sanalah manager saya bagi tahu saya kisah tentang pekerja ni.
Pernah saya tuba dia…minum sampai mabuk….hahaha…sebab asyik-asyik bercakap mau enjoy…enjoy eh. Dia bercakap lepas. Saya pun gelak-gelak dan mengorek cerita tentang kehidupannya. Sungguh kesian…tapi saya ni..dari saya kesian orang…saya fikir untuk diri sendiri.
Iskh,,,boleh melarat saya ni kalau menaip…
Kembali kepada Manager saya.
Manager dengan pekerja tu sekampung dan kenal family.
Pekerja tu boleh cerita yang macam-macam dan bukan-bukan tentang Manager saya.
Pekerja tu siap cerita yang kami ramai-ramai berkaraoke, makan bbq ayam, kambing dan happy hour main pool 1 company boleh sampai cerita tu dengan family bininya dan orang kampung. Terkejut lah mereka.

Saya kata…apa yang bikin terkejut. Kan biasa. Rupa-rupanya…kekejutan budaya. Tidak pernah bos-bos masak dan bawa makan. Ini belum lagi cerita nya yang dia kena bawa makan di Marriot hotel, dinner company.
Kesian pun ada ..lucu pun ada.

Kesakaian.
Perkara yang boleh menyebabkan Manager dengan segala hormatnya bayar 1 bulan gaji dengan dia ialah…
Ex- pekerja tu boleh ke hulu dan kehilir bercerita yang Syarikat tu bukan Manager punya tapi bos bini Manager yang punya dan manager tidak ada kuasa…
HAHAHHAHA
Astagfirullah al azim….
Apa motif dia?
Jealous dengan manager saya?
Terlampau teruja yang dia orang miskin boleh makan dan tinggal dengan orang-orang Berjaya?
Sampai apa kami makan di hotel pun orang yang terjumpa dengan saya bercerita betapa nikmatnya hidup kami…
Eh? Eh? Eh?
Poor guy…
Itu saja yang saya boleh taip…
Warning sudah dengan Manager. No more foreign workers for marketing.
Terus saya teringat dengan arwah bapak. Betul nasihat dia tentang mereka yang berasal dari negara jiran.
Majoriti saya kenal dari negara asing…rajin kerja tapi jahat jiwanya.
- Lantikan orang berpengalaman tapi tidak pernah keluar dari kepompong keluarga.
Saya sudah lama kenal pekerja seterusnya ini. Memang berkaliber. Kuat dan tegas. Ramai dia kenal dan bagus dalam marketing. Saya tidak tahu dalaman dia ni sebenarnya hanya setelah dia saya minta pergi outstation untuk training baru saya kenal.
Termenung saya setelah benda ni terjadi.
Hanya kerana berjauhan untuk sebulan Sahaja ( untuk belajar bagaimana marketing di luar dari tempat dia)…boleh-boleh jadi konflik keluarga. Saya tidak peduli tu semua tapi…kucar-kacir kami dijadikan. Di sediakan tempat tinggal…tidak jadi.
Dia berada jauh, terus keluar segala masalah dan scandalous keluarga si kawan ni.
Aku dengar luahannya tapi aku tidak mau tahu. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Itulah inilah…saya tengok dia sambil dia menangi-nangis…ini alasan dia tidak mau berjauhan dari keluarganya kah? Atau tidak mau diarah-arahkah?
Saya biarkan dulu…lihat dari jauh…
Meeting dan dengar briefing…sanaaa dia duduk di hujung office. Makan ramai-ramai dia tidak mau…bukan dia bayar bah..saya…Tengok tapak, dia sendiri-sendiri. Kalau tidak serasi, bah,,,cari kawan baru..mansau-mansaulah…Tidak juga dapat apa-apa. Susah sayalah…saya ni banyak lagi untuk diurus…
Last-last saya lepaskan lah…nampaknya dia memang hanya dapat hidup disamping keluarga nya.
Baru saya dapat baca orangnya macam mana. Tidak boleh bekerjasama, mementingkan diri sendiri dan tidak boleh kerja dalam Kumpulan. Mungkina dia sudah lama bekerja secara persendirian. Bagus orang nya. Harap dia Berjaya.
- Muda dan bertenaga…tapi tiada disiplin
Paling saya suka mengambil pekerja yang baru habis sekolah. Bersemangat, suka duit dan suka bergerak. Ramai anak-anak yang sedang menunggu panggilan kerja dan masuk IPT. Nafsu untuk mencari duit ada…amat kuat tapi mereka ini ada satu masalah.
Majoriti anak-anak sekarang, masalahnya ialah disiplin.
Tidur lewat dan bangun lewat.
Macam mana nak kerja 9am to 4pm.
Bangun 8.30am…siap-siap sampai office 10am.
Lama sudah Mentari bersinar.
Belum lagi mau bersarapan di kedai. Makan jenis French lunch, berjam-jam.
- Jenis Bersemangat Waja dan Penuh Idea dan Cita-cita jadi kaya cepat tapi hangat-hangat tahi Manok.
Jenis ni marbahaya. Amat merbahaya. Cita-cita tinggi tapi tidak stay put. Maksud saya, tidak pernah tahan tutuk.
Ini pilihan Manager juga ni. Saya siasat, lebih 2 tahun…4 kerja dia buat. 2 tahun…amatlah tidak bertahannya disatu-satu tempat kerja.
Ya Rabbi….bermasalahnya nauzubillah….
Selama dia bekerja dengan kami, pendiam, rajin tapi…berisi.
Semua kerja dibuat untuk dirinya sendiri. Banner letak nombor telefonnya Sahaja. Lepas tu claim dengan Syarikat. Dia kutip semua resit minyak, dia claim dengan Syarikat. Selepas tu…
Ramainya orang complain pasal dia ni. Sampai ada orang buat fake facebook akaun untuk menyebarkan masalah dia. Perkara yang saya malas, ramai ‘makcik2’ mencari dia. Saya hairan tentang bab ni. Saya fikir dia ambil duit ‘macik-macik’ tu tapi tidak juga. Sakit kepala saya waktu dia ada di Syarikat ni. Ada sekali dia kedapatan berhubungan dengan Perempuan, terus ‘soi’ dalam marketing dan jual beli. Macam-macamlah…
Ya Allah.
Last sekali..tanpa ada notis…diam mau berhenti 24 jam. Saya kata tulis surat dan kalau mau berhenti 24 jam, gaji tak dapat tapi bayar sebulan dengan Syarikat. Mengamuk dia. Daripada Panjang cerita nya, saya bagi RM500 dan gaji lebihan dari kena potong sebab boleh juga RM2000 dia claim benda yang tiada. Baik betul saya sebagai ketua membayar orang begini.
Setelah dia pergi, boleh-boleh mak bapak dia mengamuk sebab tidak dibagi duit. Ini saya serahkan dengan Manager sebab dia lebih kenal sengan bekas pekerja tu.
Kussss semangat…macam-macam perangai manusia ni.
Dadah
Saya ada intern/ pelatih. Mereka ni adalah dari background yang berbeza-beza. Dalam masa yang sama, mempunyai masalah dan perangai lain-lain.
Mereka ni masih lagi mempunyai jiwa dan Nurani yang baik dan mulia. Fresh from the oven.
Ceritanya begini….Di luar sana…terutama yang kerja mengunakan kudrat ni…ramai yang memperkuatkan badan dengan mengambil bahan-bahan terlarang. Kuat kerja dan tidak tidur. Selepas habis kerja pulak…kuat tidur atau mengambil barang-barang yang boleh menyedapkan kepala mereka.
Kalau bukan syabu…vape berkulat (Saya kata kulat sebab buduh betul…cendawan dihisap untuk mengelamun…baik isap ganja)
Pelatih saya yang Nampak…tapi Syukur bijak…tidak mencuba try test sebab…jenis yang berpendidikan adik-beradiknya.
Setiap 6 bulan…akan ada lagi pelatih/intern akan masuk. Tapi kali ni…kalau ada dari University di Sepanggar tu…saya memang tidak sukalah. Jenis bermasalah dan berjanji tidak jadi. Kualiti pelajarnya ke laut.
Jadi, pelatih/intern saya yang ‘senior’ adalah membagi nasihat…
Kalau ada Nampak orang bervape dan ber’dadah’,,,jangan ikut dan cuba.
Ya Rabbi….
Intern/pelatih yang baru masuk ni terus bercerita dengan lecturer dan mama bapanya yang Syarikat kami ni pusat dadah.
Saya terpaksa ke Fakulti budak tu untuk buat penjelasan. Habuk yelek mau berjumpa. Bagi nombor telepon pun…yelek.
Terus malas sudah mau ambil intern/pelatih dari University tu.
Pelatih yang bagus…dari Fajar Sarawak. Semua berdisiplin dan pintar. Sekali arah saja..terus buat.
Tidak sia-sia kami ambil mereka untuk berlatih dalam Syarikat ini.
Cerita versi bekas pekerja di telinga orang ramai.
Tadi ada empunya tanah mau berbincang dengan saya tentang tanahnya. Bincang punya bincang…dia ada terlepas cakap yang dia pernah berhubung dengan BEKAS pekerja saya. Dia tidak bagi tahu nama tapi dia kata, tidak betul si Mdm tu. Tapi selepas kami berbincang dan saya bagi penerangan tentang jual beli tanah…saya Nampak dia faham dan tidak ada hanky panky tentang urusan jual-beli dan Join Venture.
Itulah yang yang dia kata, tidak juga sarikat dan sim dm ni buat sebarang penipuan. Tapi bekas pekerja madam cakap tak perlu berurusan dengan saya , kata empunya tanah tu kata tadi. Dia puas hati…kalau tidak…takkan dia bagi saya 2 contact number untuk jentera?
Meruap juga sekejap tadi. Itulah …tahun lepas mengunakan hati dan perasaan dan bukannya otak.
Tahun 2025…No more kesian-kesian…saya yang menanggung masalah durang
Tengok sekarang yang bekas-bekas pekerja tu terpaksa keluar Sabah untuk mencari pekerjaan. Ada yang ditanggung isteri untuk hidup dan terjalan-jalan jual muka ….Malas lah mau benci dan menyimpan benci…tidak mendatang hasil dan jiwa yang tenang.
Sekarang , susah betul cari pekerja yang baik. Pekerja yang baik pulak…mudah tenang di posisi.
Tahulah kerja marketing ni…kalau pasif, susah dapat sales. Kalau yang jenis mudah dapat pembeli…mudah pulak cari tempat lain.
Sekarang ni…kami tinggal 7 orang…
Setakat ni alhamdulillah lah..
Walaupun manager penat sikit melayan customer….bergerak dan berjalan
Dan…ada ni cerita….
Boss-boss berjumpa dan sudah setuju Bersama-sama…tiba-tiba entah sapa… mereka pulak yang lebih-lebih…padahal tukang jaga lori saja…
To be continue…
コメント