top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Jangan Tunggu Lama-lama, Nanti Diambil Lain

04.03.2020


Pada suatu petang, semua orang panas. Panas mentari, panas perasaan dan panas jiwa dan raga.


Keadaan ini terjadi kerana perundingan di kacau oleh perasaan tamak dan haloba.


Keadaan sesuatu program akan terkacau jika perundingan tidak berjalan dengan lancar jika kepala seorang saja yang diikuti. (Marah sekejap kerana...)


Kami ada berurusan dengan empunya tanah untuk membeli tanah beliau.

Tengok kawasan - Sudah

Harga - Duuukoiiiii mahal

Rundingan (1) - 6 bulan. Bayaran Deposit, Bulan ke3 dan bulan ke 6. = Tidak mau lambat dia bilang

(2) - 3 bulan + 1 bulan = (memang procedures peguam dengan empunya = 3 bulan juga dia mau.

Susah lah ini macam ....kasi tinggal dulu lah


05.03.2020


Seminggu , 3 kali saya akan berziarah ke Pejabat Peguam, Teo & Assoc di KK Times Square sambil membayar stamp duty untuk setiap SnP pembeli-pembeli. Di sana juga meeting mana-mana tempat yang boleh diusahakan pembersihan, penimbusan dan komisen semua runner dan broker. Saya datang sign, mereka yang memberikannya.


Dalam masa yang sama kami akan bercerita permasalahan yang wujud.


Perkara I


Madame Aniza, selaku PA peguam akan memberitatahu beberapa perkara yang perlu diperbaiki dan masalah yang dia hadapi untuk perceritaan kami juga. Perkara yang selalu dia bagi tahu ialah OWNER tanah selalunya tidak tahu menggunakan aplikasi WHATSAPPS. Sebab softcopy SnP akan dihantar melalui WHATSAPPS dulu supaya SAVE ENVIRONMENT, paparless. Karang, di printout awal-awal, tidak setuju, ubah dan print lagi. Sayang kertas A4, mahal kertas A4 sekarang.


Akan tetapi, kata Madame Aniza, ini owner-owner tidak tahu guna WHATSAPPS tapi pagi-pagi sudah hantar gambar bunga sambil ucap selamat pagi. Gelak dan ketawa kami di office peguam. Tapi perkara yang tidak kami lupakan ialah, ada owner tanah tersebut menghantar GAMBAR LUCAH dengan handphone Peguam dan Madame Aniza!!!!


Selesai sudah tanah kepada empunya tanah yang membagi gambar X X X dengan pihak peguam tu. Bukan saya yang senyum gembira tapi pihak peguam. Malas pihak peguam membaca whatsapps1 yang pelik malah wow wow wow gitu....ha ha ha hahahahha.....


09.03.2020


Perkara II


Kalau malam-malam selepas solat, saya suka off internet di telepon office (kalau saya terbawa balik telefon company ke rumah). Saya suka baca perlahan-lahan semua iklan-iklan yang ada di dalam tu.

Iklan yang paling saya suka baca ialah iklan-iklan tanah. Seluruh kawasan di Sabah ada dalam kumpulan whatsapps. Saya jenis yang particular kalau iklan aset.

Tajam mata saya tu. Ada iklan tanah di Papar. Tanah bukit. Pada awal tahun ini, harganya RM350K. Gila mahal. Bulan march, saya terbaca lagi, tanah yang sama. RM400K. Aik, makin mahal. 2 minggu lepas turun jadi RM200K. Terus saya call nombor yang tertera. Syukur, empunya tanah itu sendiri.


Saya terus terang dengan empunya tanah tu. Saya minat dengan tanah tu tapi harga tidak berbaloi. Berapa yang madam dapat, tanya empunya tanah tersebut. RM400K. Punya dia terkejut. Patutlah 3 tahun dia cuba untuk jual tanah tu tidak ada yang minat. Rupanya ke naikkan harga , separuh dari harga sebenar.


Tanpa banyak cerita, runding harga. Harga berpatutan. Minta sediakan surat beranak dan salinan kad pengenalan empunya tanah. Siap sedia untuk dibagi dengan pihak peguam.


Plan A tidak menjadi dan ragu-ragu

Plan B go on smoothly


Apa-apa pun, selamat dapat menteri-menteri baru. Harap jangan yang jenis ambil duit rakyat.





Ini sejarah yang saya dapat mengenai Papar.


Asal usul nama Papar adalah daripada perkataan melayu Brunei yang bermaksud tanah rata.


Seperti mana kebanyakan tempat seluruh jalur pantai barat Sabah, Papar suatu ketika dahulu terletak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Ketua masyarakat tempatan pada ketika itu adalah Datu Amir Bahar yang berketurunan Bajau. Papar kemudiannya telah diserahkan kepada adik-beradik Overback dan Dent pada tahun 1877.[2]


Pegawai British pertama yang mentadbir Papar pada ketika itu adalah H.L. Leicester. Pentadbirannya bermula pada februari 1878 yang memfokuskan untuk mengingkatkan hasil pulangan daerah tersebut. Walau bagaimanapun, masalah kewangan yang dihadapi oleh Syarikat Borneo Utara British pada waktu itu telah membantutkan hasrat Leicester. Beliau kemudiannya digantikan oleh Alfred Hart Everett.[2] Everett telah berusaha untuk mengadakan pentadbiran yang berkesan tetapi tidak berjaya sepenuhnya kerana kesulitan untuk menyelesaikan pertelingkahan diantara puak-puak di daerah ini.


Tambahan pula, beliau tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk membantunya. Untuk memudahkan pentadbirannya, beliau telah menjalinkan hubungan yang baik dengan pembesar-pembesar tempatan seperti Datuk Amir Bahar, Ketua orang-orang Bajau dan OKK Dugassa. Beliau seterusnya menyerahkan tugas yang berkaitan dengan pentadbiran tempatan kepada mereka.[2]


Stesen pentadbiran British di Papar terletak di tebing anak Sungai Papar berhampiran dengan Sekolah Menengah Majakir sekarang ini. Pada mulanya tempat ini hanya mempunyai beberapa bangunan yang diperbuat daripada kajang dan beratapkan daun rumbia yang dimiliki oleh Kerajaan.[2]

Selama berada di bawah Syarikat Berpiagam, Papar telah mengalami beberapa sistem pentadbiran, dimana ia ditadbir oleh seorang Pegawai Daerah, kadangkala ia juga ditadbir seorang Pemangku Penolong Pegawai Daerah yang berada dibawah jagaan Pegawai Daerah di Jesselton (Kota Kinabalu). Keadaan ini bergantung kepada kemampuan Kerajaan untuk menyediakan pegawai-pegawai pentadbir.[2]

Dibawah pentadbiran British, Pegawai British akan dibantu oleh Ketua-Ketua Anak Negeri dan juga Kapitan Cina yang pertama ialah Chan Fook iaitu ayah kepada Datuk Chi On. Bagi suku kaum Kadazan-Dusun pula mereka telah dipimpin oleh Duraun. Kesemua suku kaum yang berada di daerah Papar ini bekerja sama untuk memajukan daerah Papar.[2]

Sementara itu masyarakat Islam di daerah Papar dikatakan bermula sejak tahun 1780 lagi. Pada masa itu sudah terdapat kampung seperti Kampung Sapat, Kampung Singgah Mata (Buang Sayang), Kampung Subarang (sekarang Pekan Papar) dan Kampung Palaun. Penghulu ketika itu ialah Dato Kupar yang tinggal di Kampung Subarang. Imamnya pula bernama Dato Durauf.[2]

Pada waktu itu hanya terdapat surau-surau sahaja sebagai tempat beribadat. Masjid pertama daerah Papar telah didirikan di Kampung Laut pada 1890. Imamnya ialah Sarif Haji Idris yang berasal dari Indonesia. Disamping menjadi Imam, beliau juga merupakan guru agama.[2]

Ekoran daripada perkembangan ini, ramai alim ulama dari Brunei dan Sarawak datang dan menetap di Papar. Papar merupakan salah satu pusat kegiatan Islam di "Negeri Di Bawah Bayu" ini.[2]

Apabila penduduk daerah ini semakin bertambah, Sekolah Melayu Pekan Papar telah didirikan pada tahun 1920. Manakala Sekolah Menengah St Joseph telah didirikan oleh Rev. Father Klyn.[2]





09.03.2020

5.07pm

12 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page