top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Kau Mau Tanah Ku? Ada 20 juta baru boleh cerita...


Buat terkejutkan

Datang - datang saja ke tapak tanah yang sedang diusahakan untuk pembersihan di Jalan Melugus, Papar, ada si kawan ni gong gong gong mengejar kereta kami.

Bikin panas. Mau keluar dari kereta pun susah. Last-last kuatkan hati dan kentalkan semangat, keluar juga dari kereta. Gong gong gong.... Pusing-pusing dan pergi balik menakutkan kita.


Ada satu petua yang saya belajar dari orang-orang lama masuk hutan...kalau ada binatang terutama anjing...jangan takut, anjing boleh tahu kalau kita takut dengan dia. Buat kawan dan pujuk-pujuk macam kita panggil kucing...pupi pupi pupiiii....


Tunggu sampai dia diam dan akhirnya ekornya bergoyang-goyang gembira....

Selamatlah kau di sana.

AKAN TETAPI...

masalah baru akan datang....si anjing ni akan ikut saja anda ke mana anda pergi....siap mau gesel-gesel badannya ke kaki kita...

Bikin panas juga lagi.


Ini cerita anjing. Sekarang kita cerita dengan EMPUNYA anjing ini. Angkol.

Kami sekarang mengerjakan sebidang tanah untuk proses peningkatan taraf tanah. Peringkat pertama, Pembersihan.


Tanah di Kg Bundusan, Jalan Melugus, Papar.



C angkol ni tinggal disebelah tanah yang kami sedang bersihkan. Jadi sebagai orang kita yang beradat ni, kami turunlah dari kereta dan tengok orang di kiri-kanan kawasan, terutama sekali orang yang tinggal di kawasan tersebut. Kami sapa seperti biasa dan berceritalah tentang keadaan tanah di sana dan sini.


Kebetulan kami baru membeli 2 bidang tanah yang betul-betul terletak di sebelah kiri dan kanan tanah angkol itu. Kami berseloroh cuba bertanya pasal tanah sebelah tanah angkol tu, dia punya dia cakap. Mana tahu dia mau lepaskan, kami mau ambil.


Terus keluar cerita yang ada Cina taukeh besar pun mau tanah itu tapi dia tidak mau layan sebab pembeli berbangsa Cina tu langsung tidak keluar dari keratanya. Dia berkata

" Mana duit mu, di belakang kereta kah? Kalau kau tidak bawa RM20J, jangan harap datang ke sini"


Saya dengan orang-orang saya saling pandai-memandang. Terkejut ada, mau ketawa pun ada dan geram pun ada.


Hebat angkol saya menjawab sambil bagi kad perniagaan. Nanti tegur-tegur tau angkol sebab kami akan sentiasa datang untuk memerhati dan memantau hitachi dan jentera yang sedang membersihkan kawasan.


Dia siap bagi THUMB's UP. Terbaik angkol. Terus kami mencari ais sejuk, menyejukkan hati dan perasaan selepas bercakap dengan c angkol tadi. Tarik nafassss...hembus...


Ini salah satu cerita tentang empunya tanah-tanah yang kami jumpai dan berurusan.

Di zaman ini ramai yang ingin menjual tanah tetapi ingin menjual tapa mengetahui nilai yang sebenar. Masalah yang selalu dimulai oleh broker. Nilai sebenar dinaiki lebih 50%. Pembeli mana ada duit cash dalam tangan kecuali melalui bank. Simpanan atau pinjaman. Pihak bank ada penilai untuk menilai tanah-tanah tersebut. Jadi pembelian ada masalah.



-Mdm Paw-

04.01.2020

21 lihatan2 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

2 Comments


Mad Noor
Mad Noor
Jan 05, 2020

Nice

Like

Rose Lee Onong
Rose Lee Onong
Jan 05, 2020

😂😂 terbaik

Like
bottom of page