top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Kehidupan Selepas Bervaksin Penuh

25.08.2021

8.52pm


Korang ok kah?

Lama tidak berceloteh di sini sebab nauzubillah hi min zalik.

Baru dapat bergerak..itupun sekarang saya tergaru-garu macam orang berkurap. Jauh-jauh palis.


1st dose vaksin hari tu…demam 2 hari….

Cirit-birit 2 hari

Tidur memanjang 3 hari…dekat seminggu baru lega badan. Tengok-tengok…14 hari datang balik untuk dose ke 2.


Aduh-aduh…sakitnya suntikan kali kedua ni. Malamnya…lebih 5 mimpi saya … Hantulah…zul Ariffinlah…wayang P.Ramlee lah


Ke tandas malam pun pejam mata…lain macam mengantuknya…

Ni sekarang…satu badan merah…Gatal kalau kena baju…habis baju di rumah ni saya cuci balik dan tukar detergent…Sama juga…

Tunggu 7 hari selepas bersuntik kawan-kawan pesan…

Satu lagi


Gastrik…..tidak pernah saya ada gastrik (kecuali waktu di Bulan puasa) …

Sampai…setiap 2 ke 3 jam mesti makan….

Tidak minum susu pun terpaksa minum susu.

Lactose tolerance nya orang puteh…tapi sekarang…ok pulak.

Hebat…sekarang saya rasa rakyat Malaysia 24 jam…7 hari handphone di tangan mereka. Macam-macam ada di facebook, insta dan tiktok….


Siap ada group Vaksin..mengikut jenis vaksin pulak tu…fikir…Masak Apa Hari Ni saja ada group.


Perkara yang membuat tanda Tanya….kalau ada penyakit yang lama tapi tidak memudaratkan diri…selepas bersuntik vaksin…..HILANG!

Saya ada sakit belakang ..pinggang pun..sebab dulu waktu umur 19 tahun…main volleyball..terhentak waktu main di Pulau Kuraman…20 tahun saya merasakannya..urut…check pakar tulang…tiada…

Selepas bersuntik 1st dose….hilang…Alhamdulillah….

Terdiam saya….tapi..masalah lain keluar…

Gastrik, gatal-gatal dan yang sakitnya…..GOUT!


Saya terkena gout tahun 2018…berubat dan jaga makan…tenang…tiba-tiba sekarang…hujung kaki saya mula mengeras dan sakitnya…terpaksa cari balik goutnur…. Muscle kaki..paha dan bicep pun boleh-boleh cramp..Redha sajalah….


Mau cerita tentang tempat bersuntik ni…

Alhamdulillah saya kena panggil di UMS…

Semua teratur walaupun ramainya manusia..Nauzubillah hi minzalik…

Bukan racist tau tapi…apa tidak naik sampai 3000 kes positive sehari walaupun KKM Sabah cakap backlog…yang datang walk-in ….terutama yang pendatang asing…bukan pandai jaga jarak..1 meter….duiii…baik tariknya kerusi yang disusun rapi oleh KKM…apa tidak semua selepas tu berbaris.

Satu lagi…antara sebab-musabab naiknya kes di Sabah….

PKPD dan lari.

PKPD dikenakan di CyberCity…semua pindah ntah pergi mana…Selesai dan tamat PKPD..datang balik…

Tempat di mana mereka pergi..PKPD pulak…yang di sana…orang-orang dia lari pulak.

Jadi?????

3224 – Sabah (25.8.2021)

Dengar berita…\

Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin telah ditidurkan kerana beliau melawan pemyakit conid…

Ya Allah Ya Tuhanku….bagilah keluarga beliau malah beliau kekuatan beliau kembali sembuh seperti sedia kala…Ammiinn…

Baik orang tu…

Dan….hari ini…ni pulak berita


Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai kini dilaporkan menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu akibat jangkitan COVID-19.

Antara orang-orang yang amat dihormati virus ni serang.

Lain rasanya tau…


Kami nak kerja pun rasa takut sekarang ni. Saya menunggu habis ‘pantang’ 14 hari’ baru kerja keras di tapak. Ada 2 tanah baru mau di buka. Di Putatan dan Kionsom.

Di Papar sudah buka 1 tapak….selepas habis pantang nanti saya full blast iklankan.


Korang ada terbacakah tentang konspirasi virus ni.

2 malam saya baca…dan kalau kata ..alaaaaahh…mainan orang saja tapi..banyak bukti-bukti sudah orang barat perlihatkan….

Pening kita tau tapi…..This is the new norm…

Inilah norma baru untuk kehidupan kita.

Jangan saja mengacau kehidupan kita akan mendatang sajalah.

Saya itu saja yang saya risau.


13.0.2021

Tekanan tahap gaban ni....

Terlampau banyak lari plan. Sepatutnya ada owner-owner tanah perlu ke Kota Kinabalu untuk signing tapi mereka berada di sebenrang...Perlu Merentas Negeri...

Pastu semua Jabatan Kerajaan dan separuh kerajaan tutup...

kalau ada yang buka...perlu pulak janji temu.


Tadi baru dapat berurusan di Pejabat Anak Negeri Kota Kinabalu.

Marahnyaaa aku dalam kereta sebab berbayar pulak untuk pengesahan surat anak negeri. RM5 sekeping...aku ada 4 keping...RM20 gais....


Aku hairan...berbayarkah segala pengesahan sekarang?



Sejak Ogos....selang sehari mansau-mansau kawasan ni...stalking...buka kah tidak....

Setelah lebih 3 minggu ..baru buka....


Sekarang menunggu lagi...LHDN dan Jabatan Tanah untuk queing up...

Ada sudah pembeli tanah mewhatsapps...bila MOT...peguam saya akan call...tengok-tengok terus kena whatsapps oleh pihak peguam. Syukur...Kerjasama yang baik.


18.9.2021

Marah

Itu yang saya rasa sekarang ni…

18 hari menunggu giliran jentera.

Sampai sekarang dijanji-janji.

10 jenis alasan diberikan.

Teruk kali ni. Kontraktor selalu kami pakai tapi kali ni banyak alasannya untuk buat kerja.

Kami tunggu sampai Isnin…Tiada juga….ambil kontraktor lain.



21 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page