12.06.2020
PKPP Day 3
Selamat balik kampung kamu semua. Hati-hati memandu ke destinasi yang ingin dituju. Selamat pergi dan selamat balik.
Susah saya mau menaip kali ni sebab belum apa-apa, ramai sudah melanggar SOP PKPP. Disiplin diri tidak ada. Saya pun takut juga sebab diri sendiri bukan selalu beringat dengan social distancing ni. Menaip benda ni pun untuk kasi ingat dengan diri sendiri. Tapi apa-apa pun, bersyukur sudah saya ni sebab 80% tempat sudah buka. Walaupun tidak boleh masuk suka hati dan serbu sekali gus, tulis nama di kertas masuk tempat (bawalah pen anda sendiri ) dan kalau ada bar code di tempat-tempat tu, pakai lah MySejahtera. Tidak payah kita menulis di buku-buku atau kertas
Belum apa-apa, sudah ada berita barber atau tukang gunting ( bukan di Sabah) positif covid 19 pastu dia kasi jangkit orang pulak.
Hari ni hari ke 3 PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan), banyak sudah orang keluar. Jangan takazut ah....
Ini ada kawan hantar di messenger. Ramai terkandas di Labuan untuk balik ke Tanah besar , Sabah. Member kata, mau beraya di kampung halaman masing-masing. Semoga selamat pergi dan selamat balik.
Saya pun sebenarnya mau pergi ke Labuan. Mau ada urusan Surat Anak Negeri. Tapi begini keadaannya, janganlah dulu.
Inilah masanya, perangai mak cik Joyah yang selalu busybody menjalankan kerja-kerja mereka.
Graph Covid19 makin turun, alhamdulillah tapi graph orang kemalangan makin pulak naik. Hati-hati bah kamu. Jangan laju-laju. Hujan lagi sekarang ni. Licin bah tu jalanraya.
Bagus juga RTM buat video begini untuk kesedaran orang awam. Orang ramai kadang-kal mudah lupa. Perlu diingatkan selalu. Saya pun selalu lupa. Konon pergilah melihat kawasan tanah baru di Putatan. Tunggu punya tunggu orang yang sepatutnya membawa kami melihat tanah, tiba-tiba menelipon tidak jadi bawa kami sebab ada keluarga nya meninggal dunia...dan baru dapat tau, keluarga mereka yang meninggal di Keningau di sebabkan Covid19.
Terus kami terdiam dan sempat lagi saya tergelincir waktu melihat tanah yang kami sedang usahakan. Tuhan suruh duduk diam ni.
Takziah kepada keluarga yang telah tiada.
Makin lah saya berfikir....dan ...pasang strategi.
14.06.2020
Takziah kepada keluarga dari Tebobon yang telah meninggal dunia kelmarin 13.06.2020.
Ada pulak berita , pasar borong Wong Kok di Penampang sebelah Plaza 333 , ada peniaga di sana positif covid19. KKM buat saringan untuk orang-orang di sana. Hairan bin ajaib, pasar tu tidak di tutup. Keluar masuk orang ramai.
Tidak lagi saya terpikir apa akan jadi dengan kita di Sabah ni eh.
Protokol dan kedegilan orang ramai membuatkan semua keadaan kucar-kacir.
Sedih sebenarnya tapi baik kita jangan fikir. (Terutama sekali saya lah yang selalu tengok info2 terbaru pasal covid19 ni)
Okey....esok mau selesaikan 4 pembeli tapi selepas saya ambil darah di klinik. (Maaf..bukan mau iksin dan tambirang...nda saya berani pigi hospital kerajaan sekarang ni).
Tangan saya, 3 hari sebelum hari raya, kebas. Risau gila...mau ambil darah...sudah saya buat di hospital kerajaan...keputusan sudah ada tapi klinik kesihatan bilang...jangan dulu..nanti kami telepon. 4 Bulan sudah tu, jadi saya buat sekali lagi di klinik swasta. 3 Hari keputusannya...janganlah ada penyakit-penyakit lain (Kecuali gout...sebab saya sudah ada ni...sedih dan sedar...)
Ada tanah baru kami dapat...cantik oh sungguh cantik. Ini kisah saya akan ceritakan dalam blog saya khas untuk tanah ini.
Pembeli untuk tanah melugus esok akan diurus sekali gus.
Tanah di Kg Baun, 17 pembeli sudah diurus di Jabatan Tanah Papar. Ada slow sikit kerana proses menghantar dan diproses mengikut masa pejabat kerajaan yang perlu ada temujanji dan masa tidak panjang macam biasa. 8am hingga tengahari sahaja.
Berdoa semua akan berjalan dengan lancar.
Sedih kerana hari ini hari terakhir KKM dan DG Noorhisham bersiaran secara siaran langsung (live) tadi 5.30pm.
Peace and go away corona virus, covid19.
Mdm Pawx
6.15pm
14.06.2020
Comments