top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Kenapa Anda Perlu Pintar Dalam Aset

26.02.2020

Tak dapat saya kyusuk solat Zohor selagi tidak menjawab panggilan telefon dan telefon balik customer saya. Kalau tidak, baca surah pun kepala asyik tertanya-tanya. Rupanya panggilan-panggilan tu mau tau bila boleh jumpa peguam saya untuk tandatangan SnP dan bila boleh tahu masuk nama dalam geran.

Baru saya dapat solat dengan tenang...


Sekarang, telepon selalu berbunyi. Bukan saja pasal tanah tapi pasal notification berita pasal 222 orang menteri kena interview oleh agong kita.


222 orang X 3 minit - Baik bawa minum wahai Tuanku.


Sambil menunggu apa akan jadi dengan Malaysia, kita berkongsi dulu maklumat tentang hartanah.



Ini gambar dan analisis harga rumah pada tahun 2018 yang kawan-kawan semua. Kalau rumah yang sudah siap, jangan hairan kalau harga mengalahkan lombong emas, tembaga dan bijih timah....hahaha..


Kamurang nampak tu rumah ala Apartment. RM250k - 2018. 2019- RM350K sudah. 2020 ni, entah berapa percent nya naik.


Tidak sampai 2 tahun dari RM250K sudah jadi RM307K.

Tidak sampai setahun sudah naik RM358K.

Patutlah Donald Trump jadi betul-betul kaya sebab dia dulu sebelum jadi President of America, dia main hartanah. Dia beli banyak dengan harga murah, setahun kemudian dia jual balik dengan harga semasa. Lagi pun bank-bank di Amerika tu kawan-kawan dia juga. Macam tiada dia buat overdraft.


Sekarang kita tengok cara yang bijak untuk kita mendapatkan rumah, rumah di kawasan yang kita kehendaki.


Tanah Persendirian.

Dapatkan tanah yang selamat untuk diri anda. Jaga kamurang, walaupun ada harga yang murah-murah (terutama sekali di kawasan 'hot cakes' seperti Penampang, Putatan, Petagas dan Kepayan. Bagi kami, tahu sudah nilai untuk tanah tahun 2020 ni. Seekar RM600K seekar. Tahun depan tak tahu lagi ni. Jadi kalau tiba-tiba 'wakil empunya tanah' membagi harga sampai berjuta untuk seekar tanah NT, maaf, kami cari yang lain. Sebab itu sudah kena mark up harga. Pihak bank pun tidak membenar pihak Developer beli sebab kena cukai dan merugikan.


Tanah Kami Di Tombovo.

Ada developer di luar sana, menyediakan semua seperti kami. Perjanjian peguam , MOT di Jabatan Tanah, kasi rata dan buatkan jalan. Murah-murah mereka buat. Bagus, ada persaingan yang hebat. Perempuan semua pekerjanya.

Tapi hati-hati ya. Bukan mau kasi buruk diorang. Mereka sewa hitachi dan mereka sendiri yang mengerjakan meratakan kawasan. Ratakan Sahaja ya. Timbus pun mereka ambil dari tanah kiri kanan. Tidak pecah geran tau.

Kami pun terkandung ni sebab segala Jentera kami guna pun dari syarikat yang sama. Mereka tengok lagi saya (Perempuan) yang berjumpa mereka, terus ter aahh...ter hmmm...saya terus terang..kenapa tuan? Mula-mula tanya baru mereka bertanya. Nanti kamukah yang guna jentera kami? Saya bilang sambil terketawa..manalah saya pandai tuan...saya berurusan saja ni...Pihak tuan lah yang kerjakan. Baru mereka cerita. Ada developer, semua pekerja dia perempuan. Pergi sea jentera mereka...bayar cash..tapi selepas kasi balik, semua jentera rosak..mereka main hantam saja.

Saya bilang, semua dari pihak tuan, saya bayar saja. Kalau di site partner saya (husband) saya yang turun.

Barulah mereka boleh senyum.

Terus selepas kejadian tu, husband saya yang urus segala urusan ke site dan jumpa syarikat yang mempunyai Jentera. Tepuk-tepuk dahi saya terus. Ayoooo...orang yang berak..kami yang kena taik nya....


Kembali kepada cerita kita ....hahaha


27.02.2020


Kami pulak. Tanggung semua ini.

Perjanjian SnP

MOT di Jabatan Tanah

CUKAI

Pembersihan

Timbus

Longkang

Jalanraya

Tiang SESB

dan Pecah Geran


Pecah geran tu yang penting. Sudah bergeran nanti boleh guna LPPSA untuk loan. 3% tidak akan naik sampai 30 tahun. Siapa tidak mau kan. Penjawat Awam memang bernasib baik tapi mau jadi penjawat awam sekarang pun amatlah susah.

5000 prsqft sama juga 70 kaki X 80 Kaki. Senangnya buat rumah mengikuti sukahati anda. Pentingnya, hati-hati melantik kontraktor yang berlesen untuk buat rumah anda.


Kami sudah lantik tukang ukur berlesen yang akan buat semua. RM9500.00 dibayar "Patak-patak" atau sharing dengan semua penama dalam geran besar. Ini bukan bayar dengan kami tapi dengan tukang ukur berlesen dan dilantik oleh Jabatan Tanah.


Sekiranya ada 10 lot , RM9500.00 bahagi 10 penama = RM950.00

Kalau ada 13 lots, RM9500.00 bahagi 13 penama = RM731.00


Hartanah bukan macam harta atau aset yang lain. Tengok kereta di bawah ini. RM210,000.00

Kamurang beli dan driver bawa keluar dari kedai jual kereta, drop 20% sudah harganya. Bukan macam hartanah, 20% naik setiap 6 bulan.

Dengar-dengar kereta Honda sudah naik harga dalam 15% tahun ni.


Apartment Biasa.

Ini adalah antara jenis rumah yang paling murah di Kota Kinabalu ini. (Tapi untuk bawah tahun 2012) Harga baru bawah RM130,000.00 Tahun 2018, harga rumah di kawasan ialah RM310,000.00. Terbalik sudah nombor nya.

Hanya 2 3 orang yang saya temui, masih muda di mana mereka buat loan untuk buat pelaburan dalam hartanah. Mereka beli tanah dan buat rumah seperti gambar di bawah ini.

Setiap rumah dia sewakan. Sebuah dalam RM650.00 sebulan. Ini jarang saya jumpai. Pintar. Tapi lama-kelamaan empunya tanah dan rumah sewa begini berhenti kerja dan buat business sewa rumah. Boleh dia meluangkan masa untuk beribadat, jaga anak sendiri dan tidak ada kengkangan masa.

Ada juga orang muda sekarang kahwin dulu baru mau berumah. Mau cepat, mereka terus beli rumah. Mau cepat dan terus mendiami rumah tersebut. Harga rumah begitu sudah mahal. Tapi siapalah saya untuk menasihatkan mereka.



Contoh-contoh rumah yang dibina di atas tanah sendiri dan persendirian.

Ini adalah antara rumah Condo tengah-tengah dan perantaraan Bandar dan Luar Bandar.

Harga sebuah yang sebesar 598 prsqft ialah RM120,000.00 pada awal jualan. Sudah siap saja dindingnya, Terus RM200,000.00. Siapa yang ada membeli rumah jenis ini, cuba tengok dinding. Mesti ada retak yang amat retaknya. Cuba ada yang bergaduh laki bini di sebelah, kedengaran bulat-bulat apa yang mereka cakapkan.


Management lagi. Oh Tuhan. Sebulan bayar RM120.00 , entah untuk apa. Sinking fee termasuk bill air. Tapi kalau paip pecah segala, bayar dan cari tukang paip sendiri. Apa guna bayar maintenance fee. Grill jangan harap boleh buat sendiri. Mesti dari dalam management juga. Bayar pulak guna wang kiriman RM200.00 untuk buat benda tu. Nanti sudah siap, boleh ambil di pejabat. Macamlah orang ada masa mau buat. Bukan untuk grill saja ya. Nak pasang astro, bayar RM200.00. Grill, RM200.00. Mau pasang aircond, RM200.00.

Ada kawan yang tinggal di sini, husband dia askar. Petang-petang buat dengan anggota buat grill. Siap datang management memaki. Maciam tiada saja anggota tu buat.

Ada yang buat tengah-tengah malam. Tapuk-tapuk bilang Sabahan.


Tapi saya bagi tahu lah awal-awal. Beli di kawasan seperti ini, mula-mula saja sakit. Kalau disewakan dengan orang. RM1500.00 bulan-bulan dapat. Kalau yang bijak lagi. Mereka buat sebagai homestay. Airport 5 minit saja. Ke Kota Kinabalu 10 minit saja. Investment.

Meeting dengan boss jentera postpone hari ni. Sepatutnya sudah start timbus tanah di Tombovo, Putatan. Sabtu baru kami bergerak di Putatan.


Sekarang mau berurusan di pejabat peguam untuk bayar semua Cukai untuk setiap pembeli dulu. Seminggu 2 kali saya akan datang berziarah ke Pejabat Peguam di KK Times Square, Teo and Associates.

Tadi juga baru signing SnP terakhir di Jawatin and Associates.


Semoga kita Aman dan harap-harap janganlah ada mogok-mogok kerana perubahan kerajaan di Kuala Lumpur di Sana.

Teringat waktu 1999 , waktu tu baru mau hidup belajar di Shah Alam, mansau-mansau di Chow Kit. Tengok-tengok ada rusuhan Reformasi. Kena hambat dengan baton Polis juga. Terus kami kena tarik ke shopping mall. 24 jam dalam Mall tu. Makan free oleh mak cik- mak cik yang berniaga dalam tu.

Salah satu pengalaman hidup yang tidak boleh dilupakan. Budak Sabah di KL terkandas dalam shopping Mall....hahaha


27.02.2020

-Mdm PawX-

12.53 pm

143 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page