top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Kerajaan Malaysia ...apa sudah jadi?

Aku mengeletar ni sekarang....marah yang tidak boleh dikawal.


Sebelum 25hb December terpaksa quarantine dan tidak dapat berurusan di DBKK, Bank dan LHDN. Sekarang sudah buka office, mau berurusan dengan bank tapi menunggu setiausaha syarikat yang berdaftar untuk mengeluarkan surat resolution lagi. Cuti lagi..hari selasa (hari ini) baru ini orang datang....dan belum lagi dapat-dapat surat tu. Esok sudah 30hb...31hb last 2020.


Benda yang aku buat marah sekarang ni ialah...apa sudah jadi dengan menteri kita yang mempunyai kuat untuk kata YES or No ni. Hilang telur kah semua menteri dan orang yang berpangkat di Malaysia ni. Tidak guna ada politik di Malaysia ni kalau menterinya duduk diam.


Hoi menteri..kamu tidak nampakkah setiap hari seribu orang ke atas terjangkit covid19.


Astagfirullah al azim.... Kenapa? Ada ni yang kamu sembunyikan ,kan?

Mustahil menteri di Malaysia ni yang penuh menjaga kebajikan rakyatnya tidak buat apa-apa...


Naaaahhh....buta kali mata dan hati menteri kita ni

20 - 1340

21- 2018

22- 2062

23- 1348

24- 1581

25- 1247

26- 2335

27- 1196

28- 1594

29- 1925


Cakap Tidak Serupa Bikin.


Kata hari tu kalau lebih seminggu asyik 4 digit berterusan...tutup PKP balik.


MANA????



Hari-hari asyik meeting saja Menteri...tindakan tidak ada...

Asyik PKPD disesuatu kawasan tapi masih PKPB semua TAPI yang bodohnya...dapat ke kiri dan ke kanan...Melancong lagi tu.


Ada yang balik kampung...mak ayah sudah tua...sekarang menjangkiti mereka yang ada pelbagai penyakit....mereka mati....


Tak faham-faham lagi kah wahai Rakyat Malaysia......


Aku masih sakit hati ni dengan istilah 30% kerja, masa dan kakitangan.

Kalau di kaunter-kaunter kerajaan atau separuh kerajaan...Sehari pun segala proses jadi lambat...sebelum adanya covid19...apatah lagi sekarang kerajaan hanya membenarkan 30% masa dan 30% pejabat, 30% kakitangan yang bekerja di pejabat.

Sudahlah setiap tahun aku akan mengambil masa sebulan untuk urusan update DBKK, Bank dan LHDN. Ini pulak sekarang...lebih 2 bulan aku urus...belum lagi siap-siap. Jahanam betul.


Di Parlimen lagi....tempat di masa AKTA dan Kata putus segala tindak-tanduk dibuat....takut kena covid19....dikurangkan dari 9am ke 1pm....Menteri yang ingin bertanya dan berhujah pun 30% saja.....masa dan menteri. Mana cukup....Patutunya Menteri tidak takut terjangkit Covid19 kerana duranglah penyebab pecahnya penyebaran selepas Pilihanraya Negeri di Sabah...kalau kamu tidak keras kepala bodoh talinggong mau jua kan berebut kerusi...tidaklah tersebarnya Covid19 di Malaysia ni....BODOH PALUI...sekarang lihatlah....tiap-tiap hati ada yang mati...sial babi betul...Menteri-menteri baru yang dilantik dan angkat sumpah pun bertapuk...mana bantuan...ayam mati betul...Makan gaji butalah lu...


Ketua Menteri Sabah yang baru lagi....aduiii..


Mana dia.... Datuk Bung Mokthar Raden saja turun padang....baik lagi Bung jadi Ketua Menteri...ini....Karabau cucuk hidung....Tunggu Kurau bagi arahan baru buat...itu pun..buatnya...mana???? Disalahkan penjawat awam lah plak


Untuk menenangkan hati dan nurani yang tengah panas ni...aku nak cerita pasal jiran aku sebelah....Bah...terjumpa di gate waktu balik...bercerita lah dia dengan husband....hebat cerita dia...dia dari Kota Belud...neneknya dari Tuaran...adik-beradik dengan nenek Datuk Hajiji, Ketua Menteri Sabah....bla bla bla....kami rapat tu...bla bla bla...sebelum bye-bye sebab terlampau lama di gate sampai merah jari memegang beg plastik....dia bangga dengan kaum kerabat dia....tiba-tiba bini dia mencela...kita puan...apa bangsa...

Slumber aku kata....Saya Orang Brunei Darussalam....inda ramai kerabat kadiaku di Sini...semua di Brunei....tiap-tiap tahun...tahun ni saja tidaklah...kami akan dijemput dan kami melawat ke istana Nurul Iman...dapat duit raya dari baginda (bah....yang betul kan...aku datang sana..dapat bersalam dengan Sultan dan keluarga dan dapat lagi tapau nasi beriani dan DB20.00).....Sultan Brunei kami amat kenal...tapi dia tidak kenal kami....(Senyum).....Bah...masuk dulu ya...


Terus kalat muka lakinya....bininya terpingga-pingga....Wow....orang Brunei...


Hahahahaha..padahal hilang sudah kurapak Brunei kadiaku ani....Manusia...ada saja perangai bahalolnya


Sambung marah balik....


Tadi waktu live di media social, Datuk Sobree menyalahkan rakyat Malaysia terlampau berjalan-jalan dan pergi melancong...(WTF!)


Adui pak cik Datuk Sobree....kalau tidak ada halangan, orang akan lakukan....cuba ada polis atau askar diri-diri di tengah-tengah jalan...kau fikir orang ramai berjalan-jalan kah? Rakyat sekarang melihat dan menilai kerja orang yang mereka pilih dalam pilihanraya, wahai pak menteri....Baik lagi orang biasa jadi menteri di Malaysia ni sekarang. Pintar sudah rakyat Malaysia ni, liau.




3 hari pelancong mai, habis stok coklat di Langkawi.


Melancong lah kamu

Balik Kampung lah kamu


Kalau mak ayah kamu yang tua-tua terkena jangkitan covid19...jangan menangis mengiringi mereka ke hospital....tengok-tengok sampai ke kubur kamu menangis...


Gerammmmmm betul aku sekarang ni....


Aku betul-betul feed up ni sekarang sebab business dan progress terbengkalai. Tanah mau diradu, ditimbus, buat longkang tumbuh rumput balik dan tanah baru yang mau disukat juga terbengkalai kerana pembayaran semua tidak dapat dibuat di pejabat peguam kerana pembeli tidak berani keluar dan ke pejabat peguam. Ada inisiatif baru kami buat ialah pihak peguam courier perjanjian tersebut tapi ada sesetengah pembeli mau sendiri turun ke pejabat peguam.


Mula sudah pembeli kawasan bertanya bila mau sambung kerja.


Mula sudah empunya tanah yang kami beli untuk bila mau bayar bayaran tanah selebihnya


Mula sudah empunya tanah yang kami sudah berurusan untuk membeli tanah mereka bertanya bila mau dapat duit deposit mereka


Mula sudah empunya Office bertanya tentang sewa office


Aku sampai terkentut-kentut menaip kali ni sebab asyik makan buah. Nenas, tembikai, pisang....sebab beras habis dan nak keluar jadi fobia sejak salah seorang kakitangan di Setiausaha Untuk Syarikat yang saya duduk semeja, menggunakan pen yang dia pegang, kerusi yang dia duduk dan dia merupakan suspek positif covid19...dari 11 orang...5 positif...tidak kau terkejut waktu telefon, madam Paw , kami di office terjangkit covid19 pada keesokkan harinya selepas kau meeting dengan dia....Selepas tu...3 hari tanpa khabar.....cuti pulak christmast..selepas tu dia sambung cuti christmast pulak TANPA MEMBAGI TAHU YANG DIA NEGETIVE SEBENARNYA..... Kami pulak yang self quarantine selama 5 hari...

Sapa tidak mengamuk ...aku tidak tahulaahhhhhhh


Sekarang ini....


Aku tunggu pengumuman PM kita...DS Muhyuddin Yassin saja lagi selepas ni.


Dengar sajalah pengumuman dia....aku nak jerit depan Television...




Tutuplah 2 minggu PKP!


Mdm Paw

29.12.2020

9.11pm

38 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page