17.03.2022
Pertama kali tidur petang. Itu pun tertidur.
Dan mendengar hujan turun dan menghempas atap. Macam didodoi pulak rasanya.
Bukannya dapat tidur lena pun….15 minit….
Terbangun oleh J&T menghantar barang. Barang-barang office.
Kertas A4, Kertas untuk gambar dan laminated plastic…semua habis. Sabtu atau Ahad saya mau print out semua surat-surat dan gambar-gambar kerja yang sudah dan akan bermula.
Entah kenapa, rasa sedih magrib hari ni. Dapat lagi semua doa dan nasihat-nasihat sempena malam Nisfu Syaaban.
Dapat gambar adik-beradik solat berjemaah di masjid, di kampong dan collection duit sedekah untuk dibagi untuk sedekah dan bakal kenduri kampong. Kenangan-kenangan silam muncul ketika kita tenang dan ..antara bunyi,bau dan gambar…boleh mengenangkan kita kisah terdahulu.
Aduhai emosi…
Dekat 3 tahun tidak ada perasaan ini. Pasang lagi colour light di rumah. Aduhai…sampai abang aku di tengah laut siap whatsapps mengupas kelapa (Entah dari mana dia dapat kelapa muda di tengah-tengah laut) sambil menjerit…"mau balik!"….
Hahaha….
Tapi kami tahu…semua sedih..lain rasanya ….sebab..kehidupan kita selama 3 tahun , hilang begitu saja. Routine ketika puasa dan hari raya…malah keramaian dan perjumpaan yang selalu dibuat menjadi sesuatu yang amat dibuat dan dijalankan.
Kini…kembali seperti biasa…dan beransur baik.
Mudah-mudahan semua kerja dan doa dipermudahkan.
Amin Amiinn Aaammiinn..Ya rabbal alamin
Teringat gambar ini. Hari terakhir kami menimbus tanah di Tombovo, Putatan. Sepatutnya ada 30 trips lagi. Terhenti sebab 18hb Mac 2020, Total Lock Down.
Woowww…2 tahun sudah…
Perlu sambung tempat ni.
Ada kebaikan juga terbantut kerja di kawasan ini sebab..kalau kami timbus suka hati 2 tahun lepas, sengsara orang kampong di kawasan ni. Kg Memboo. Banyaknya idea dan fault and error orang bilang. Akhirnya terpaksa sediakan dalam 6 culvert akan ditanam menyusuri saliran air untuk mengelak berlakunya banjir.
Selepas itu, baru boleh ditanam dan ditimbus kawasan ini.
Soon…
Kelmarin rancang mau tengok kawasan yang akan diradu. Dalam masa yang sama, ada pelanggan mahu tengok tanah di Taman Sayang.
Ada saja benda yang dirancang lari dari yang dirancang ni sebenarnya.
Selepas membawa pelanggan lihat tanah dan dia mau terus ke pejabat peguam, kami sepatutnya meeting dengan taukeh jentera yang mahu mengerjakan tanah kami.
Terus dia kata dia ada sudah kerja di tanah kinarut. Baiklah…
Hari tu ada masalah tanah, jentera ok.
Lepastu…jentera ok,duit ok…tanah pulak bermasalah…digadai segala…
Sekarang …tanah sudah ok…..jentera pulak.
Rancang adalah kerja manusia tapi Tuhan yang menentukannya.
Tapi, kita rancang lagi….berunding lagi…
Minggu depan outstation lagi….kerja mula dibuat dan tengok kawasan baru..
Sapa mau tanah…boleh buat 3 buah rumah…hanya 25k-35k. Sandakan.
Nanti saya update.
19.3.2022
Sekarang saya mau utamakan kerja-kerja penimbusan di Papar dulu.
Mau ketemu dulu dengan ketua kampong di mana kami mau ambil tanah, takut terkejut juga orang kampong. Dengar-dengar pernah bergaduh antara orang kampong dengan syarikat yang mengorek dan mengangkut tanh timbusan di kawasan tu. Tidak mau gaduh-gaduh sebab lori ni kalau sudah start kerja, panas dan mengejar trip bah…tidak lagi tengok kiri-kanan.
Jalanraya rosak pun tidak lagi during peduli.
Teringat pulak cerita kawan saya baru balik Labuan. Dia jalan darat dari menumbok ke Kota Kinabalu. Di Kimanis sana, dia mau memotong tapi di depan tiba-tiba lori belok ke kanan pulak. Aduh,,,biru bahu…dia terpaksa mengelak…terlanggar tiang …Perempuan ya.
Lori yang sedang membawa trip tu tanah tu…ada berhenti juga..kata kawan tu..tapi tanpa cakap apa-apa…driver lori t uterus naik balik ke lori tu…cabut.
Nasib baik kawan tu selamat…kereta sajalah pecah radiator.
Susah mau cakap…driver tu mesti tidak ada dokumen penting tu…faham-faham lah.
Itu yang saya tidak mau. Last-last nanti , kami yang kena telefon dan kena marah.
Tapi…ni kali…syarikat lain yang buat…
Ada perjanjian juga antara Syarikat kami dengan Syarikat Jentera dan lori.
Sudah ada pengalaman….seperti cerita di blog saya yang sudah…
Minta quotation , tak muncul-muncul
Kami bagi perjanjian…baca , fahami…kalau ada pertambahan bagi tau..ubah dan print.
Satu apa pun tidak ditandatangan. Mereka kerja juga…tapi mau kantaw…tapi tidak pandai…
Mau cakap macam mana…tidak ada hitam putih. Bill and voucher pun…sign tiada, chop/stamp pun tiada…
Akhirnya…ikut apa yang dijanjikan pada mulalah.
No More…
Cuaca.
Mudah-mudahan (macam kebiasaan) pada bulan puasa, cuaca akan panas terik.
Sesuai untuk kerja-kerja penimbusan.
Semoga dipermudahkan apa yang kami rancang.
Selepas ini, cerita tentang kerja-kerja di Ranau, depan Ladang Teh dan Spa Ikan, Luanti.
11.3.2022
Baru habis menerima intern.
Nanti saya update cerita.
Comments