top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Kesan Hidup Seharian Selepas Kerja Dari Rumah.

10.58am

25.5.2022

Payah saya mau berehat sejak Cuti Panjang Puasa tahun ni.

Hari ni saja saya dapat duduk diam dan secara tenang menaip.

Isnin pergi menghantar resit-resit dan document ke office dan menghantar ke pejabat peguam.

Borang performa deposit dan booking tanah untuk tanah di Papar dan beberapa document tanah baru.


Selasa pergi hantar resit di office sendiri pastu mau meeting dengan salah seorang kawan baik…dekat 5 bulan sudah…hadiah kawinnya tidak terbagi-bagi…..hahaha

Dia kawin ngam-ngam saya kena covid… Nasib baik tidak pandai basi dan buruk hadiah dia ni.


Tengok-tengok ada adhoc meeting dia…postpone lagilah…

(Tadi….waktu saya start nak menaip ni…tengah cari idea…panaskan sekarang..terus wsp salah sebuah syarikat untuk mengerjakan salah satu tanah kami, agreement dia berserabut…saya suruh kerani taip balik.

Syarikat satu lagi…sampai sekarang tak terhantar-hantar. Pastu SESB ada call…tiang letrik sudah ada…RM800 sebatang…ada 5 batang mau dibayar…TETIBA lari lagi budget. Hilang mood menaip. Mandi, solat, tengok tv jap….ada TETIBA orang wsp tengah tengok tanah di PAPAR yang tinggal 3 lots tu. Berminat nak ambil 2 lots. Terus bersemangat nak menaip)


Alhamdulillah…….


Hari ni mau luangkan masa untuk menguruskan akaun, resit-resit,segala agreement yang datang dan mendatang.

Hujung minggu ni panjang tau cuti..Sabtu Ahad Kaamatan…ditarik lagi untuk 2 hari..Isnin dan selasa.

Rabu baru office buka.


Semua orang suka cuti…saya tidak suka….hmmmm

Sabtu ni naik Ranau lagi…harap-harap perundingan ni kali menjadi dengan baiknya.

Bawa pakar drone dan photographer untuk ambil gambar-gambar.

Kita tengok hasilnya nanti.

Kali ni..tak mahu cerita tentang kerja…

Tapi kesan jiwa manusia yg timbul tenggelam.

Sebelum kita Pandemik…kita langsung tidak fikir dan SEDAR.



Jiwa Manusia


Perangai Manusia


Keimanan Manusia


Saya respect sungguh dengan rakyat Malaysia selepas sama-sama menghadapi dan jatuh naik hidup selepas kesengsaraan kuarantin Covid selama 2 tahun yang lepas ini.

Dengan kenampakan kepincangan pemerintah membantu rakyat. Tidak payah jauh…Di Sabah ni saja.


Kalau dimaki pun, tidak guna. Jalanraya saja.

Nauzubillahiminzaliq.



Depan mata pun kami hadapi. Turun naik pejabat dan majlis daerah.Kami yang sanggup mau buatkan longkang dan saliran air di Tombovo pun tidak dibenarkan.


Saya hairan...orang buat secara HALAL dan ikut peraturan tidak dibenarkan...

Orang disebelah tanah ni..menimbus hingga 10 kaki dan mengalihkan saliran air boleh.









Tunggu durang? Entah bilalah during mau buatkan.

Ego pegawai di Jabatan kerajaan. Itu saja yang boleh saya cakap.

3 surat untuk minta kebenaran untuk buat saliran untuk mengelak banjir. Tidak diluluskan.

K.I.V lah nampaknya.


Perasan atau tidak


Perangai manusia selepas pandemic ni lain dari yang lain tau.


Tidak bagus =

Memilih kerja dan tempat mau dikerjakan terutama untuk kerja di tapak tanah.

Kalau jauh sikit (Walaupun hasilnya amatlah lumayan), mereka tidak mau. Jauhlah, bini tidak suruhlah, jentera susah mau dibawalah.

Susah mau berjumpa dengan orang. Mungkin sudah selesa kerja dari rumah.



Bagus =


Kita lebih cekap menggunakan semua hal secara atas talian. Sampai ada pelanggan saya tergaru-garu sebab tanpa berjumpa…semua urusan perjanjian jual beli, MOT untuk Jabatan Tanah dan proses booking dan deposit senang berurusan.

Kesan dari kita kerja dari rumah, tuan.

Ayat yang sama dari saya dengan peguam saya.

Tergelak juga dia.

Menyenangkan sekarang kerja untuk pembayaran dan dan penghantaran semua borang, perjanjian dan statement semua kerja. Hitam putih bukti jadinya.


Bagus dan tidak bagus =


Sejak 10 tahun ni, saya menghasilkan networking yang baik. Mula-mula proses pelanggan, pastu pelanggan tu jadi rakan baik. Dia pulak yang bagi maklumat tentang tanah baru. Seronok tau. Bila lagi kita saling tolong menolong.


Tapi…

Yang tidak seronoknya….orang akan mula bercakap…dengki dan tidak puas hati dengan sahabat tu.


Saya, sudah lama meninggalkan dunia mendengar cakap orang…memperdulikan dan menjaga hati dan perasaan rakan sekerja. Tahu kenapa? Mereka adakah rakan sekerja…BUKAN rakan sebenar.

Majoriti akan menikam belakang kita terutama sekali kalau kita Berjaya dan lebih dari kita. Bukan semua tapi majority. Ada yang kita boleh Nampak…ada juga yang berperangai macam kita…buat tidak tahu (bermakna, orang tu sudah beberapa kali kena tikam).


Saya ada beberapa rakan yang rapat tapi untuk acara tertentu. Kalau hal computer…ada rakan.

Kalau bab makan…ada rakan…

Dan berkawan dengan yang muda-muda…kuning kepala keluar juga tau…


Jadi…waktu tu…ada kes melihat wayang korea…takder sensored punya…jadi lepas pas-pas CD tu….kami berceritalah di bilik AKA office…dalam tempat tu..dalam sebuah bilik..lebih 20 orang…hebat sungguh…


Jadi kami(kawan baik) bercerita tentang adegan-adegan panas di penjuru bilik tu…bergelak ketawa …ketawa…berbisik-bisik…

Jadi yang lain sibuk….malas nak layan kami yang gila-gila ni…

Jadi ….lalulah seorang ahkak ni…dia memang jenis yang…

Ada masalah dengan semua orang…kalau dia tak suka orang tu…3 bulan dia jeling kita…

Dia tak suka kawan saya bercerita ni sebab dia jenis ‘sound’ depan-depan kalau orang bermasalah.


Kena aim lah dia oleh ahkak tadi tu.

Sedang kami bergelak ketawa…dia lalu…bolehlah jarak 2 buah meja…boleh-boleh dia buat pusingan maut atau U-TURN dan menuju ke meja kami….


“Kamu berdua ni…mengumpat aku kan?”


Saya dengan rakan cerita sex tu…terdiam dan saling pandang-memandang antara satu dengan yang lain…

Saya nak jawab tapi dijeling oleh kawan saya…


Sama-sama kami bangun, bagi senyuman kering dengan ahkak tu tadi…blah…

Bilik saya di sebelah…kawan tu lah mendengar bebelan ahkak tu…


Tengok-tengok jiran sebelah...senior sikit... yang duduk sebelah tu menenangkan…


“Mereka sedang bercerita tentang buku PERMATA YANG HILANG tu kak..”

Senyum senior tu tu…baru si ahkak tu…tergelak…

Dia lalu senyum-senyum berlalu…



Tengoklah …amat teruk kalau kerja dalam satu organisasi yang besar.

Geleng-geleng juga kalau difikirkan….


Saya pernah berada di satu organisasi yang pandang pangkat DAN duit. Tapi saya jenis manusia yang….kenapa juga saya mau bagi tau orang lain yang saya ada syarikat sendiri dan duit Alhamdulillah datang dengan lumayan jika saya rajin.


Setelah dekat 3 tahun saya berdiam dan tidak ‘dikenali’ ramai, tetiba, ada adik kawan sekerja bagi tahu yang dia ada beli tanah dari saya.


Heboh satu pejabat.

Orang kayalah

Jutawanlah

Berduitlah..


Termaki juga sayalah sebab rakan sekerja sudah dapat tahu.

Perkara yang jahanam pada waktu tu ialah ……


Terus si boss minta sponsor untuk segala acara…

Makan malamlah

Hari jadi siapa yang birthday pada bulan itulah

Ada acara karaokelah di organisasi saya tu.


Paling haru ialah…bertalu-talu whatsapps minta tolong ..pinjam duit…

Daaaannn

Minta tolong pinjam duit nak buka business jual emas


Astagfirullah al azim saya terus

Hahahahahahahahahahahahahahhahahaah


Fikir mereka saya ni bank kah?

Punya sengsara saya di hujung-hujung minggu masuk keluar hutan membawa pembeli tengok tapak dan kawasan.


Saya tidak tahan……out saya dari sana…sambung belajar…5 ke 8 tahun…

Sekarang tenangnya jiwa saya.


Walaupun kadang-kala sakit kepala kerana dateline untuk menimbus selalu tergendala sebab….sudah bagi kerja dan projek…duit sudah deposit….

Lari….

Aaaahhh


Korang perasan tak sekarang…orang ramai jadi pemanas…

Orang tua ditumbuk…

Anak membunuh mak…

Laki tumbuk isteri yang senang mengandung sampai lumpuh…

Terlampau berkurung…

Ada kesan selepas pandemic yang lepas.

Jahat dan kurang iman….mendapat kesedaran ketika susah dan media social…ceramah-ceramah.


Ada yang terkurung..menahan perasaan….sekali lepas…semua hendak dilepaskan…

Tak tahu nak cakap apa.


Pemalu jadi berani.

Kuat jadi lemah

Cerdas jadi talinggong

Malas jadi rajin

Kasar jadi lembut dan halus

Tidak berbakat jadi berbakat

Tiada idea terus banyak idea



Semua untuk meneruskan hidup.

Pentingnya ilmu dan pengetahuan untuk meneruskan perjuangan hidup yang sementara di dunia ni.



Iman kita.

2 tahun ni…kesedaran tentang agama membuak-buak rasanya.

Tidak kira apa agama….

Kesedaran tu lain macam.

Lelaki…tidak solat Jumaat 3 kali , terus terasa bersalah…walaupun ada yang jenis sebulan solat Jumaat 2 kali saja pun sudah mau melompat ke masjid tiap-tiap Jumaat.

Alhamdulillah…

Berdoa pun sekarang penuh kesyahduan….

Betul…. Sebelum ni…asal solat…amin…

Sekarang….kalau rasa nak nangis…nangis…

Sebab teringat pesan mak saya…

Kalau kamu nak makan..makan…nak beli barang..beli…gaji pekerja…bayar on time..

Kita tidak tahu bila kita tak akan makan makanan tu lagi….

Entah bila kita dapat beli kalau ada duit…

Dan

Permudahkan urusan orang supaya urusan kita dipermudahkan…

Gaji pekerja mu…kalau ada lebih…bagi lebih….takkan kau susah selagi kau berusaha…

Itu kata-kata mama hajah saya ketika raya covid kali ke 2…selepas ada orang-orang tua ada meninggal di kawasan kampong kami.

Allahuakhbar.

4.6.2022

11.11am

Ada lagi ni cerita tentang kerja...di blog satu lagi

47 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page