top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Kita Mula Semula Di Tahun Baru

31.1.2022

9.04pm


Selamat Tahun Baru Cina…

Tahun Harimau tahun 2022.






Entah betul atau tidak…tahun ni ada ganas dan kasar sedikit. Bagi feng shui saya, tahun ular, ikut saja perjalanan kerja dan jangan sesekali melabur di business lain kecuali hartanah dan tanah.


Tahun ni…duit asyik masuk tapi keluar lebih…ada sebab-musabab ya…Bulan 4 nanti saya bagi tahu…


Ngamlah jugalah..…mau slow sikit tahun ni…takut sudah saya rasa mau berurusan di jabatan-jabatan kerajaan (Selalu tidak ikut sop).


Dan sekarang,


Bilalah saya dapat menghidu dan merasa aroma kopi ni…..


Bau dan rasa masih samar-samar. Batuk tidak pandai hilang. Makan segala ubat batuk dan gula-gula pedas…sekejap saja penenangnya.

Semua benda dan maklumat dibaca…dengar lagi cerita dari doctor-doktor yang rapat dengan kita.


Selepas baik dari covid19, 90% antibody kita masih melawan virus yang ada didalam badan kita. Jadi virus tu akan ada di dalam badan sehingga…..tidak diketahui. Jadi kena rajin makan dan janganlah membuat aktiviti yang sebelum anda buat sebelum kerja sampai 100%.


Kena control lah sekarang….


Betul orang tua-tua kata…

Kita merancang…cantik rancangan tu…

Tapi

Sekali tuhan yang menentukan….20 hari tidak dapat buat apa-apa.


Sekarang ni…


Benda ni perlu saya makan dan check dan perlu ada berdekatan dengan saya.

Kali ni…menggelak lebih baik dari berubat.



Siapa yang pernah kena dan merasa kesakitannya…Nauzubillahi min zaliq

Saya kena berehat walaupun sudah potong gelang nanti.



Orang bilang…jangan bagi tau apa rancangan kita untuk masa depan.

Tapi saya bagi tau juga…


Saya hanya akan berada di rumah atau office sahaja. Ada 2 intern saya akan buat semua.


Saya hanya akan pantau sahaja….kalau lawat sites pun…dari dalam kereta sahaja.

Jadi phobia saya rasa sekarang. Baru kena stage 1, boleh-boleh semua benda hilang.

Tenaga, kesihatan, nafsu makan….tapi sempat berfikir.

Kalau tidak berfikir…tak terjalan kehidupan selepas covid.


Sekarang…saya kena fikir untuk mencari panel peguam lain…sebab tidak boleh kita biasakan diri dan company pilih satu peguam saja…terutama sekali peguam yang selalu tidak ada untuk proses pembayaran. Kalau sekali, dua kali mereka boleh melewatkan duit kita..tidak apa…tapi kalau lebih 5 kali…baik kita kena cari yang lain.


Peguam saya yang sekarang ini, pengurusan dan staffnya betul-betul efficient. Cepat dan tepat. Hari ni minta buat…esok pagi sudah siap….


Akan Tetapi…


Peguam…atau orang yang tukang sign cheque untuk pembayaran kepada company kami….selalu hilang tanpa diketahui lokasinya.

At least, inform awal-awal atau sign lah cheque sebelum ke mana-mana…


Dengar-dengar ramai sudah mengeluh tentang peguam ni…

Kami senang saja…susah berurusan, cari peguam lain.


Kalau peguam jenis banyak mulut dan mengumpat…hey…abaikan….


Kita sekarang perlu fikir untuk cari duit, bukan mau dengar cakap orang. 1 jari menunding ke arah orang…4 jari lagi tunjuk diri sendiri. (Pekerja mereka pun tidak di bayar gaji..pandai mau cakap pasal kami)


Ok set…abaikan..


15hb…semua akan selesai…

Kelmarin…kamurang jangan terkejut…saya sempat jadi pink panther, hantar invoice, resit, surat, authorisation dan cheques di peti surat di Pejabat Peguam.


Dengan hal-hal itu, baru dapat clearance payment. Sakit jiwa melihat semua payment ampai-ampai…tidak boleh di ambil…padahal kita punya.


Balik saja ke rumah...mandi....Panasnya ya rabbi


1.2.2022

Bangun-bangun sakit di kening. Sedap rasa sekejap mandi suboh dan solat.


Sekali mentari masuk menusuk ke rumah…


Double triple denyutan sakit di kening. Makan 2 biji telur rebus sambil menunggu partner datang.


Lewat datang ambil, makinlah gastrik. Keluar sekejap, beli2 barang…dalam kereta rasa macam mau muntah. Beli makanan, terus balik…makan caffox…tidur lepas zuhur…..

Sedap-sedap merehatkan kepala…dan tidur petang….


Sanalah jiran mula mensumbangkan beberapa buah lagu.

Nasib baik kepala tidak berdenyut lagi…tapi…lapar.

Makan roti dan anggur….Alhamdulillah…tenang sikit.

Takut saya mau makan sekarang…sebab mama saya nasihat…selepas demam teruk…jangan terlampau makan….nasi sepinggan…kurangkan ke semangkuk kecil….


Tapi mesti makan…


Sebab…start sudah mendatang gastrik…

Ya Allah Ya Tuhanku…

Esok keputusan swab hari tu…

(Kenapa kalau swab di klinik kerajaan…ambil 7 hari baru ada result TAPI klinik swasta…30 minit sudah dapat resultnya?)


Apa pun terjadi…nak kerja, cuti semua…

7hb saya akan melawat office sekejap.


12hb pergi kawan kawin


Sebelum lawat tapak baru…saya mau settle pembayaran semua dulu…


Nantilah mau buat doa selamat , settle sudah tanah sebelah Taman Sayang dan Taman Saujana…


Alhamdulillah


Esok ada lagi cerita ni...kita kumpul dulu...

Mudah2an potong gelang pandora esok..


7.49pm

1.2.2022

34 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Yorumlar


bottom of page