31 hari Quarantine
17.04.2020
Selama saya hidup baru saya perasan bahawa Negara Malaysia, negaraKu antara negara yang berhati perut. Terima kasih Ya Allah kerana saya lahir di Malaysia.
Asal ada kad pengenalan kena bagi duit untuk belanja, pendatang asing yang terkurung di bagi makan dan pekerja asing NGO-NGO bagi barang makan.
Saya terus-terang, selama 6 tahun saya tidak betul-betul menikmati hidup di rumah. Solat pun gegas. Melihat rancangan-rancangan television drama dari negara-negara lain dan memasak dengan tenang.
Website terkini negara-negara yang terkena covid 19
Kedegilan Manusia
Rakyat yang amat degil tentang Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita boleh dikawal lagi. Kalau di negara berdekatan dengan Malaysia.... degilnya, kepala batu.
Ini yang saya dapat di berita dan facebook. Mustahil fake news atau fake story.
Links kejadian di Kota Kinabalu
Berita terkini. Hospital Likas dan Hospital Keningau Kluster terbaru Covid 19 di Sabah.
Lewat betullah maklumat dibagi tau. 2 minggu lepas anak ke sana sebab demam. Terlampau kerja walaupun sudah di cakap tak payah kerja, kerajaan bagi cuti. Mau juga kerja.
Ya Rabbi.
Ini yang saya selalu tidak puas hati. Sabah selalu lambat. Lambat dibagi maklumat. (Ingat pesakit covid 19 di Pulau Gaya yang bunuh diri, kes tu pada 6hb April. 15hb atau 16hb baru diumumkan oleh Dr Noorhisham di TV.) Jadi masa 10 hari tu dan sebelumnya orang yang dia jumpa, bersalam dan family dia? Entah berapa orang sudah terjangkit dan menjangkiti. Kalau difikirkan benda ni, sakit kepala dan tidak dapat tidur.
Kes Kapal terbang dari Kuala Lumpur.
Kes Sabah dar Keningau.
Ini sekarang dari Pulau Gaya.
Hospital Likas, ibu dan anak.
Hospital Keningau.
Lepas tu kes kubis - Tengok di group Inanam Voices. Lucu nama klusternya tapi itulah namanya. Kluster Kubis.
Test kit kita di Sabah terhad. Makmal 3 baru di buka. Luasnya Sabah ni.
Dan rakyatnya ramai. Dapat 100 orang akan ada 2 atau 3 orang yang akan TIDAK mengikut perintah dan nasihat yang diberikan oleh pihak berkuasa.
Bukan saya yang kata ya tapi dari maklumat dari facebook. Kejadian tiba-tiba ramai terjangkit dari kluster Hospital Likas dan Keningau kerana mereka menghadari perkahwinan rakan sekerja mereka. Bukannya sudah dibagitau supaya jangan ziarah-menziarahi dan berkunjung-kunjungan. Degil bah. Nanti-nantilah bah kita berjoli dan berkumpul-kumpul.
Saya takut betul setiap jalan keluar masuk Kota Kinabalu akan ditutup. PKPD. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan. Bandaraya ni kawan-kawan. Walaupun banda Kota Kinabalu macam ghost town sekarang....sedih dilihat tapi ditutup....tidak terkata-kata saya terus.
Saya terpikir tentang ibu-ibu mengandung, yang telah melahirkan anak. Ngilunya saya rasa.
Ibu-ibu yang baru bersalin kena jangkitan, baby kecil...aduiii....
Cukuplah untuk hari ni. Paranoid saya terus tentang kejadian covid 19 di negara kita ini.
Mdm Paw
4.30pm
17.04.2020
Comments