12.27pm
20.12.2020
Sekali lagi….terpaksa quarantine……
Kemurungan saya terus. Kalau kamu dengar keluhan hembusan nafas saya mengeluh…tutup telinga kamurang kali…
Arrggghhhhh….
Ok…ok…tarik nafas….subhanallah
Berurusan di setiap kaunter, jabatan, pejabat pun merbahaya sekarang ni.
Ok, baik saya bercerita bagaimana saya TERPAKSA self-quarantine dari 18.12- sampai tahu orang rapat positif atau negative.
Macam biasa, selalunya saya akan membuat declare pendapatan syarikat pada hujung tahun. Kebanyakkan orang buat pada bulan Jun tapi saya minta buat hujung tahun sebab selalunya slow pada November dan Disember setiap tahun…. Akan tetapi pada tahun ni….semua bermasalah dan banyak halangan.
Tahun ni baru kesempatan mengubah status syarikat dari Enterprise ke Sendirian Berhad sebab banyak kerja-kerja baru memerlukan status kerja dan kewangan yang lebih stabil lagi. Lagi pun setelah saya habis mengambil MASTER , terus dapat sijil dan lesen penilai asset diseluruh Sabah dan Labuan.
21.12.2020
Punya cantik tarikh hari ni.
Opsss…teringat waktu saya tulis ayat di atas…terus covid19 melanda.
Sambung cerita…
Selalunya saya akan buat declare cukai setiap November. Proses menyediakan resit-resit dan voucher-voucher senang sebab saya awal-awal sediakan. Senang akauntan kira.
Dulu, akauntan audit secara tidak langsung saya adalah dari Sibu, Sarawak. Tiap tahun bersalin saja kerja nya…4 sudah anaknya…umur baru 27 tahun. No komen..Tiap hujung tahun sempat dia kira akaun syarikat saya, confirm ada bayaran cukai...sedih..tapi dapat balik tapi hahahaha...amatlah lambatnya.
Jadi tahun ini, awal-awal sudah saya susun rapi resit-resit, voucher-voucher dan akaun keluar masuk. Pada Oktober. 1 hb November sepatutnya saya submit….tengok-tengok… saya terkandas di Labuan waktu mau berurusan di Anak negeri. Kumpulan pertama kena swab hidung dan kuarantin 14 hari. Pikir selepas 14 hari dapat balik Kota Kinabalu. Sekali sabah Zone Merah…tidak boleh masuk. PKPD. Bertapa saya terus di Labuan makan coklat.
Terbuang masa di Labuan tapi anggap positif kerana saya buka cawangan Fast Properties Sdn Bhd di WP Labuan.
Dapat balik ke Kota Kinabalu pada 2hb November tapi sampai-sampai kuarantine 14 hari lagi. Demam kuat …20 hari bulan baru baik. 23hb November terus berurusan dengan akauntan untuk diaudit dan baru dapat menukar status syarikat dari enterprise ke Sendirian Berhad. Terus tukar akauntan dan ada setiausaha audit. Peningkatan taraf syarikat ini mengambil masa 3 minggu sebab masa di pejabat hanya 30%. Staff yang menguruskan fail kami selalu pula cuti. Selepas itu baru boleh ke DBKK. Penukaran status dan nama syarikat di DBKK sudah mengambil 3 minggu.
Pada masa tersebut saya minta setiausaha syarikat dari Innoplan menyediakan resolution untuk peminjaman beberapa pihak kewangan yang sah. Di sanalah saya terkena lagi. Saya mesyuarat di pejabat Innoplan…dan salah seorang staff mereka positif. Terus jadi suspek sebab kenalan rapat. Nilah saya sekarang. Jumaat lepas staff tu swab dan hari ni dia cuti pulak. No personel dia , tidak dia bagi saya. Tunggu esoklah…
Kalau esok dia cuti terus…saya sendiri pigi swab di klinik Luyang....kalau swasta.....ehem...harganya...
Sepatutnya saya ke LHDN minggu ni…tapi apa boleh buat.
Terus terfikir, baik saya buat declare segala benda di LHDN macam syarikat yang lain…bulan Jun tiap tahun…tapi audit confirm full
Tadi banyak panggilan telefon dari pembeli-pembeli tanah yang kami sedang usahakan pembersihan dan menimbusan. Ada yang bertanya...ada yang mengamuk...
Terus demotivated saya terus.... Ada yang faham....ada yang tidak faham.
Tidak boleh kami kerja untuk masa terdekat.
Staff tidak ada.
Jentera parking.
Kalau kerja pun....confirm Sabah akan tutup balik ni selepas Christmast...
Minta maaf minta ampun. Bukan kami tidak mahu kerja tapi terus terang....jahanam covid ni.
Dengar-dengar ada lagi maslah muncul di United Kingdom sekarang...New Mutated Virus.
21.12.2020
7.44PM
Kota Kinabalu
Mdm PawX
Comments