top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Lihat lah Keindahan Papar.

19.02.2020


Suka betul saya menaip kalau tahun 2020 ni. Cantik saya rasa numbur untuk tahun ni.

2020.

Tahun Tikus untuk calender cina. Tahun pandai cari jalan untuk business dan cari jalan untuk jalankan business. Ada yang tidak jadi beli terus cari jalan cari pembeli baru dan untung lebih.


Apa-apa pun kita rasa sedih 2 3 hari ni sebab ramai pulak orang yang baik-baik telah meninggalkan kita. Terus saya bekerja kuat dan usaha dengan pintar sekarang sebab ramai orang yang masih muda meninggalkan kita. Hanya kerana stress. Aduhai, kalaulah anda semua tahu stress. Sampai tidak dapat tidur. Stress lah tu.


Hari ni saya mau ceritakan pula salah sebuah kerja yang saya buat di Papar. Ini tanah ke 3 syarikat saya buat.

Terlebih lajak pula kisah papar ni. Tanah Papar 1 dan 2 di blog akan datang ya.


Ini adalah lakaran khas untuk Tanah Papar 3.

Mula-mula kami lihat tanah ni, kami ragu-ragu ambil. Tapi setelah diberi petunjuk, baru kasi setuju. Lihat sajalah perubahan yang kami buat perlahan-lahan terhadap tanah ini.


Untuk tahu pengiraan dalam sqm = sqft ialah dikira 10.764 kaki

contoh untuk lot 10.

483.316 x 10.764 kaki = 5202 prsqft



Keadaan pertama kali kami lihat tanah ini. Penuh dengan pokok-pokok bakau dan berair. Ya Tuhanku... Kami sedia meneruskan perjuangan ini. Cheh, macam bunyi orang mau berjuang dalam kempen politik pulak.



Proses Menyukat, memancang dan mencari batu sedang dibuat.


Seronok kawasan ni. Tidak sampai beberapa minit sudah boleh mandi laut. Bersih pulak pantai dia. Banyak pulak rumah di tepi-tepi pantai tu.

Setelah siap memancang dan menyukat dan lakaran dari Tukang Ukur Berlesen dari Jabatan Tanah. Terus turun raksasa ultraman. Crew dari Papar memang cepat dan hebat. Penting ada pulusnya....













Disebelah tanah ni ada 3 ke 4 buah rumah. Semua masing-masing peramah. Asal kami datang, mesti kami sapa dan bercerita dengan baik.


Yang saya paling geram tengok ialah ini.


Mula-mula kami datang dan parking depan rumah tuan dia, punya main bising dan gagah. Siap mau gigit tayar kereta. Cari pasal.

Kali kedua saya datang siap puppy puppy dan bagi makanan, siap jinak. Kalau kami tengok progress jentera pun ikut sambil goyang-goyang ekornya. Bikin geram. Saya canggak kau nanti doggy....hahaha.


Gambar-gambar dan video dari Drone





Kami letak di Youtube ni. Kalau nampak share dan like ya. Jangan lupa subscribe.






Akhirnya siap pembersihan kawasan ini.


Dengan cuaca yang amat terik lagi sekarang ini, senang bagi kerja-kerja pembersihan dan meratakan kawasan. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana tanah di kawasan ini rupanya tidak ada air. Keras dan boleh sudah pacak kawasan.

Sekarang kami akan menimbus dalam 2 kaki tanah di kawasan ini.

Sebenarnya penimbusan ini amat merugikan bagi kami tapi peluang ada di mana-mana. Dalam masa yang sama, perundingan dengan crew dan nasihat mereka juga, kami dalam proses mengambil tanah yang berbukit. Jadi tidak payah keluar duit dan memerah kepala mana mau cari orang jual tanah untuk timbus, Tanah sendiri.



Sekarang baru 3 lot ada pembeli. Ada lagi 10 lot lagi.

RM35K SAHAJA


Sesiapa yang memberikan maklumat atau pembeli, kami akan bagi

komisen RM2k.


19.02.2020

1.04 pm

99 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comentarios


bottom of page