top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Malaysia,Sabah dan Sarawak Masih Aman

Alhamdulillah, Malaysia masih aman.


Itu ayat yang selalu kita dengar di mana-mana ketika `ada masalah politik, pergaduhan antara bangsa dan syukur tidak ada pergaduhan antara agama di Negara kita ni.


2 3 hari ni, seimbas lalu nampak video tentang keadaan di Amerika. Pergaduhan antara orang kulit putih dengan kulit hitam. Saya abaikan saja, tapi tadi pagi buka-buka facebook, habis rusuhan , looting (mengambil barang suka hati), membakar kereta dan memecahkan cermin kedai suka hati.


Rupa-rupanya 4 orang pegawai polis telah menyebabkan seorang lelaki berkulit hitam mati. Ditekannya tengkuk lelaki nama George Floyd sampai dia sesak nafas. Terus mati. Dan sebelum tu ada seorang perempuan kulit putih menelepon polis kerana kena tegur oleh orang kulit hitam kerana membiarkan anjingnya tidak bertali mengacau burung-burung dan orang di taman. Boleh-boleh perempuan tu, nama Amy Cooper menelepon polis dan menfitnah, cakap ada lelaki african american mengacau dia. Selumber saja dia cakap, orang kulit hitam mau mengacau dia...padahal brother tu duduk-duduk melihat burung makan.

Ini video si Trevor Noah.



Ini yang diperkatakan oleh Trevor.


"Semua emosi disembunyikan sewaktu kita duduk rumah dan kuarantine. Masalah kehilangan kerja, masalah kewangan, ketakutan dan keadaan Amerika yang tidak stabil. Maka pelbagai masalah yang terpendam telah membuak-buak setelah kejadian kematian orang kulit hitam di Amerika. Semua kerana corona virus."



Syukur Malaysia aman.


Walaupun ada juga ketegangan berlaku. PATI di semenanjung, Rohinya. Sekali kedapatan, berumah siap berkambing di flat-flat di Selayang. Kambing, bah. Nda lah saya tahu macam mana bau nya tu.


Kedapatan pulak ramai sudah orang-orang pendatang di Semenanjung ber kad pengenalan, siap dapat bantuan BPN (Bantuan Prihatin Nasional).


Belum lagi durang tahu kisah di Sabah hahaha....


Hanya berdoa dan berharap, kesungguhan pihak MKN dan Imigresen membasmi PATI di semenanjung boleh dibuat sama di Sabah.


Ada 2 minggu lagi untuk kita dapat tahu adakah PKPB akan di sambung lagi dan merentas negeri masih tidak boleh lagi.


Rasa tenang kembali risau kerana tiba-tiba ada yang positif kelmarin di Kampung Air. Takutnya saya sebab seminggu yang lalu pergi di kawasan tu mencari vitamin di salah sebuah pharmacy di sana. Jauh-jauh palis.




Kamu tahu apa saya buat setelah dapat tahu ada positif di kawasan yang saya pergi?

Habis baju, tuala, selimut dan cadar saya cuci. Menyapu rumah dan memop entah berapa kali sehari.



Itu kes covid....keluar pulak kes mabuk.

Keluar pulak kejadian orang-orang mabuk melanggar orang. Pigilah kamu minum...tapi di rumahlah....kau minum sampai kalapik pun, di rumah...tidak bawa kereta....memandu waktu mabuk ni...1 jalan boleh nampak 7 jalan (Jangan ditanya macam mana saya tau hahaha)....



Boleh-boleh teringat wayang I am Legend staring Will Smith. Setiap kali dia balik ke rumahnya, dia akan siram air suling di depan tangga dia supaya zombie-zombie yang keluar hanya waktu malam tidak dapat menghidu tapak kakinya....





Tengok tu, ketakutan dan paranoid saya oleh covid 19 ni. padahal tiada pun hantu dan zombie....

Terlalu melihat television dan segala wayang , inilah akibatnya.... ha ha ha...


Apa-apa pun


Kita di Malaysia ni, pelbagai bangsa dan pegangan hidup , tidaklah sampai ketakutan yang melebihi batas. Berdoa kepada tuhan masing-masing, bercakap dan berborak dalam group dengan kawan-kawan, maka legalah sedikit perasaan dan emosi tu.


Betul-betul menyedarkan corona virus covid 19 ni tau.

Kekuatan minda yang paling penting.


Banyakkan berdoa wahai rakan-rakan.



Banyak projek baru tapi tergendala seketika kerana PKPB ni...mau ambil gambar dan menyukat kawasan pun main booking dan tengok kelulusan.

Kita berdoa sajalah yang kawan-kawan.

Ada berita baik nanti ni...semua yang tengah mencari kerja atau diberhentikan kerja, boleh baca dan tengok-tengok facebook dan blog saya.


Terutama sekali yang pernah kerja di Petronas dan sites.


30.05.2020

Mdm Paw

29 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kommentarer


bottom of page