26.1.2022
5.01pm
Termenung saya sekejap..
Apa sudah terjadi hari ni.
Nasib baik deria bau saya hilang…kalau tidak..mesti saya terhidu dan tercium peluh yang melekat dibadan saya hari ni. Dari pukul 9am hingga 3pm baru selesai hal hari ni.
Sekarang….setelah tenang dan jiwa tenteram….baru saya meneliti benda baru ini perlahan-lahan.....mau tahu apa? Kejap...
Tarik nafas…..mau keluar balik panas saya hari ni…
Punya jahanam
Tenang
Pukul 9am tadi saya call nombor ni…sebab ini hari-hari KKM sms saya…
Didapati ..nombor ini khas untuk orang yang positif covid tahap kritikal…
Jadi saya call nombor ni…saya whatsapps dari CPRC Sabah…
Perbualan kami
KKM : Pagi
Saya : Pagi cik. Nak Tanya…kalau sudah habis kuarantin yang tertera di Mysejahtera, perlu ke mana?
KKM : Bila kamu tahu kamu positif?
Saya : 15 haribulan lepas.
KKM : Kamu daftar di Mysejahtera?
Saya :Iya, cik
KKM : Laaa…kenapa kamu daftar kamu positif di Mysejahtera. Patutnya kamu dapat tahu kamu positif, kamu patut ke klinik kerajaan.
Saya : Cik, itu yang disuruh oleh kkm kan…tanpa berinteraksi..daftar terus?
KKM : Tak payah….kalau kamu daftar sendiri di Mysejahtera..data di klinik tidak tahu kamu positif.
(Apa ni….benggong terus ni…aku kah yang bersalah…bukannya kalau positif stay di rumahkah? KKM dari Mysejatera bukan terus dapat access kah?
Saya : Cik. Mana kami dapat maklumat tentang ni…yang kami tahu, kami perlu berada di rumah sekiranya bergejala. Saya tunggu apa-apa dari kkm pun …hanya sms dan lapor diri di mysejahtera sahaja.
KKM : Ok, sekarang kamu perlu ke klinik kerajaan yang berhampiran dan minta swab semula.
Saya : Itu sahaja?
KKM : Nanti kamu kena kuarantin lagi tu…terima kasih.
Saya : - (Merenung telepon di tapak tangan)
Sia-sia saja aku kuarantin merenung kehidupan selama 10 hari…
Jadi terus mandi…jem macam biasa…datang saja ke Klinik kerajaan…
Saya yang positif covid berdiri dan saya sendiri terpaksa menjarakkan diri dengan orang yang datang ke klinik tersebut. Ada yang mengandung, sakit, patah kaki dan budak lari kiri dan kanan.
“Puan isi ini ya”
Selepas saya isi…
“Datang pukul 2pm nanti..ke khemah CAC”
Itu saja arahannya…
Habis semua kawan-kawan…runner yang bekerja di area KKM ditanya…
Apa akan jadi?
Kuarantin lah tu kak..7 hari..
Allah
Habis aku round lepas tu…dari Inanam ke Kota Kinabalu….
Terus aku berfikir..baik beli-beli sebelum apa-apa.
Segala barang rumah aku beli..sheiltox, pencuci piring, baju dan segala keropok…(Berguna ni kalau sedanang menaip begini)
Ntah apa aku cakap di group keluarga sampai adik cakap
“Aik kak…bersemamngat jugak kau?”
“Dapat berjalan kan…apa nda bertenaga”
Bisinglah kakak-kakak yang sudah dipanggil mak cik dan nenek….ah…persetan…asal dapat bergerak…aku jalan..
1.40pm sampai di klinik kerajaan…ambil telepon...terus berhubung dengan staff di pejabat peguam….
Minta ubah semua cheque….semua bayar kepada orang….cheque yang bertulis nama saya,,,tulis kepada syarikat….kali ni sahaja.
Esok kata putus peguam.
Perlu berfikir cepat …orang mau merayakan tahun baru, ada yang mau kahwin dan ada sudah lama orang-orang jentera terbengkalai tidak terbayar sejak peguam hilang sejak Christmas tahun lepas lagi.
Bosan…duit sendiri pun orang lain pegang tapi tidak effiecient.
Ok…..sambung hal tadi
Jadi saya tunggu lah di Khemah CAC….sampai 2.03pm…sorang staff kkm tak muncul…..lepas hujan…panas tau…wap di jalanraya naik….dengan keadaan klinik ni lagi…Nauzubillahimin zalik
Aku tunggu di khemah CAC dan tengok keadaan di dalam...tersusun...
Tapi...apa sudah jadi dengan keadaan kita di Malaysia ni.
Langsung ...macam melepaskan batu di tangga..
Dah siap...sudah...
Aku tak nak cakap lebih-lebih....orang KKM pun manusia juga...amatlah aku faham keadaan mereka...aku pun pernah kerja kerajaan...siap jaga anak orang..tidur di garaj dan tidak bertidur ...
Persetan….saya terus ke pintu depan…
“Sis, tempat untuk 0rang yang positif di mana?”
Semua orang tengok saya…
Takut? Hantamlah kamu….tekanan dah ni..
Dengan signal sshhh….salah seorang nurse tunjuk ke satu kawasann…
Ada tanda
Tempat swab…pakai cat saja tandanya…
“Kata tadi di khemah CAC…ini kata lain pulak..” saya jawab ah….
Lari-lari saja nurse di sana tu….malas lah mau tau lagi…terus saya pergi ke tempat tu…15 minit tunggu lagi….ada 6 orang sampai…ada baby lagi…huhu..panas aku jadi sejuk…kesiannya ya rabbi…
Datang seorang nurse…sebut nama saya…
“Kenapa…positifkah…macam mana tahu positif?”
Saya tunjukkan test kit dan printout Mysejahtera..
“Ok,,swab lagilah”
“Kuarantin lagi?” saya dengan muka seposen
Nurse tu…kiut saja dia jawab…
“Iya….7 hari ya….26,27,29,30,31…1hb February last” jawabnya…
Tidak tercakap sudah saya…
“Ambil ni…nanti masuk sana ya…”
Sebotol benda berisi cecair merah
Dia tunjuk sebuah khemah….geleng-geleng saja saya….
Datang sorang nurse lelaki…
“Minta botol puan..sila duduk…tarik nafas”
Kena cucuk kedua belah lubang hidung geng…Pedassssss
“Ok puan…sudah…datang nanti di stadium Likas, tempat lawn ball ya, next!”
Saya yang dengan biji mata berair..berjalan perlahan-lahan…
“Ok thank you”
“Eh..tunggu puan…ada surat lagi”
Tidak terkata-kata sudah ni…kebil-kebil mata…ambil surat…
“2hb di Likas ya puan”
2 haribulan pulak….
Terima kasih…terus ke kereta…
Balik rumah…terus hantar semua surat Kuarantine tu ke Pejabat peguam…
Dan ini lah sekarang…
Urut-urut dahi…what the hell happened?
Habis satu pusingan saya lihat gelang Pandora saya…baru 3 jam saya pakai….tulisan luntur.
Kuarantin lagi gais…
.
.
.
.
.
.
.
Habis satu pusingan saya lihat gelang Pandora saya…baru 3 jam saya pakai….tulisan luntur.
Kuarantin lagi gais…
.
.
.
.
.
.
.
12.44am
26.01.2022
Comments