top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Merenung Langit...Monsun Barat Daya

23.06.2020

7.15 am


Pagi-pagi, sambil menjemur pakaian....merenung langit. Cuaca panas di pagi hari. Senang hati.

Tiap hari membuka facebook MET Malaysia.

Tiap hari membuka ramalan cuaca.


Pagi-pagi terang....tunggu pukul 1pm. Terkecewa hamba ini.


Sepatutnya Musim ni, kering dan panas. Masa yang amat saya suka. Boleh berpanas dan melihat progress dari jauh. Terlebih vitamin E kalau berada di site. Seronok...berpanas...berketawa dengan crew dan bercerita dengan orang di kiri dan kanan sambil dapatkan maklumat keadaan persekitaran. Dalam perjalanan proses di bahagian tanah ni, jalan-jalan sambil melihat buah-buahan pun antara aktiviti selepas kerja. Tapi macam biasa dan sudah diketahui, Cuaca di abad ini susah betul mau diramal. Tengoklah keadaan hari ni sahaja.



11am pagi. Jom tengok kawasan. Ada orang kita mau jumpa.



Sejam kemudian.



1pm. Baru bersemangat mau masuk hutan...hujan...esok pagi lagilah. Kecewa.


Sampai ke rumah, hujan berhenti dan panas terik.

Malas mau cakap...terus mandi.


Sambil meleret-leret mata melihat di luar rumah, awan makin menebal. Ok done. Esok lagi baru fikir. Sekarang baik fikir tentang office.


Segala barang-barang S.O.P. belum sampai. Saya buat QR code dulu untuk sesiapa pergi ke office nanti. Buka office pun tidak ramai yang akan pergi kerana main gate di Warisan Square pun masih ditutup rapat. Jiran-jiran yang lain pun masih work from home.


Apa-apa pun , perlu disediakan benda ni. Sanitizer dan pistol suhu saja lagi. Beli online di Shoppee....baru sampai di Pejabat Pos Kota Kinabalu. Tunggu lagi.


Lagi pun, sekarang semua buat pembayaran di pejabat peguam saya di KK Times Square. S&P pun mereka akan email dan semua online. Lebih selamat. Hanya ada beberapa komplikasi sedikit. Ramai yang membeli tanah di Papar berada di Semenanjung. Mau balik sekarang ada kelewatan sedikit. Tiket punya mahal...boleh pergi balik ke eropah bah harganya.


Hahaha.....ramai yang tidak faham gambar di atas ni. Rupa-rupanya, harga dr Semenanjung ke Sabah atau Sarawak sama harga orang Malaysia mau melancong ke Eropah.


Patutlah ramai yang sanggup menunggu tiket dan warrant terutama tiket free kalau yang kerja kerajaan. 2 orang customers saya sekarang stuck di Selangor. S&P boleh dihantar ke tempat mereka tapi mau bah juga balik ke kampung halaman untuk beraya. Walaupun untuk hari raya aidiladha. Ialah bah, selalunya balik kampung di hari raya. Tapi tahun ni, beraya sehari saja pun. Itu pun ada yang kena jangkit, terjangkit dan menjangkiti. Harap-harap betul-betul kita merdeka 31 Ogos 2020 tahun ni dari Covid19. Hari ni syukur baru 3 saja yang positif.


Sambung cerita...


Ada 2 customers saya adik beradik, ini kes lain. Seorang di Selangor seorang di Papar. Si adik bayarkan deposit dulu ke pejabat peguam , sign S&P dan si abang minta hantar S&P ke selangor. Sudah sampai dan dalam proses penghantaran balik ke Kota Kinabalu. Siap saja pembayaran penuh nanti, ke pejabat Jabatan Tanah lah orang peguam saya. Senang hati sikit , walaupun di Jabatan Tanah nanti lambat lagi hahaha....yang penting sudah sampai untuk MOT.


Jadi.....sekarang 5.13pm. Langit makin gelap dan awan gelap makin menebal. Esok pagi-pagi harap tidak hujan di pagi hari sebab mau melihat kawasan di Penampang. Tanah baru.

Ammiiinnnn


Dalam masa lebih 6 jam ni, ada pulak saya menerima panggilan . Kononnya dari pejabat pos laju dari Perak. Macam mana orang pos laju tahu isi parcel yang disekat kerana ada kad kredit dari Maybank dan kad pengenalan original saya dari Perak! Nda pernah saya pigi Perak. Hahaha...nanti saya cerita d blog akan datang...


Mdm Pawx

5.15pm


29 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Komentar


bottom of page