29.05.2020
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Meraikan Kaamatan
Selamat Hari Gawai
Kita meraikannya dalam PKPB
Pelbagai emosi keluar waktu ni. Merindui tidak tidur malam kerana memasak untuk hari raya pertama. Berbuka puasa bersama-sama keluarga yang tercinta. Terawih di masjid-masjid dan makan bubur kacang sebelum balik dari terawih dan pergi mansau-mansau di bazaar-bazaar.
Seumur hidup benda-benda begini terjadi. Ngam-ngam pulak terjadi sewaktu kita hidup di dunia ini kan. Ramai yang kata dan saya fikir benda yang sama. Tuhan mahu kita STOP!
Berhenti bekerja untuk ingat semula kepada Tuhan.
Berhenti seketika untuk membiarkan bumi sembuh.
Berhenti seketika untuk fikir dan sestart dan reboot semula kehidupan kita.
Lihat keadaan keluarga kita. Bersihkan perhubungan antara suami isteri dan anak-anak.
Alhamdulillah …
Lihat saja apa yang terjadi hanya dalam 73 hari ni.
Sungai-sungai,
Ozone sembuh.
Binatang-binatang boleh berjalan-jalan di bandar-bandar seperti di eropah sana. Adakah rusa jalan-jalan di jalanraya. Kalau bukan PKP, habis kena tembak dan makan tu. ha ha ha...
Saya sebenarnya bangun-bangun ada perasaan sedih. Tidak tahu kenapa. Bukan kerana tidak bekerja kerana proses kemasukkan nama semua pembeli sudah dibuat oleh pihak peguam saya di Teo and Associate. Hanya sekarang mereka cuti kerana cuti panjang di Sabah ni.
Penimbusan selepas PKPB (harap-harap terakhir 9hb Jun ni) akan dibuat. Tunggu crew lori sedia saja lagi. Main telepon saja, terus jalan.
Adakah saya saja atau ada sesiapa mengalami perasaan ini.
Kalau keluar, kena kejar zombie
Perasaan takut untuk keluar di luar sana wujud. Paranoid untuk menyentuh pagar, tombol, pemegang eskalator...sampai butang-butang lift di setiap bangunan. Manusia yang tidak pernah bersih terus jadi bersih. Semua yang keluar dari rumah dan balik, memang kena suruh mandi. Membebel juga pada awal minggu PKP hari tu.
Mungkin kita leka dengan dunia. Sebab benda ni selalu berlau [ada setiap 100 tahun.
100 tahun, memang akan terjadi pandemic ini.
Bersambung
29.5.2020
Mdm Paw
10.31am
Kota Kinabalu
Yorumlar