2.1.22
Baru dapat melihat television. Robin Hood. Lonstripe. King John. Gila saya tentang keluarga Diraja England ni dulu. Sampai saya sanggup mencuri buku di Library UiTM , Shah Alam tentang Elizabeth the 1st. Masih ada dengan saya buku tu. Suatu hari nanti saya nak bagi balik.
Penat merancang perjalanan pekerjaan untuk tahun 2022.
Belum lagi start buka buku, mulalah orang bertanya tentang penyambungan kerja. Ucapkan selamat tahun baru kepada semua staff dan pekerja pun belum habis lagi.
Opss…saya perlu buat ayat yang lebih dramatis lagilah…
Nampak betul direct to the point. Nampak ayat tu…kaku ja…ok..kita mula sekali lagi.
Selamat Datang 2022. Semoga tahun ini memberi kesejahteraan dan tanpa gangguan yang hebat seperti tahun yang tersudah. Alhamdulillah semua rasa tenang menyambut tahun baru 2022. Ada juga manusia yang menunggu percikkan bunga api yang kita pernah lihat sebelum 2019…tapi tiada duit sudah kerajaan mau membeli-belah bahan letupan sana dan di sini.
Dalam masa kami berkumpul waktu mak sakit…sempat angan-angan mau menyalakan bunga api…jadi terkeluarlah cerita…bunga api yang selalu kita Nampak di tengah-tengah malam tu rupanya mahal gila…paling-paling bunga api yang satu kali das dan sekali terpercik pun RM700 50 biji.
(Jangan Tanya saya, dari mana saya dapat harga dan maklumat ini yer…abang adik majority kerja perkapalan dan stock banyak tu direct jual beli dari kapal..kapal kontena, kapal air…no komen yer)
Ehem..kembali kepada cerita sambutan tahun baru.
Ramai abang-abang polis round-round di tepi pantai di area Kota Kinabalu. Sebab telah diberi amaran supaya tidak mengadakan perhimpunan suka-ria di kawasan pantai oleh kerajaan negeri Sabah. Bagus juga lah….faham-faham lah ya…suka-ria nanti ke dukacita pulak nanti. Maksiat..jangan cerita lah ya…
Tahun ni Alhamdulillah..bersyukur walaupun tidak 100% tapi ada berkumpul dengan keluarga. Malam 31hb December 2021….menjaga anak demam…manalah hati mau berghumbira belaka.
1hb January 2022. Semua Alhamdulillah sihat sejahtera tapi terus sunyi hidup. Semua adik-beradik berada di tempat mereka bertugas semula.
Dan mula menerima panggilan dan pertanyaan tentang penimbusan. Harap tuan/puan tenang ya…10hb ni baru kami meeting untuk mengagihkan kerja-kerja mana satu kontraktor yang mula kerja. Ada 2 kawasan tanah timbusan kami. Satu di Lumonu di Penampang untuk tanah-tanah Putatan dan Penampang dan Mikik uuntuk tanah-tanah di Papar.
Itu saja yang saya boleh cakap…sebab bos lori sekarang ‘mengejar trip’.
Cuaca lagi ni….berdoa yang baik-baik saja sekarang ni.
Tiba-tiba…
Terus saya membooking lori untuk kami sendiri…susah menunggu lori dan jentera orang lain untuk kerja kami.
Teruskan usaha dan jangan putus asa ..dan kerja.
Jadi…tahun 2022 ini, saya tidak mahu stress dan melampau stressnya..jadi saya diajar untuk membahagikan kerja dan pekerjaan.
Saya ada belajar dari salah seorang peguam saya untuk menyenangkan kerja untuk tahun mendatang ini. Bukan dengan mengaji pekerja akan tetapi melatih pelatih / intern dalam bidang kerja syarikat. Real estate.
Saya dapat membagi tugas sambil memberi ilmu dan elaun, pelatih-pelatih akan dapat ilmu dan elaun. Give and take, bukan?
Kebaikan mengambil pelatih.
- Patuh dan mahu mendengar
- Tidak melawan
- Ikut arahan dan sanggup ikut arahan untuk menimba ilmu
- Elaun (bolehlah mereka makan)
- Broker tanpa dilantik dan lantikan (jangan risau, komisen akan dibagi juga)
Keburukan mengambil pelatih
- Kemungkinan zaman sudah berlalu. Ada 2 3 yang menghantar surat latihan akan tetapi, diminta datang untuk melapor diri, pandainya minta tempoh. Sungguh luar biasa…apa orang bilang…anak-anak zaman millennial?
- Perlu dididik dan diberi arahan bebebebeberapa kali…sudah tahu cara kerja..sudah habis 6 bulan praktikal
- Nak tengok kebajikan mereka juga ni. Tempat tinggal, transportation dan elaun.
Teringat zaman jadi elatih dulu...di Negeri Orang...tiada elaun lagi tu...ngam-ngam pulak di bulan Puasa...aduhai...pengalaman betul...hari-hari...tanpa jemu..makan nasi ayam percik...kuih RM2 dan air ABC = RM10.00 sehari untuk berbuka.
Pengalaman yang amat bernilai....
Ok…ada satu hal yang betul-betul saya mahu cerita…
Korang tahu…ada sudah taktik untuk pra-PRU yang kami terima dari pihak kerajaan nun jauh tak jauh di sana.
Gatal jari-jemari saya mau menulis benda ni tapi zaman ni, benda-benda begini…biarkan ia berlalu pergi. Kami usahakan apa yang dapat diusahakan saja.
Penat…nanti kalau benda tu terjadi..baru saya akan tulis di sini…
Apa-apa pun..hati-hati di musim hujan ni ya.
2.1.2022
9.05pm
Comments