10.12.2020
7.30pm
Waktu menaip diblog kali ni, saya tidak tahu apa hendak meletakkan tajuknya.
Baru 4 hari kami buka office dan kononnya boleh kerja. Itupun kerana kerajaan atau MKN benarkan untuk merentas daerah.
Rabu lepas kami ada meeting dengan pihak peguam, pengurusan jentera dan marketing. Semua setuju untuk TIDAK membuat apa-apa kerja pembersihan, penimbusan dan pengubahsuaian beberapa kawasan AKAN TETAPI marketing mesti perlu diteruskan.
Mengeluh...
Semua kami mengeluh. Crew kami di Papar, semua mencari kerja masing-masing sebab hidup perlu diteruskan. Ada yang naik kapal, ada yang COD ikan dan bahan mentah dan makanan. Tidak dapat saya halang sebab sejak ada positif antara mereka...terus berpecah sementara.
Itu yang di Papar.
Di area Putatan...bos lori mula-mula terkandas di Telipok Ria....entah macam mana dia dapat keluar. Tadi saya whatsapps dia...dia ada di Penampang. No komen. Tapi abang-abang driver lori masih di Telipok Ria..PKPD.
STUCK.
Selepas melihat keadaan ekonomi sekarang, peguam yang menjadi panel kami siap membuat beberapa perubahan dalam perjanjian jual beli. Selagi ada "P" dalam Negara Malaysia kita ini, (PKP, PKPD, PKPB,PKPP) pertambahan tempoh dan masa untuk menyelesaikan segala penimbusan,pembersihan, longkang dan penyiapan segala yang tertera dalam tanah-tanah yang kami usahakan. Bukan kami tidak mahu buat tetapi seperti "Rumah yang penuh anai , diganti papan baru "...perumpamaan yang saya cipta sendiri ....
Hari ni kita timbus tanah...tup-tup esok kena umum PKPD...tumbus berumput semula. Tunggu 2 3 dan sebulan ..buat balik. Apakah bendanya...
Saya mohon maaf kepada semua empunya tanah yang berurusan dengan kami.
Tengok saja kerja kami di Tombovo....berterusan kami buat sebelum PKP, masa 8 bulan, pembersihan hamya diganggu oleh cuaca dan penimbusan terus kami buat trip by trip dan hanya diganggu oleh PKP. Cantik dan clear. Hanya diganggu oleh entah di mana Jabatan saliran dan pengaliran . Dibagi surat, telefon untuk datang tengok sungai yang menganggu kawasan tu tapi sampai sekrang...PKP atau TIDAK PKP... susah dicari.
Ehem...saya pernah kerja kerajaan dan saya amat faham....hmmmm.....
Hari ni 2234 yang positif. Semua orang boleh merentas Negeri dan daerah sudah...kecuali yang masih PKPD.
Maaf...tapi segala rentas merentas ni hanya akan meningkatkan lagi graph jangkitan. Semua balik kampung ni. Berkumpul dengan sanak-saudara.
Susah saya nak cakap.
Tapi yang saya nak kata....Macam-macam nama Kluster sekarang..
12.12.2020
Bikin takazut kalau kamu mansau-mansau di shopping-shopping compleks sekarang. Macam tidak ada pandemik di luar sana....hahaha....
Saya ada lepak di seuah tempat lepak terkemuka di Kota Kinabalu. Walaupun PKP Bersyarat....PUB dan karaoke sudah buka di seluruh tempat....terutama sekali di Kota Kinabalu dan Penampang.
Apa nak dikata. Kalau manusia kera kepala....wawlaupun ada setan di luar sana....kalau sudah lama terkurung di dalam rumah...diredahnya juga...
Tiba-tiba teringat kisah Dajal / Illuminati/ Freemason masa akan datang???
Jangan saya wujud lagi masa tu.
Sebelum saya habiskan blog kali ni...kami terpaksa tunggu habis 2020 baru habiskan kerja.
Tolonglah Sabahan....jangan jadikan Sabah jadi Time Bomb untuk meletup lagi seperti PRU Sabah.
Bukan saya yang kata tapi sudah tertera di setiap berita di seluruh Malaysia.
12.12.2020
11:03 PM
Mdm Paw
Kota Kinabalu
Comments