26.06.2020
11.52am
Baru beransur sihat dan pulih ni. Tanpa menelan sebarang ubat. Alhamdullillah, boleh sihat dan akan sihat.
Baru dapat move on ni sebenarnya. Move on bercinta? Bukan...move on panas hati dan telinga kerana 3 hari lepas saya layan scammer yang kononnya dari Pos Laju KL. Ini details yang saya dapat sewaktu kononnya saya tarkazut dapat panggilan dari Pos Laju KL dan ada parcel saya di Perak kena tahan. Saya sedihlah kunun dalam telepon...mana sia tahu..sa tidak pernah ke Perak tuan..saya ini surirumah tangga di Sabah. Makinlah menjadi-jadi si gila si scammer memeras saya...hehehehe....
Dia cakap begini tau.
Ada satu parcel di hold / tahan di pejabat pos Perak. Orang ni yang bernama Mohd Azmi Bin Md Awang mengatakan dalam parcel / bungkusan saya ada 1 keping kad pengenalan original, 1 kad kredit Maybank dan 10 keping photostate kad pengenalan saya.
Orang yang menghantar bungkusan tu ialah....DIRI SAYA SENDIRI! (?????).
Dia kata itu bungkusan kena hantar 18hb Jun 2020. (PKPP) tau. Orang Sabah mau balik sabah di semenanjung pun payah-payah mau balik ke Sabah. Saya pulak mau ke Semenanjung???
Jadi sebelum dia letak panggilan telepon kepada pegawai POLIS...ia bagi details dia. Tuuu di atas saya di suruh tulis. Talur betul. Layan saja...(PKPP) punya penangan.
Setelah abis details saya dapat...saya kasi letak itu telepon. Dia call lagi...saya tengok saja itu nombor...hehehe
Tarikh kununnya bungkusan itu dihantar adalah masa PKPP. Manalah orang dapat merentas daerah.
Bungkusan itu dihantar oleh saya sendiri. Di Perak. Bro, aku last di Perak tahun 2000. Waktu bertugas menjaga orang asli di Janda Baik.
Kalau kau orang pos laju, macammana kau boleh tahu apa isi dalam bungkusan tu? Kalau betul kau buka....bodoh piang...tidak amanah.
Orang pos laju rajin juga siap telepon-telepon ni. Bukannya ada info yang pos laju punyalah terlampau ramai banyak nak hantarkah? Tengok ni statement dari pos laju.
22 Jun 2020 punya statement.
5. Dia tanya, pernah hilang Kad Pengenalan di Perak. Sia tidak pernah hilang ic tuan, saya bilang. Saya tidak pandai ini beli-beli barang di internet. Sa pigi kadai saja kalau mau beli barang-barang. (hehehehe...padahal sejak covid19 ni...mengorder shoppe saja...tapi nda juga terbeli-beli).
6. Ada ni videonya saya rakam tapi tak guna saya post disini sebab sa berlakon...macam betul layan ooo
Hati-hati wahai kawan-kawan.
Kamu bayangkan kalau orang-orang tua yang kena. Mudah panik dan mudah terpercaya.
Semenjak dua menjak ni, ramai betul scammer mau mencari duit secara haram. Kamu tau, selepas saya dapat tu panggilan. Habis orang yang saya rapat saya call. Hahaha..2 hari baru saya relax. Jahanam betul.
Sekarang saya bertapa dulu di rumah sebab sebelum ni kedua belah tangan saya kebas-kebas. Pigi check darah.
Cell darah putih meningkat tinggi. Si doktor saya bilang....antibodi sedang menyerang virus. Panik selepas dapat tahu. Muka nampak relax, siap pigi tengok tanah bukit lagi di Putatan. Sekali balik, demam. Pigi check..tekanan suhu naik. Semalam pukul 2am tiba-tiba 42 celsius. Nda bertidur. Sekarang turun 36.1 celsius. Tapi kena suruh duduk rumah selama 4 hari. Padahal kelmarin ada meeting di pejabat peguam. Postpone dulu. Jauh-jauh jauhhhh palis kena itu virus.
Malam nanti saya post blog saya tentang tanah baru. Kepada customer saya yang ada tanah di Putatan, siap sedia kena timbus. Papar sudah sedia, tinggal mencari syarikat lori saja lagi.
1.33pm
26.6.2020
Comments