top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

PANIK!

Panik = adalah perasaan takut secara tiba-tiba yang begitu kuat sehingga menguasai atau menghalang pemikiran waras dan logik, menggantikannya dengan perasaan cermas yang amat melampau dan gelisah tergesa-gesa selaras dengan tindak balas haiwan perjuangan atau lari. Panik boleh berlaku secara bersendirian bagi individu atau wujud secara tiba-tiba dalam kumpulan besar sebagai panik pukal.







Hahahaha....ketawa kering sudah ni.


Takut dan panik. Itu perasaan saya sekarang ini. Terus-terang saya katakan kepada anda semua. Takut. Takut dengan virus yang tidak dinampak melalui mata kasar. Takut dengan keadaan kiri dan kanan kita. Takut benda yang kita lupa kita sentuh di luar sana. Kalau kamu tengok rumah saya, abis berkilat di mop dan di lap semua benda yang kemungkinan telah disentuh sebelum mandi atau cuci tangan selepas keluar dan masuk ke rumah.


Tapi kalau begini berterusan, habis clorox dan antiseptik di kedai tau...Hahahaa...ketawa kering lagi.


Tahu kenapa saya betul-betul-betullll takut. Kelmarin seorang postif di sebelah kampung di mana saya tinggal. Di area Inanam. Ramai yang mengamuk dan tersentap orang bilang sebab kes pertama di Inanam. KKM yang bagi tau awal-awal. Bersyukur dapat tahu , jadi kita tahu dengan sapa-sapa dia berjumpa, bersalam dan pigi moginum.


Cuba kamu tengok dalam group facebook, Inanam Voices. Ramainya yang ketakutan dan ada sampai mengamuk sebab dia kenal orang yang kena suspek positif virus covid 19. Merbahaya juga kalau dikenalpasti sapa yang kena virus tu. Macam kena banned habis untuk bersosial dengan masyarakat setempat. Nasib baik kita di Malaysia. Kalau kita di Indonesia, abis kena bakar rumah dan keluarga orang baru suspek virus tu. Takut!


Itu antara satu benda yang buatkan saya panik dan takut juga. Perubahan emosi dan perlakuan orang. Tapi mari kita berdoa dan usahakan yang terbaik.



Hari ini, 09.06.2020 - Hari terakhir PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat)

Esok , 10.06.2020 - Bermula PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan)



Betul pulak benda ni, kecuali pembersihan tu 4 minggu.


Banyak perubahan ni esok. Semua mau balik kampung. Di semenanjung lah. Setanah kan. Di Sabah sama juga tapi kita di sini tidak ada tol jadi tidak nampak.


Kepada sesiapa yang membaca blog saya ini,TOLONGLAH beringat. Sejarah. Sejarah ditulis supaya kita jangan lupa kisah dulu yang membolehkan kita belajar dari kesilapan yang sudah-sudah.


Tolong Ingat Ini. TOLONGLAH.


Memang kita mau mansau-mansau, melancong, balik kampung beraya, jumpa ibu bapak kita, adik-beradik kita dan berkumpul dengan kawan-kawan kita. Tapi kita tunggulah dulu ya. Jangan kita naikkan graph KKM ya. Nauzubillah....


Nah kan...keluar panik saya lagi....


Habislah rumah saya sapu lagi lepas ni....


Sebelum saya habis memblog hari ni...ini maklumat kepada para pelajar dan para guru .



Mdm PawX

5.30pm

09.06.2020

Kolombong

29 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comentarios


bottom of page