top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Pembangunan Di Daerah Papar

20.02.2020

Makan tengahari sudah kamu?

Pukul 2pm sudah ni. Jangan diet-diet. Kerja mesti makan, kalau tidak tidak dapat fokus dengan kerja. Mengharukan lagi kalau lapar, semua orang dimarahi. Hahahaha....


Sambil-sambil menunggu dokumen dari orang di Jabatan tanah release Geran Original untuk Tanah Tombovo, Putatan, dengan owner lama , sempat saya minum-minum kupi panas. Jangan hairan kalau di jabatan kerajaan. sehari jadi 3 hari. 3 hari jadi 3 minggu. 3 bulan jadi habis tahun. Dari bulan September kami tunggu original geran Tombovo , Putatan. Hari ni kununnya dapat ambil sudah. Tengok-tengok tidak ada orang di kaunter. Meeting. Panas ni tuan....cuaca yang panas. Tangan di bahu, mata ke atas.


Ini dia. Tanah Papar 2 . Kadang-kala kami tersebut, Tanah Zainuddin (Bekas empunya ni tanah). Fuyoooo laku gila ni tanah tapi ramai yang tarik diri. Ada yang buat pinjaman tidak cukup, duit tidak cukup, membooking tapi di luar negara, lihat-lihat tidak jadi, surat beranak tertera bukan native dan takut jemm. Di sinilah di mana peguam saya bagi arahan, booking atau deposit boleh tapi 30 hari sahaja. Buang masa tu mdm, bilangnya.


Ni Tanah, kami jual RM40K saja selot. Siapa yang dapat RM35K, beruntunglah anda.

Tanah ini bersebelahan sahaja dengan tanah Papar 1. (Lain blog saya cerita)


22.02.2020

Sebuah rumah di Kota Kinabalu sekarang berukuran 1200. Tengok contoh perumahan yang ada sekarang. Ini adalah ukuran rumah dalam 1200 prsqft. Parkiing kereta bolehlah untuk 2 buah kereta.


Saya pernah menyewa dulu waktu bujang. Rumah double story di Shah Alam. Rumah 4 bilik. Setiap bilik ada sebuah kereta, dan berebut mau parking. Pagi-pagi semualah berketuk pintu sebab mau keluar pergi kerja. Kereta kena block. Siap berbaling bantal sebab bukan semua kerja di pagi hari. Saya sanggup parking di luar sebab tidak mau ganggu kawan yang timing dia tidur. Habislah kereta saya kena berak burung dan kena 'ancit' anjing kencing. Lama juga saya bertahan, 4 tahun. Balik Sabah baru tenang tapi seronoknya hidup di Shah Alam. Ke KL dekat dan mau ke KLIA pun boleh naik train , ke Nilai, naik RM2.50 bas. Zaman merantau dulu cari pengalaman hidup.


Kembali kita kepada cerita tanah di Kg Baun, Papar.


Siapa yang tiada masa untuk membuat rumah dulu baru tinggal, beginilah yang orang beli. Gambar hanyalah hiasan.


Tanah ini kami bersyukur sebab dasar tanahnya keras. Bukan macam Papar 1. (Next blog saya cerita).

Di tanah ni hanya ada serumpun buluh dan pokok yang perlu hitachi kerjakan. Tiang letrik dan paip air sudah sedia. Tinggal daftar di Jabatan air dan SESB saja lagi. Tapi kami akan sediakan sebatang tiang untuk 7 lot di kawasan ni.



Ramai yang tidak tahu bahawa Papar akan menjadi Bandar kedua setelah Kota Kinabalu. Perancangan demi perancangan telah dirancang dan dibuat secara perlahan-lahan.

Ramai sekarang masih ragu-ragu membeli dan memilliki tanah di area Papar. Saya akui, tanah-tanah di Papar sekarang masih murah. Inilah masanya dibeli. Kalau ada berjual, siap semua ditanggung, bersihkan, timbus, buatkan longkang dan tiang SESB, ambil, beli. Sebab tahun depan harga dan nilai aset-aset ini akan meningkat dan lama kelamaan akan jadi mahal.


Tengok di area Benoni. Dulu di sana tu, harga tanah baru RM40k hingga RM70k. Sekarang RM320K paling murah. Jangan lah kamu bilang, nantilah kami beli. Ambil peluang yang sudah disediakan. Jangan takut tentang tanah kena bila buat Pan Borneo. Sudah dibuat perlahan-lahan di Jalan Nagapas sana. Tapi hati-hati kalau mau membeli tanah dekat Pan Bornwo. Tidak boleh membuat sebarang rumah atau bangunan berdekatan sudah. Ada diwar-warkan sudah. Nanti saya letak di cerita akan datang.


Hari ni dan esok last Lot yang masih kosong akan dilawati oleh 3 orang . Harga lot paling besar ini ialah RM60K. Ada yang menawar RM58K. Boleh, tiada masalah. Sediakan photostate kad pengenalan dan surat beranak dan terus berurusan di Pejabat Peguam, di Bangunan KK Times Square.



22.02.2020

Hari Yang Panas Sambil Membalas Whatsapps dr Runner dan orang yang berminat tanah Papar

- Mdm PawX-

11.09 am

68 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comentarios


bottom of page