top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Penyakit Gout dan cerita cukai tanah di WP Labuan.

12.03.2022


Sabtu yang terang tapi sejuk.

Terima kasih Ya Allah kerana memanjangkan usia setahun lagi.


Hebat diusia ini….salah makan sikit, mau bergerak pun salah…sakit…hahaha

Saya ada gout. Banyak pantang larang makanan perlu dijaga.


Segala seafood.

Ikan kulit yang berkilat tidak boleh….oh belais…sedapnya tu…

Segala kacang-kacangan.


Juice orange jangan sekali…2 jam terus menyerang ibu jari kaki...

Organ-organ binatang….

Apa lagi benda yang berjeruk...aduhai...

Saya baru buat jeruk lada hijau


Sedap pulak tu....



Makan dengan mee goreng, maggie kah...ikan goreng dengan nasi panas...eheeemm...


Aaaahhh…sudah…banyak betul makanan tidak dapat di makan….

Kalau dimakan..sediakanlah goutnur dan cleargout…yang macam eno tu…

Kencinglah anda satu hari….




Saya lupa diri pada 10hb lepas….


Dekat 2 jam menyusun MOT (Memorandum Of Transfer) untuk dihantar ke Pejabat Jabatan Tanah Papar dan meeting dekat 1 jam lebih untuk projek baru di Luanti, Ranau.


Bawa owner tanah sekali sebab kami JV (Joint Venture) bermesyuarat dengan Peguam, Auditor dan Peguam (PA) yang mengurus segala paperwork nanti.


Alhamdulillah…semua Berjaya dan dipersetujui.

Segala deposit dan pembayaran di pejabat peguam, kami tidak ambil.

Perpecahan geran minggu depan diurus dan Minggu depan jentera akan naik dan meradu dan meratakan bukit.


Selesai meeting dan perundingan yang lama…baru saya perasan…tak makan lagi. Pukul 4pm baru terasa lapar. Jadi…pergilah di Suria Sabah. Berhenti di depan pintu masuk Suria sambil berfikir…jangan makan makanan fast food. Sempat lagi berfikir tu.

Sushi lah….pergilah makan sushi…sebab ngam-ngam hari jadi saya…mesti ada diskaun…makan 7 piring sushi….selalunya rm50 tu…tapi rm27 saja…hehehe…

Tapi yang saya tidak perasan…minum jus orange dan sotong….ayaaa….



Pergi ke Popular, beli barang-barang office dan beli bahan bacaan…baru terasa sakit ketika berjalan…saya abaikaaaannn…

Sampai di rumah (dengan jem – selalu saya tidak balik lewat dari 5pm) sempat menyanyi lagu Devoted to you dalam kereta…3 kali…)


Ngilunya kaki…..huhuhuh….


Penatkan…langsung tidak terfikir…mandi…solat…mengampai….1am….terbangun…oh noooooo nya orang putih….tersentuh selimut pun ngilu….terus buka beg ubat-ubatan…ambil goutnur….tidak dapat tidur…huhuhu…sempat lagi saya buka tv…..keluar wayang hantu…tutup balik….Jahanam…ngam-ngam hantu keluar dari kereta waktu buka tv tu…..

Terus tutup tv…….


Setan...


Percubaan untuk tidur balik mengambil masa 2 jam….

Akhirnya aku terpaksa sembahyang gajah di pagi hari.

Nasib baik lah tidak ada rancangan pergi outstation ini minggu.

Kalau tidak...huhu...sakitnya



Minggu lepas saya outstation ke Labuan…

Punyalah jalan-jalan saya untuk mengelak makan makanan seafood…

Coklat lagi menimbun kiri kanan.

Huhuhu…sambil jalan tengok di Ujana Kewangan.


Ahhh….Cerita tentang Labuan…

Saya baru selesai pengurusan untuk meratakan tanah di Kg Belukut/Bebuloh, Labuan. Tinggal mengalihkan tiang letrik oleh SESB dulu.


Ada satu cerita yang saya mau bagi tahu.

Pada Oktober 2021, saya ditelepon oleh salah seorang kenalan lama, Pernah berjumpa 2 kali. Ada title Datuk gitu.


Berurusan hendak menjual tanah dia di Labuan.

Jadi kami pergilah tengok. Cantik tapi ada sedikit masalah untuk jalanraya. Tapi bagi saya, ada masalah lagi akan menggunakan otak untuk menyelesaikannya. Saya suka.


Berbincang dengan orang-orang di kawasan tanah tu. Tengok-tengok kawan-kawan sekolah. Bagus…senang runding minta kebenaran R.O.W.


Jadi runding dengan Datuk tu….dia minta RM10k untuk earnest money.

Saya dengan peguam paling tidak suka kalau ada earnest money tu. Baik deposit terus. Dia jual RM350k. Bayarlah RM35k kalau ok.


Ada saja halangan untuk berurusan denga c Datuk tu. Dia tidak dapat balik kota kinabalu lah, saya kena covidlah, pejabat peguam tutup kena kuarantin lah…tiap minggu ada saja dia whatsapps.

Mungkin tuhan mahu bagi tahu sesuatu.


Jadi waktu saya balik Labuan untuk berurusan yang tergendala, selepas solat suboh…tergerak hati saya untuk membuka group-group broker di whatsapps. Panas telinga saya ketika terbuka sebuah iklan dalam bentuk PDF.




Benda ni.

Terus saya bagi salam kat Datuk tu.

Tanah Datuk ni kan?

Direct saya Tanya

Ya, katanya….

Kalau sudah jual…tidak lagi kami berurusan ya Datuk.

Ok

.

.

.

Itu saja perbualan kami.

Dalam kepala saya kan…sikit lagi saya mau taip…


Pastu Datuk, kenapa tiap minggu mengacau peguam dan saya dengan pertanyaan deposit dan earnest money?


Kalau sudah minta broker-broker kamu jual. Kenapa minta duit juga dengan kami?

Alalalala….


Sikit lagi saya mau taip gitu.


Tapi be professional kan….

Saya terus whatsapps my peguam…

Terhuh juga dia..


Kalau sudah buat sendiri…kenapa nak minta duit lagi. (Ayat sebiji dari peguam saya)


Kalau sudah bagi earnest money….lamanya lagi mau dapat balik tu…dan mungkin tidak akan dikembalikan semula.

Nasib…memang nasib lah….Alhamdulillah.


Setengah hari saya membebel…Patutlah kawan saya cakap..aku pun hairan…kenapa kau mau bayar deposit tanah yang sudah diiklankan.

Tak bagi tau pulak kawan tu.

Ok…lupakan and


Move on


Gailun Jaya


Syarikat Lantikan dari Fast Properties Sdn Bhd khas untuk kawasan Labuan

Cawangan gitu.


Jadi sekarang…kami mau mengurus seeker tanah yang lama terbengkalai sejak sebelum PKP 1.0 lagi. Saya hanya bagi arahan dari Kota Kinabalu.


Miss Bibi yang urus.


Tinggal tiang SESB saja lagi yang mau dipindahkan.


Cerita tentang Labuan….baru dapat maklumat yang cukai tanah di sana dikira pakai persqmt.

Belum tahu kes yang betul ni tapi ini buktinya.


Mashaa allah kalau betul.





Kena bayar cukai ikut prsqmt.

Gila kah tidak.

Kalau 1 ekar 43560 x 0.30= RM13,068.00 setahun cukai kena bayar.


Astagfirullah al azim.


Pastu kalau rumah dibuat atas atas NT Pertanian…kena denda.



Aik

Pedajal orang di Labuan kah. Berpuluh-puluh tahun orang berumah di atas tanah nt pertanian.

Mau di siasat dengan teliti ni tau.


Tanah NT Pertanian mempunyai ciri-ciri, 1 ekar tanah...sebuah dan beberapa buah rumah sahaja.


Tapi kalau sudah diusahakan dan diupgrade ke NT pembangunan, selamat.

(Ini nanti saya terangkan di blog akan datang)


Terlampau membuang buangan ni..membuatkan saya susah nak tidur...

Kencing memanjang...Merbahaya...kesian pundi kencig saya tau...


Ok...nak tengok tv sekejap sebelum masuk tidur...


Seblum apa-apa....baca benda ni



Selamat Malam

13.3.2022

12:00am


29 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page