top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Permasalahan Ketika Membuka Tanah





Ada kamu nampak apa yang tertera di gambar ini?


Inilah salah satu permasalahan yang kami...pemaju tanah hadapi.

Ini antara perkara-perkara yang saya telah, sedang dan akan saya dan syarikat hadapi.


  1. Paip air

Satu perkara yang kami hadapi dan tergaru-garu berfikir ialah paip saliran air rumah orang kampung.

Kenapa kebanyakkan mereka tidak menyambung dan memasang t air untuk ke rumah mereka DI TANAh masing-masing. Why oh Why? Kalau kami keras ...mereka makin keras ...mengacau pembeli dan bakal pembeli yang mahu berumah di sana. Dibuatkan pulak , makin naik kepala. Sakit hati dibuatnya kerana, dia tahu kami akan membuat pembersihan dan pembukaan tanah, empunya paip tu ada juga dia di sana terdiri-diri tanpa bagi tahu awal-awal yang ada paip di kawasan kami mau masuk. Ada maknaaaa tu bilang bapa c Sarimah dalam wayang Madu Tiga...







2. Jentera


Alahai jentera. Semenjak MCO/PKP dan dapat merentas daerah lepas walaupun graph positive covid 19 macam Yo-Yo, semua projek kerajaan pusat dan negeri berjalan terus. Jadi dengan segala hormatnya semua segala hitachi kena guna. Sampai sekarang selepas kerja kami di Jalan Melugus , Papar selesai, masih lagi tu Hitachi 225 tersadai di sana. Padahal mau berpindah ke Tanah Kampung Baun, belakang Homewear pulak. Loader masih diperlukan di kawasan kinarut. Jauh tu jalan Pan Borneo durang buat. Nasib baik kawasan Papar sudah slow down progress Pan Borneo sebab selepas MC0 1.0 habis, semua kerja keras siang malam dan yang buat kami jealous. Tengok-tengok tidak jadi jealous sebab punya ramai kena kompoun...masih rm1k..kami pun terkandung hari tu..4 lori. Potong gaji supervisorlah..sapa suruh degil. Hahaha








3. Kesabaran Pembeli.


Hahahaha...ramai yang menunggu lama untuk kami bersihkan tanah mereka yang mereka beli dari kami. Sejak 2019 lagi. Kalau saya pun saya bercakap juga lah. Baru seminggu membuat longkang, tutup PKP 3 bulan. Sambung lagi buat kerja yang sama, tutup lagi 3 bulan. Buka habis dan dapat bergerak dan kerja, PKP duduk rumah lagi. Setahun bah tidak dapat mengerjakan apa-apa. Apa tidak saya macam superman kejap ke hulu kejap ke hilir.

Saya hanya free hari Isnin sahaja. Bayangkan tu.


Tapi yang tidak sioknya, ada jenis orang yang mengomen di facebook dan page company. Macamlah kami tidak mau kerja dan buat apa-apa. Sabar sajalah. Sebagai admin page...saya dengan segala hormatnya..mendelete kata-kata kurang manis tersebut.



4. Cuaca

Syukur kepada tuhan ...sekali datang panas tu...hitam muka jadinya walaupun bertopeng, bersaring dan bertopi kebun. Sia -sia saja. Hitam juga.

Panas dan kering terus tanah yang dibuka dan yang penting crew hitachi memang jenis yang bertanggungjawab. Dia matikan pokok-pokok dan matikan saliran air masuk ke tanah kami. Diditutupnya dengan daun-daun pokok dan batang-batang pohon. Mereput daun-daun tersebut jadi kering sekering-keringlah tanah itu mengikut kereputan daun-daun tadi. Jalan yang telah dibuat....durang korek tengah-tengak supaya cepat kering. Kering saja nanti, mereka akan timbus dari tanah di kiri dan kanan sahaja. Tidak payah ambil tanah daro mana-mana. Save budget.

Sekarang sudah mula cuaca berubah. Pagi panas hingga ke lewat petang...hujan lebat sejam. Sejuk juga lah malam. Amminnn.








5. Masa. (Manusia merancang Tuhan yang menentukan)

Pengurusan masa memang perlu jika merancang membuka tanah.

Kita tidak boleh menetapkan masa dan berjanji bila-bila akan siap untuk pembeli mula membuat rumah.

Jentera awal-awal kita booking - ada saja rintangannya. Dari segi loader (Loboi) panggilan boss hitachi saya, sudah sampai dan mula kerja, mau ditengok dulu tanah yang mau dibuka. Perlu panggil balik tukang ukur untuk memancang boarder dan pacakan tanah. Nanti macam yang sudah-sudah. Bising orang kampung kerana terkena tanah durang. Nasib baik give and take. Durang dapat calbot free kami tidak kena gaduh. Hahahaha....

Lepas itu cuaca, syukur kali ni . Buka saja MCO/PKP 2.0...panas terik. Siap!






Saya jenis yang menyelam sambil minum air. Waktu crew di Penampang dan Putatan susah untuk dihubungi kerana mereka ambil kerja di jalan Pan Borneo dan jejantas baru di Sepanggar dan Papar tidak payah dijaga. Saya ke Labuan untuk ambil Surat Anak Negeri kerana mama bapa Kadazan-Brunei-Kedayan...dalam surat beranak saya MELAYU...Sorry..tidak berharga MELAYU di Sabah. Dalam masa yang sama saya pergi melihat progres tanah di Bebuloh (nanti saya cerita di blog akan datang), ambil gambar di Bukit Timbalai dan melawat adik-beradik. Rindu lah mau berebut makanan di kampung. Makin berebut makin sedap...hahaha




DI Airport Labuan. Soalan cepu emas. Sudah berswab hidung?




Laki saya bilang...kau mau lari kaini?

Padahal pigi outstation untuk 6 hari saja pun. Hahaahah...

Panas terik di Kota Kinabalu dan Papar...3 kali ganda panasnya di Labuan....huhuhuhu



Bah...setakat ni dulu...banyak lagi ni sebenarnya saya mau kasi cerita...tapi kasi simpna-simpan dulu.... Yang penting...saya hanya Isnin saja Free....itu pun on call..Selasa selalu ke Kionsom..ada tanah di sana...tidak boleh iklan dulu...peguam bilang ok, barulah. Rabu ke Papar, Khamis atau Jumaat selalunya ke Pejabat Peguam. Sabtu dan Ahab bawa orang tengok tanah dan memantau kerja-kerja crew.


Tempat paling seronok kalau sampai...Pejabat Peguam.



4.48pm

5.4.2021

City Mall





116 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page