07.04.2020
Tapuk-tapuk. Kamurang tahu kah maksud tapuk-tapuk? Sabahan selalu guna perkataan ni. Tapuk-tapuk bermaksud sembunyi-sembunyi. Contoh ayat.
Pada bulan puasa yang lepas, Harry berpuasa penuh tetapi tidak semua tahu yang dia pernah bertapuk-tapuk makan di belakang kantin,
Hahaha...lain-lain pulak cerita dan ayat ni.
Okey, sebenarnya tadi saya dengan Mdm Aniza, pihak peguam di KK Times Square tapuk-tapuk / sembunyi-sembunyi mau bertemu untuk berurusan tentang jual beli tanah di Papar, kawaasan melaugu. Kami panggil Papar 3. Pembeli sekarang di Kuala Lumpur tapi orang membakut. Beliau tahu kami sudah lama mengusahakan tanah di Papar setelah melihat kerja-kerja yang kami buat di pages dan facebook Trust Properties. Mula-mula dia tanya kenapa tanah di Melugus tu di jual. Saya bagi tau, kami pengusaha tanah atau Developer.
Macam biasa soalan-soalan saya.
Berminat?
Ya, berminat.
Mau tengok kawasan?
Bagi saja lokasi.
Sehari selepas
Kami berminat
Lot berapa kita mau?
Lot itu dan ini
Boleh runding harga?
Boleh
Kalau kami ambil 2 lot?
Saya bagi diskaun
SOALAN SETERUSNYA
Maaf saya bertanya, bangsa yang mau beli?
Aaahhhh...ini selalu jadi masalah...seperti kisah yang sebelumnya.
Bapa Bugis, mama Bisaya.
Sudah ada surat anak negeri?
Apa tu Mdm...
Panjang lebarlah saya menerangkannya. Sudah 3 minggu cuti ni, lama tidak briefing dan bercakap dengan customer dan juga crew. Sampai minum air putih setengah botol tu.
Customer risau juga sebab takut ada masalah. Saya terangkan dan ceritakan tentang beberapa pelanggan saya , mempunyai masalah yang sama. Padahal benda yang sama dengan saya. Di blog lain saya cerita.
Sino, ada bangsa jawa, Bugis. Mixed race. Asal salah seorang merupakan warganegara dan bangsa Sabahan, boleh merujuk dan meminta surat Pengesahan dari Mahkamah Anak Negeri.
Baru pelanggan saya ini tahu dan setuju mahu membeli 1 lot. Dia tengah berfikir untuk memilih lot yang mana satu. Lot 11. Okey saya bilang.Terus saya bagi nombor telepon peguam untuk urusan Perjanjian Jual dan Beli. Terus pelanggan dan peguam berhubung.
Keesokan harinya , pelanggan tadi whatsapps lagi dan terus mau membooking dan mendeposit RM2k. Lot no 11. Saya terus minta gambar kad pengenalan dan surat beranak. Petang dalam masa kita semua bertapa dan mengadap Awani pukul 5.30pm (Masa Pengarah Kesihatan Malaysia memberi taklimat tentang kejadian COVID 19 untuk hari tersebut), pelanggan tadi mewhatsapps dan mahu 2 lots pulak. Dengan mata saya di depan television, sambil tangan membalas, ok. Itu saja saya taip tanpa membaca selebihnya. Selepas Dr Hisham habis memberitahu berapa kenaikan jangkitan dan kematian terus saya tengok balik whatsapps tadi. Eh, 2 lot pula pelanggan ni mau. Dan rupanya dia membalas minta kurang. Sebab saya bagitahu, 1 lot +RM35K. 2 Lots RM55K. Dia minta RM50K. Ok saya balas rupanya. Hahaha,,,nasib baik betul. Kalau tidak, entah apa saya taip tadi.
Dan dia telah transfer RM5K ke akaun Teo n Assoc. Esoklah saya bagi tau Mdm Aniza. Mau magrib sudah ni. Bising dia nanti.
Kalau ikut persafahaman, saling mempercayai dan jujur, senang kerja ni terhasil.
Perkara penting ialah Internet perlu kuat, peguam siap sedia menyediakan perjanjian dan transfer booking di akaun yang betul.
Masalah yang kami risau ni ialah Semua Pejabat dan Pihak pejabat Kerajaan semua masih tutup. Pejabat kami di Warisan Square pun masih tutup. Sekarang semua yang berpejabat tapuk-tapuk datang untuk hantar dan ambil barang masing-masing.
Selesai cerita untuk hari ini.
Sekarang saya mau tanya kamurang semua. Okeykah?
Keluarga berkumpul?
Ada kamurang rasa “Life or death” situations.
Kalau keluar, terjangkit.
Tidak keluar, makanan habis
bersambung
Comentaris