top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

PKP Fasa ke 3

16.04.2020



7.06 pm

Tengok gambar ni terus sedih sebab tahun ni tidaklah ada mansau-mansau mencari makanan untuk berbuka di Bazaar-bazaar.

Mau sembahyang terawih janganlah harap. Solat Jumaat pun tidak ada, apalagi solat Terawih.

Itu terawih, belum lagi Aidilfitri. Adui, susah mau cakap. Tak apa, asal kita putuskan rantaian covid 19 .



Inilah yang saya paling takut. PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan).

Selangkah di luar dari tempat tinggal pun kena tangkap.

30 hari di rumah. 30 Hari!!!


Aduhai. Saya risau tentang kerja.


Bayaran orang online tapi bayaran untuk owner-owner tanah dan komisen untuk agent- agent saya tidak dapat dibagi kerana Pejabat Peguam tidak buka. Minggu lepas tabuk-tapuk mereka buka. Jadi sedia sudah cheque untuk syarikat menerima duit-duit tapi maslahnya tidak sempay Miss Teo dr Teo and Assoc tandatangan cheque tu sudah mereka tidak dapat ke office sudah. Takut kena saman bah. Kami pun makin kurang kewangan ni. Apa lagi agent yang memerlukan duit.


Waktu PKP ni macam-macam muncul realiti sebenar di Malaysia ni.


Orang yang betul-betul habis beras, susu anak, tempat tinggal mereka yang amat menyedihkan dan dalam masa yang sama ramai scammer yang mengambil kesempatan dalam menipu dalam minta bantuan.

Susah mau cakap tapi satu saja yang saya cakap. Kerajaan Malaysia memang bagus. Tuhan sajalah yang tahu. Teruknya kalau kita lihat keadaan di Indonesia dan di Filipina.


Sapa ada kad pengenalan, dapat duit bantuan dari RM500 ke RM1500. Geleng-geleng kalau difikirkan. Amat bersyukur kita.


Runtuh hati saya waktu melihat warga asing yang tidak termasuk dalam bantuan dari Kerajaan Malaysia. Nasib baik ada NGO dan orang yang berperikemanusiaan memberi apa yang boleh dibantu.



Tapi dalam masa yang sama, ada pulak orang mau menipu. Scammer minta pemilik-pemilik punya akaun dan senang-senang mereka ambil. Ini mau diketahui teknik mereka tau.


Esok saya sambung lagi.

Malam-malam begini best tengok wayang hantu . Amatlah saya jarang melihat wayang, semenjak tidak dapat keluar mansau-mansau ni baru tau, banyaknya rancangan TV, dokumentari boleh dilihat.


10.19pm

8 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page