19.10.2020
Monday
Allahuakhbar
Baru dapat berita, abang ipar saya telah masuk ke emergency pada pukul 4 pagi tadi. Sekarang ni diletakkan di Unit Separa Sedar...vemtilator sudah dipasang untuk membantu dia.
Tak keruan kakak saya. Anak 5 , 2 jauh dari mereka, 3 saja tinggal dengan mereka.
Kamurang tahu macam mana dia terjangkit?
Selepas Pilihanraya Negeri Sabah ....
Salah seorang rakan sekerja dia tidak mengkuarantinekan dirinya sendiri dan terus masuk kerja. Rakan beliau memang sudah positif kerana emak beliau sudah diwad di hospital Semporna kerana Covid19.
Inilah antara sebab-penyebab virus ni terjangkit dan tersebar dengan cepat.
Ok, terus terang. Saya risau kerana virus covid19 ni akan 'mengeluarkan' penyakit yang sedia ada dalam hidup orang yang positif covid. Abg ipar saya tu pernah operation jantung, asma dan kencing manis. Aaahh ssudaahh...risau gila.
Dia seorang yang kuat. Pegawai Operasi Bomba di Kota Kinabalu.
Sekarang, sambil menenangkan perasaan sendiri, saya mau tuan/puan bayangkan keadaan ini.
Anda diminta untuk membuat penilaian ke suatu tempat. Ramalan kerja hanya untuk 3 hari.
Tempat yang dipergi ini adalah kawasan yang tidak pernah dipergi. Kenalan pun tidak ada dan tidak ada keluarga.
Masuk sahaja ke daerah tersebut, anda terus diminta buat swab test dan diminta Kuarantine di rumah secara wajib.
Jadi....apa yang perlu dibuat. Pilih homestay untuk 14 hari? Hotel? Kalau ada tempat kuarantine yang disediakan sediak khas untuk home kuarantine seperti orang balik ke Malaysia dari luar negara, ok juga.
Sekiranya ada homestay murah yang boleh disewa, adakah empunya homestay itu menerima orang wajib kuarantine?
Di hotel....mereka mau?
Terfikir saya waktu masa bercelaru ni.
Ramai pulak orang keluar masuk di Labuan ni. Kerja, balik kampung dan masa ni dari seorang....ke 10 orang dan 34 orang positif!!!!
Dengan segala hormatnya, Labuan telah ada PKPD secara dalaman. Tempat yang amat hitam untuk Labuan.
Saguking dan Sebor,
waktu saya membesar di Labuan, kawasan ni kami pergi beraya dan kebanyakkan orang tempatan...tapi setelah melihat keadaan ini...sudah betul-betul berubah. Kebanyakkan bukan warganegara Malaysia.
Malas saya mau melihat keadaan ini. Kedegilan manusia yang tidak mahu di cucuk hidung untuk kesejahteraan manusia menghasilkan tindakan yang agresif. Nya orang Labuan kata...Baru kamu tau...lului...
9.46pm
20.10.2020
I want to go back ASAP
Comments