Selamat Hari Raya Aidilfitri. Hari raya ke 6-7 semua
Tahniah kepada yang stay at home..menahan diri dari jalan-jalan terutama sekali yang berada dalam PKPD dan kepada Sabahan yang beraya di dalam daeah selama 3 hari...kita bersyukur tapi mau ke mana juga kan...rumah kawan-kawan yang tidak beraya di kampung...bukan juga ramai.
Masa saya 3 hari raya pertama...nasib baik ada kakak saya di daerah yang sama. Bolehlah makan ramai-ramai. Pastu dia pulak mau berinut mau beraya di rumah kawan-kawannya. Sebab tahun ni...semua mau beraya tapi tidak membuka rumah untuk makan di rumah durang. Ialah...beraya masuk ke dalam rumah pun tidak boleh 20 orang ke atas.
Macam lipas hilang kaki saya raya 3 hari tu. Husband pulak balik Tawau...ada emergency. Kedai di bandar tutup. Ke office , terus dapat surat cinta dari SESB. RM253.00...setahun saya tidak bayar rupanya...sebab Covid19. Nasib baik firasat hati tu perlu ke office...saja melawat. Terus bayar ...baru senang hati.
Dan sekarang...baru mau bersemangat...semua jentera di Tuaran...20hb-26hb nanti baru reconfirm turun ke Putatan. Oleh sebab surat kami untuk membuat longkang dan saliran baru di Tombovo 1 tidak diluluskan...kembalilah kepada Plan A....mengorek longkang dan saliran yang sedia ada .
Malaslah mau cakap lebih-lebih...susah kalau jenis orang tidak turun padang dan tengok sendiri permasalah rakyat.
Dengar-dengar...
27hb Mei - 03hb Jun 2021 akan ada pulak Sekatan Jalanraya. Macam SJR Aidilfitri.
....tarik nafas...hembussss....
Yang ini kita tuunggu DSP Masidi Manjun.
Sambil-sambil menaip ni...dapat whatsapps dari pegawai safety and security bahagian Pan Borneo dan Petronas Kimanis. Kena terima sudah surat kami untuk minta bantuan JKR untuk membuat longkang dan perparitan untuk projek tanah-tanah di Kampung Baun. JKR tidak mau menerima surat dari pihak developer, mereka mau surat yang ditandatangani oleh penama dalam geran. Siap!
Bersyukurlah kami...selalunya developer yang membuat hal-hal ni semua tapi oleh sebab orang kampung tidak bagi kerjasama, terpaksalah main report dengan guru besar...hehehe...
Like it or not...kana koreklah saliran air yang sedia ada di kawasan tersebut.
Alhamdulillah.....
Terpaksa guna nama pembeli tanah baru JKR approved. Guna letterhead company tidak boleh. Bah....mana-mana saja..
Sekarang pukul 1.42pm...tengah menunggu orang untuk memberi dokument dari Papar. 2 Tanah...
20,05.2021
sambung cerita sebab runner ni membawa geran terlampau banyak dan terlampau bercerita. Sekali bercerita membawa maklumat....3 jam non-stop.
Ini sambung di rumah pulak.
Tanah yang dia bawa ni...empunya tanah....3 penama..belum apa-apa...sudah bergaduh bahagian duit. Mau cash. No No No nya peguam ku....susah lagi nanti macam yang lepas-lepas Mdm Paw dia bilang.
Ok...Next...senang saja bagi saya...
Tanah baru...di Ranau...RM70K...
Semua ditanggung...
Perjanjian di pejabat peguam,mot, cukai, pembersihan, penimbusan, tiang sesb dan longkang.
Pembayarn di pejabat peguam.
Tanah satu lagi...di Putatan...RM250K..Tanah Status CL
Semua ditanggung...termasuk Perpecahan geran.
Perjanjian peguam S&P, MOT di jabatan tanah, cukai, jalan keluar masuk, penimbusan, tiang sesb, longkang dan GERAN INDIVIDU.
Kita kasi jalan selepas habis kuarantine untuk kaamatan pulak nanti.
Dua tanah sekarang on hold sebab 1 ada masalah laluan melalui tanah kerajaan...kami sudah 2 kali merayu...tunggu rayuan terakhir ini...tidak juga diluluskan...kami refund balik lah deposit mereka.
1 tanah lagi ni...menunggu lhdn buka sebab sudah 7 tahun belum berbayar cukai sebab ada perbalahan antara 2 penama....saya malas mau tau... kalau mau jual tanah..selesaikan masalah masing-masing dulu...kalau itu pun kami mau selesaikan...baik saya jadi CMSabah....hahaha
Angan-angan mat jenin naik pohon piasau....
Apa-apa pun....takut pula mau keluar sekarang ni...tiba-tiba 6078 positif kelmarin....kita tengok hari ni pulak.
Petang mau ke pejabat peguam uuntuk hantar dokumen tanah-tanah baru.
Ada cerita ni tapi tidak pandai habis kalau ditaip
12.26pm
20.05.2021
kk
Comments