top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Semangat Yang Hilang

13.08.2021

11:15am


Assalamualaikum..

Apa khabar kamu semua?


Hebat keadaan kita di Sabah ni sekarang kan? Tiba-tiba 2052 kes positif kelmarin.

Kebanyakkan yang positif adalah kes rapat dan pekerja di tapak pembinaan. Bersuntik vaksin pun tidak menjamin kita tidak terjangkit tau...jaga sajalah keadaan hygiene kita. Cuci tangan, sanitizer dan.....tutup mulut dan hidung.


Maaf....susah sudah mau nasihat-nasihat....masih juga begitu.


Sejak Disember 2020 kami tidak bergerak...MCO 3.0. Mau bergerak pun tidak boleh.

Ada feeling down tau...macam rasa tidak berguna.


Kelmarin , saya pertama kali ke bank untuk mengeluarkan duit untuk mendeposit tanah baru di Papar, bersapa dengan juruwang di bank yang biasa saya pergi.


Ayat-ayat dia membuatkan hati saya yang sudah lama kecut..kembang dan berbunga kembali.



Kembali beroperasi, Madam?

Ya sis, bertahan selama ini...baru dapat bergerak balik...


Dia tengok screen komputer


Payment makin masuk nampaknya...

Ya sis, sana sini PKPD...orang membayar pun susah...

Sekarang baru ramai yang bebas dari PKPD


Ni banyak pengeluaran ni

Ya...mau buat down payment deposit untuk tanah dan projek baru..


Ohh...semoga berjalan lancar, madam.

Thank you sis....


Hanya bertanya khabar dan kata-kata begitu pun boleh membuatkan orang yang lama tidak kerja terus bersemangat tau...



Lakaran tanah baru di Papar.

Tanah kali ini berharga RM55K.

Ini kali...semua kami sediakan.

Permbayaran perjanjian di pejabat peguam, MOT di Jabatan tanah, Cukai, kos pembersihan, penimbusan, meratakan, tiang SESB dan akhirnya geran pecah individu dan persendirian.





Semangat bekerja sudah mula berkobar-kobar. Kita tunggu semua selepas 20hb Ogos.

Mari kita berusaha semua.


To be continue....

25 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page