top of page
Writer's picturetrustpropertiestp

Tamak Memburukkan Nama Broker Tanah.

28.01.2021


Tarik nafas...hmmm...hembus...aaaahhh


Bah kamu..mau habis January 2021 sudah ini. Ada perubahan dari tahun 2020?


Ada...PKP/ MCO 2.0 sedang berlaku tapi dapat jalan-jalan. Dan tiap hari 3000 lebih positif covid`19.


Sepatutnya aku mengamuk ni tapi oleh sebab terlampau tenang di rumah, PKP segala..membuatkan kita terlampau tenang dan tekanan hilang sebab jadi penakut nak keluar. 4 kali saya jadi suspect covid 19 kerana berhubung dengan contact rapat dengan orang yang positif covid 19.


Zaman ni...saya bagi tahu anda semua.,,orang yang jahat boleh jadi bertaubat dan orang yang terdesak boleh jadi jahat. Duit jadi taruhan sekarang. Tidak ada kerja , tidak boleh jalankan projek, tiada bayaran.


Ceritanya begini...


Kami ada berurusan melalui peguam...untuk membeli sebidang tanah di Kg Sugud, Papar...di Dambai orang papar bilang. Dekat dengan SMK Pengalat.

Perundingan sudah dibuat...malah Perjanjian sudah dibuat. Hanya tiba-tiba MCO 2.0 muncul.

Ngam-ngam pulak mengemaskini akaun dan kemas kini segala lesen dan perubahan akaun syarikat dari enterprize ke Sendirian Berhad.

Boleh tertunggak 2 minggu....selepas siap sedia... Kami mau menghantar Perjanjian dengan pembeli-pembeli...kami dapat tahu tanah tu sudah diam-diam dijual ke Jabatan Tanah Papar.


Kami ada tanya broker yang membagi saya tanah ni.....dia sendiri tidak tahu.

Peguam kami call 2 owner tanah ni....sudah berjual....RM850K!!!


Punya kami terkejut....nilai tanah tu baru RM130K!


Perkara yang disembunyikan oleh empunya tanah ini ialah...tahun 2019 dia telah menurunkan tanah tersebut kepada 2 anak beliau. Lepas tu tidak sampai 2 tahun, mau dijual semula.


Cukai mereka tidak bayar. Kami sanggup membayarkan...dalam perjanjian. Tengok-tengok mereka tukar nama di Jabatan tanah diam-diam tanpa declare cukai. RM850,000.00 X 30%= RM255K. Belum lagi kira cukai waktu penukaran nama tahun 2019. Allahuakahbar.


Mama owner tanah ni seorang yang baik. Dia cakap , mereka sanggup tunggu tapi ada wakil mereka nama S, seorang penyanyi Sabah yang mau sekarang-sekarang juga boleh jual dan tukar nama di Jabatan Tanah. Tanpa memberitahu pihak kami. Inilah keadaan yang memburukkan nama 'Broker'. Perkara yang membuatkan kami terkejut lagi....si S ni sanggup buat sendiri padahal mereka ada group seramai 4 orang. Broker-broker lain pun tidak tahu perbuatannya. Harap-harap tidak kena hantar santaulah bro... Zaman sekarang ni...orang menuntut benda-benda pelik untuk memuaskan kesakitan hati mereka.


Jadi...


Kami sudah bagi tahu empunya tanah ini berhati-hati dengan cukai tapi oleh sebab mau duit cepat, sanggup tidak tengok masa depan.





Kami angkat tangan. Bukan masalah kami sudah.




Saya akan membagi maklumat tentang cukai RPGT di blog akan datang.


Good Night

28.01.2021

9.16pm

48 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page